Sunday, September 15, 2013

Tarik Balik Resolusi No 7 Multaqa Ulamak Se Malaysia

ULASAN                                                                                               

[kemaskini] Memerhati kepada lapan resolusi yang diputuskan oleh Multaqa Ualamak se-Malaysia (Pas) yang berlangsung di Kedah hari ini menjadikan Pas berpotensi berpecah dan bertelagah sesama sendiri. Situasi ini tidak dapat dielakkan sekiranya pihak-pihak yang merasakan mereka bukan ulamak akan membuat serangan balas dalam membela diri mereka di dalam muktamarkelak. 

Ini kerana terdapat satu resolusi yang dikira tidak wajar dan keterlaluan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh golongan menamakan diri mereka ulamak kerana ia boleh menimbulkan ketegangan dan sakit hati oleh rakan Pas dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Resolusi nombor tujuh (7) itu berbunyi; 

7- Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis. 

Ia dikira melampau dan jelas merupakan satu bentuk kempen untuk menidak pihak lain apabila ia menekankan kepada brand ulamak. Cadangan diberikan dalam resolusi itu juga bertentangan dengan Perlembagaan Pas dimana perlembagaan tidak mengsyaratkan untuk ahlinya harus mempunyai brand ulamak untuk memegang jawatan sampai ke peringkat Presiden, Timbalan dan lain-lain. Apa yang ada Perlembagaan hanya menyebut untuk menjadi ahli cukup ianya seorang Islam.

Justeru cadangan itu harus ditarik demi kesejahtraan Pas dan hubungan baik dengan rakan dalam PR serta tidak menunjukkan golongan yang merasakan diri mereka ulamak tidak sombong, ego dan bongkak. Ia juga bertentangan dengan etika atau peraturan pemilihan yang dicadang digubalkan kerana ia berunsur kempen berpuak-puakan.

Lain-lain resolusi ialah; 


1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dgn lebih berkesan sebagai pemimpin politik yg menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam. 

2- Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerakerja, antaranya ;
i- mengukuhkan gerakerja tarbiyah 
ii- mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yang menjadi tunjang utama kepada PAS. 
iii-memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan

3- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yg merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam. 

4- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada Pas Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi pru 13 untuk lonjakan pru 14.

5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah. 

6- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kpd semua kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulamak haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan. 

8. Multaqa Ulamak Se Malaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU14 ke arah perlaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.


Resolusi nombor lima (5) juga tidak wajar dimasukkan dan cukuplah kalau maksud dan tujuan itu setakat dilafazkan Harun Taib semasa merasmi multaqa berkenaan bagi perhatian muktamar. Bila ia dicatat ia menjadi rasmi dan kurang diplomasi. Ini kerana resolusi itu boleh menyinggung dan mengilankan rakan dalam Pakatan Rakyat khasnya PKR. 

Sangat diharap Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz dan Presiden Abdul Hadi Awang dapat memberi perhatian mengenai perkara ini bagi mengelakkan Pas bertelagah sesama sendiri. Mungkin pemimpin peringkat atasan dapat memahami dan bersabar, tetapi di kalangan ahli dan penyokong bawah ia mengelirukan. 

[wm.kl.8:23 am 15/09/13] 

24 comments:

ahmad said...

Saya sokong artikel ini dan selaku kalangan yang dikategorikan professional saya amat terasa dan akan tinggalkan PAS selepas Muktamar akan datang sekiranya tiada apa apa petunjuk kearah perubahan. (Ahli sekali gus sejak 15 tahun yang lalu)

IbnAbdHalim said...

PAS sedang menuju kehancuran!

Pengurusan Muamalat said...

Maaf la kalau saya katakan resolusi ini menunjukkan kopiah yang dipakai mereka telah menjadi tempurung kelapa...

Unknown said...

Tuan MSO. Saya gusar jika ada 'ulamak' merasakan diri mereka lebih baik dari 'bukan ulamak'. Bagi saya kriteria Presiden tidak smestinya ulamak, asalkan Jujur, Amanah dan Bijaksana. Saya tidak boleh terima jika Presiden asyik cerita tentang pil-kuda dengan org kampung.

