Tuesday, August 7, 2012

Sebuah Negara Ada Empat Tema Merdeka

MENJELANG BERBUKA

Hendak jadi apa negaraku - Malaysia, sebuah negara ada empat tema merdeka. Mungkin inilah keunikkan Malaysia atau pun cara pemimpin politik negara ini hendak memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Negara hanya sebesar jantung pisang tanduk dengan penduduk seramai 27 juta tetapi tema hari kemerdekaanya ada empat jenis melambangkan empat puak dan cita rasa.


Malaysia memang begitu kaya dengan puak-puak dan pasukan sehinggakan sesama sendiri pun ada puak dan pasukan. Perhatikan tiadak ada entiti (Ngo) tunggal di dalam negara ini yang memperjuangkan sesuatu idealisme atau pun  agama dan bangsa, tetapi ia timbul dengan berbagai-bagai nama dan jenama.

Mungkin kalau diadakan pertandingan mencari negara yang mempunyai banyak tema hari kemerdekaan untuk tahun 2012 ini ia akan dimenangi mudah oleh Malaysia. Begitu juga kalau diadakan pertandingan mencari negara mana yang mempunyai banyak puak dan pasukan ia akan dirangkul oleh Malaysia. Maka elok kalau takdir Malaysia menjadi tuan rumah sukan olimpik acara kepuakan ini wajar dimasukkan.

Kerajaan memilih kata-kata atau perkataan "Janji Ditepai" sebagai tema hari kemerdekaan tahun ini. Tema itu bagaimana pun tidak disetujui oleh Pakatan Rakyat atas alasan ia berbau politik. Ada logik juga bantahan Pakatan Rakyat itu. Kenapa tema atau slogan digunakan untuk program politik UBN digunakan untuk sambut kemerdekaan.

Perlu ada pengasingan di antara negara dengan parti politik. Sekali lagi pemain politik negara ini tidak profesional dan melambangkan pemikiran siasah kelas satu.  Dalam erti kata lain dalam setiap apa juzu kehidupan, aktiviti kehidupan dimasukkan unsur politik. Sara rasa para petani dan pekebun juga ikut memasukkan unsur politik dalam pupuk untuk tamanam mereka sebaba itu hasilnya tidak menjadi.

Ini terbukti ya apabila kepala sawit sejak ianya disenaraikan di Bursa Malaysia tidak begitu berbuah. Mungkin para peneroka sudah memasukkan unsur-unsur politik dalam baja kepala sawit mereka selain ia juga berkebetulan musim ini musim mengawas.

Gara-gara bangkangan itu Pakatan Rakyat memilih tema dan tajuk lain. Satu peraduan diadakan untuk mencari tema kemerdekaan dan kata-katanya sekali. Maka terpilihlah kata-kata berbunyi; Sebangsa Sejiwa Senegara. Lalau dianjurkan peraduan mereka bentuk tema berkenaan.

Sebanyak 12 logo diterima Pakatan Rakyat dan salah satunya akan dipilih dan diumumkan dalam masa terdekat.

Saya malas hendak komen mengenai relevansi akan tema berbunyi; Sebangsa Sejiwa Senegara itu. Tetapi apa yang hendak diungkitkan di sini dan merasa pelik dan ganjil sedikit negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tidak semua menerima tema dan seruan berkenaan. Kedah menggunakan tema dan seruan yang dibuat sendiri berbunyi; Terus Berbakti, manakala Kelantan menggunakan tema yang diperbuat sendiri berbunyi; Menerajui Perubahan.

Sementara negeri Selangor dan Pulau Pinang menggunakan tema kebangsaan Pakatan Rakyat berbunyi; Sebangsa Sejiwa Senegara.

Pelik.. kenapa negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak dapat bersatu dalam memilih tema berkenaan. Alasan mengatakan Kedah dan Kelantan terlebih dahulu memilih tema berkenaan dan sudah diputuskan oleh Exco masing-masing tidak boleh diterima. Apapun dasar dan polisi walaupun telah diluluskan tetapi kalau ia tidak menunjukkan kesepakatan boleh dirubah. Keputusan Exco bukan Quran.

Dalam konteks ini negeri-negeri Pakatan Rakyat perlu menunjukkan mereka bersatu, sepakat dan sehati sejiwa. Kalau tema pun berubah mengikut naluri dan budaya masing-masing mudahlah ia akan diserang oleh UBN mengatakan Pakatan Rakyat pakatan yang rapuh dan pakatan gulai kawah.

Namun dalam pada itu ada logiknya juga kalau Kedah dan Kedah mengekalkan tema berkenaan kerana mereka lebih awal menentukannya. Ada pun penentuan tema dan logo kebangsaan Pakatan Rakyat itu terbit kemudian selepas ada pihak tidak puas hati dengan logo dan seruan kemerdekaan kerajaan UBN; Janji Ditepi.

Bayangkan kalau tertakdirlah Pakatan Rakyat mempunyai beberapa kerajaan negeri lagi, mungkin jumlah tema itu akan bertambah lagi. Maka negeri Pakatan Rakyat akan jadilah negeri teme-tema.

Apa boleh disimpulkan disini Pakatan Rakyat tidak mempunyai idea pun untuk menyambut kemerdekaan dengan tema dan logonya sendiri. Kalau mereka ada idea dan azam sudah tentu mereka akan berbuat dan memikirkannya awal-awal dan tidaklah pula payah negeri Kedah dan Kelantan mereka dan mencari temanya sendiri.

Hendak tanya sikit (jangan marah) kalau Pakatan Rakyat mahukan tema yang bersifat universal dan tidak mempunyai elemen politik seperti Janji Ditepai, apakah tema yang digunakan oleh Kelantan dan Kedah itui bukan berunsur politik? Kalau ia berunsur politik maka tidak adalah salah besar kalau UBN juga memilih tema yang digunakan dalam program Umno. Bukankah Umno itu pendirian kerajaan ini?

Cadangan saya lain kali kalau Pakatan Rakyat juga bersemangat hendak sambut kemerdekaan, fikirlah awal-awal jangan difikir setelah melihat kepincangan orang lain yang kita rasakan. Dan mengenai tema dan seruan; Sebangsa Sejiwa Senegara itu simpanlah untuk dijadikan tema kemerdekaan tahun depan tatkala Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. InsyaAllah. [wm.kl. 5:43 pm 07/08/12]

2 comments:

firdaus said...

Kadang kadang pakatan rakyat terlalu asyik dengan ABU dan ilusi sokongan rakyat yg makin meningkat sehingga lupa kpd perpecahan kecil tanpa sedar
eloklah pakatan sedar akan kesilapan daripada beri banyak alasan
agak janggal kalau para penyokong pakatan asyik nak terus pertahan tindakan seperti ini

abu muaz said...

tuan MSO ,
bukan saja banyak puak, banyak team negara ku ini bahkan menteri kabinetnya pun terbanyak dalam dunia dengan rakyat cuma 28 juta... mantooop.

benar juga kata tuan elok simpan dulu tema kemerdekaan bagi PR , bila menang buatlah pertandingan mencari logo dan temanya nanti... tak usah ribut-ribut