TheSniper said...

Dimaklumkan profesional tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam muktamar mendatang. Beri laluan untuk ustaz2 menunjukan kemampuan.

Sebal said...

Salam, sy also merasa tersinggung dengan resolusi ni..apa dia ingat para ulama aje yg layak memimpin..cuma ulama PAS aje yg suka buat law utk pangkat yg dia mau..org lain tak bolih..

sizzly7761 said...

PAS ni dah nak undur 30 tahun ke belakang balik! Nak jadi parti ekslusif untuk lebai-lebai jumud dan tidak punyai upaya pengurusan politik yang selari dengan isu-isu semasa! Bagaimanakah ulamak nak diberi tempat dalam urusan pemerintahan negeri ,jika dalam urusan isu-isu ekonomi dan sosio-politik peringkat nasional pun ulamak dalam PAS 'diam menikus' dan tidak memberi pandangan penyelesaian yang bernas dari segi Islam! Kenaikan harga minyak, tindakan rampasan kuasa diPerak dan banyak lagi isu memperlihatkan golongan ulamak(bukan semua) gagal untuk berperanan sebagai penggerak atau pemimpin massa dalam memberi pencerahan dan pengurusan isu. Yang ketara dan nampak bekerja dan turun padang ialah golongan profesional dan aktivis. Yang berdepan dengan musuh politik secara berdepan dan hujjah juga didahului oleh profesional dan aktivis dalam PAS! Golongan ugama hanya menunggu hasil dan kemudian memberi komen untuk dapat kredit! Jangan terkejut akhir-akhir ini PAS juga mula memperlihatkan betapa golongan agama juga tidak kurang 'oppotunistnya' berbanding golongan sekular yang sering menjadi belasahan agamawan yang syok sendiri! Selamat berpecah PAS! Bila TGNA tiada,ramailah tikus dalam PAS yang sedang membaiki labu......

Unknown said...

Dewan ulamak pas jurucakap umno mereka ini lah penyumbang terbesar kejatuhan kerajaan pas di kedah dan trangganu..

Unknown said...

Salam tuan,

Minta pejabat agung semak di antara ahli2 baru di kalangan anak muda berapa ramai lulusan tinggi agama dan berapa yg bukan...

Rahimi said...

tapi untuk jawatan negeri PR nak pulak.... PULAU PINANG DAP & PKR, mujur bagi gak jawatan YDP Majlis Agama kat PAS

6- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kpd semua kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulamak haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.

pengajaran: bila hati mahukan jawatan, bila diri merasa mulia, ilmu diletak ke tapak kaki sahaja... nauzubillah

razali said...

Akhirnya yg Allah pandang adalah anal...bukan gelaran ulamak atau professional atau yg bukan kedua-duanya...

Unknown said...

apa yang membimbangkan apabila golongan profesional merasakan peranan mereka dipinggirkan dan pada masa yang sama peranan anak muda turut diketepikan...

minda sabina said...

Kalau PAS dah ingat dia kuat dan boleh menang dan tadbir negara secara yang dituntut oleh Islam seperti yang diperjuangkan dalam parti ,eloklah berkira dari sekarang dan kita tengok berapa ramai lagi calun PAS akan hilang wang pertaruhan ,tak taula pula kalau pemimpin PAS atasan bergabung pula dengan UMNO bila sudah berpisah dengan gabungan PR.

NorfizinYusoff said...

Dalam sistem hiraki tidak salah tambahkan jawatan supaya semua golongan terbela . justeru tambahkan lagi dua jawatan timbalan presiden supaya ada jawatan timbalan presiden untuk ulama, timbalan presiden untuk golongan profesional dan jawatan timbalan presiden untuk aktivis. sistem hiraki manusia yang susun so tidak menjadi untuk diubah.

Ridzuans said...

Sy kira golongan ulamak yg menghadiri Multaqa ini tidak bpijak di dunia yg nyata dan cuba menidakkan segala kerja yg telah dilakukan oleh TGNA..apa kira Pas hanya untuk ulamak? Jika begitu nyatakan dgn terus terang supaya kami golongan yg tidak ulamak dapat mencari hala tuju baru? Atau mgkn bleh dibubarkan Dewan Himpunan Penyokong Pas yg bkn sahaja tidak ulamak, malah islam pun tidak? Atau apa mgkn kata2 TGNA bahawa PM Malaysia hanya perlu Muslim tidak mengira kaum? Sekarang Dewan Ulamak pulak yg cuba kembali pd politik sempit perkauman...

faudzis said...

Ust Harun Taib sentiasa menungkah arah dengan perkembangan dakwah dan politik semasa. Kenyataan sentiasa menyusahkan kepimpinan. Org dah nak maju kedepan dia nak kebelakang. Sbb tu PAS Terengganu tidak berkembang dibawah kepimpinan beliau.

shamasri said...

Pelik.....apabila perjuangan ini kerana islam, kerana allah, maka kenapa perlu ada pemisahan ulamak, professional, dan lain2 istilah lagi. adakah yg merasa mereka tu ulamak berfikir bahawa hanya mereka yg bertanggungjawab keatas perjuangan ini.dan ada pula yg bukan ulama rasa tersisih lalu ingin meninggalkan perjuangan ini.adakah perjuangan islam ini boleh ditinggalkan begitu saja ? Bukankah setiap mukmin bertanggungjawab atas perjuangan ini. Semua ini kerana allah. Bagi yg baru di dalam pas/perjuangan ini tak palah kerana blum faham sepenuhnya tanggungjawab agama, syahadah dan jemaah ini. Ini semua kerana allah oleh itu jgn ada ulama yg merasa mereka lebih dan ada hak tertentu dlm perjuangan ini.biar allah sajalah yg menentukan kelebihan ulamak2 ini diakhirat nanti. Dlm perjuangan ini kita semua bertanggungjawab

Unknown said...

Umum mengetahui bahawa golongan ulamak (alim dlm ilmu fardhu 'ain) adalah terdiri dari mereka yg berkelulusan dlm bidang pengajian Islam.

Mereka ini kurang ilmu pentadbiran dan pengurusan sebuah negeri. Contoh terbaik ialah 'nasib' PAS di Terengganu selepas PRU11 dan Kedah selepas PRU13.

Tanpa bantuan dari golongan mereka yg alim dlm ilmu fardhu kifayah (professional), PAS Kelantan mungkin juga telah menerima nasib yang sama. Gabungan antara 2 genre ulamak ini, 1990 - pra PRU13 meneguhkan PAS Kelantan.

Saf kepimpinan PAS Kelantan pasca PRU13, di mana peranan saf kepimpinan dari golongan ulamak fardhu kifayah yang telah dikesampingkan, akan memberi satu contoh sejauh mana kemampuan ulamak fardhu 'ain dlm menguruskan pentadbiran dan ekonomi negeri Kelantan.

Dalam pola pengundi dan rakyat yang semakin kompleks dan berpelajaran, gabungan antara ulamak fardhu 'ain dan ulamak fardhu kifayah adalah sesuatu yang terbaik, tapi malangnya Dewan Ulamak fardhu 'ain menafikan jalinan ini yang sejak 1990 menjadi faktor dan asas kekuatan PAS, khususnya PAS Kelantan.

Dan kepada mereka saya ingin berpesan; winning the election and securing a position don't mean much of you to the people, but the value that you bring that matters.

Ir. Abd Rahim said...

Dah jadi macam hindu la pula, ada kasta. Dalam agana hindu kasta paling atas adalah Brahmin, iaitu golongan ahli agama atau alim ulamak hindu. Golongan ini lah yang menganggap diri mereka paling mulia, mesti dihormati oleh masyarakat, kata-kata mereka mesti dipatuhi.
Adakah PAS menuju kearah itu. Cuba mendidik ahli PAS dengan fahaman kasta. Kasta paling atas adalah ulamak. Orang lain mesti wala' kpd golongan ini. Mesti diberi kedudukkan istimewa.

Dalam masyarakat Melayu dipandang secara keseluruhan, anak-anak yang cerdik dan cerdas akan dihantar belajar kesekolah aliran sains atau teknik. Yang kurang cerdik akan belajar dalam aliran perdagangan atau sastera. Sementara yang tak cerdik atau yang tersingkir akan dihantar belajar ke sekolah agama rakyat.

Unknown said...

Konsep FEUDALISME ULAMA ini harus ditentang oleh ahli & anggota PAS. Dalam sejarah panjang Islam itu sendiri; bakat, kebijaksanaan, ketokohan & kepimpinan itu TIDAK PERNAH dimonopoli & dimutlakkan kepada golongan Ulama.

Sebenarnya, kemuliaan & respect pada golongan Ulama itu akan datang dengan sendiri nya, bukan dengan mendesak keatasnya, apatah lagi diresolusikan. Resolusi yg dibawa oleh Dewan Ulama melalui lidah Harun Taib ini bukan sahaja memualkan malah mengaibkan.

Jika wacana ini mau didebatkan didalam wilayah agama, jaran Islam yg dibawa Nabi SAW sendiri menegah melobi2 & meminta2 jawatan secara terbuka. Tapi Harun & kuncu2 seolah2 mengenepikan mutiara hikmah ajaran Islam ini, malah tanpa rasa aib & malu cuba mendesak hak kepimpinan itu ekslusif keatas sekelompok manusia yg dilabelkan Ulama.

Ridzuans said...

Brqhmin dlm Hindu atau Imam Syiah...Hakikatnya, kumpulan profesional cuba dinafikan sumbangan dlm keadaan sekarang.lihat sahaja pd Khalid Samad dan Husam Musa.semakin ketara apa yg terjadi sekarang ni.kalo dlm pimpinan tertinggi mdapat layanan sprti ini apatah lg ahli biasa. Dan apa nasib penyokong biasa shj? Kalo jd kenyataan bkaitan resolusi ni, baik mntak Khalid Samad wat parti Islam moderate baru...

Unknown said...

Salam tuan,

Saya rasa pahala yg telah dikumpul oleh veteran2 ulamak ini selama perjuangan mereka dlm Pas sudah terlebih cukup utk mereka masuk syurga...berilah peluang kpd orang lain pula utk mengumpul pahala...spt kata sultan alamsyahbana "datuk2 semua boleh ambil pencen".

razali said...

Tuan MSO, secara peribadi saya berharap resolusi 8 perkara itu dilulus dan seterusnya di implimentasi serta merta. Ulamak yg terlibat dlm mustaqa itu bukan calang2...tidak keterlaluan jika di katakan antara yg terbaik di Malaysia.Siapalah kita utk menegur golongan ini yg pastinya sarat dgn hujah2 nakli dan akhirnya kita sendiri yg terkedu utk menghadam dalil2 tersebut...belum lagi istilah2 Arab perngkat tinggi yg kita bukan ulamak tidak mampu menghadam. Akhirnya...berilah peluang kpd ulamak2 ini utk memandu hala tuju PAS . Lagipun, PAS sudah sgt kuat sokongan dari Melayu Islam dan Non Islam dan tidak memerlukan rakan2 lain dlm PR terutama PKR...so, in the future, tidal akan timbul lagi pertikaian kerusi dgn PKR. Sifirnya sgt mudah, PAS bertanding di semua kerusi majority Melayu/Islam dan DAP( kalau masih bersama PAS ) grab semua kerusi majority Non Muslim....kholas..

sizzly7761 said...

Setuju dengan syor tuan! Resolusi 8 perkara tu mungkin boleh menjadi 'catalyst' kepada berkuburnya PAS dalam persada politik tanahair semasa. Sesungguhnya inilah yang diinginkan oleh HT dan kuncu UGnya! Mungkin sebab letih berjuang...lagipun HT ni nak bimbang apa...anak dah jadi YB, HT sendiripun pencen menanti! Kalau PAS hilang sokongan profesional dan orang muda nanti, apa susah.....Allahkan ada untuk dijadikan tempat letak kesalahan!