Monday, March 10, 2008

Berita Semasa

Nik Aziz Sedia Bila-Bila Masa Untuk Menghadap Sultan Kelantan

(Kemaskini) Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 78 dijangka akan menghadap Sultan Kelantan malam ini untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan bagi penggal ke lima berturu-turut.
Sumber rapat dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) memberi tahu pihak pejabat Sultan telah pun memaklumkan perkara berkenaan. Nik Aziz kini hanya menanti panggilan sahaja daripada pihak istana untuk berbuat demikian.

Sementara itu senarai barisan Exco Kerajaan Kelantan 2008 - 2012 juga sudah pun siap.

Difahamkan tidak banyak perubahan dalam barisan Exco di mana hampir 90% muka-muka lama dikekalkan. Disebut-sebut Ahmad Yaacob sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan juga dikekalkan.

Sebaik Pas berjaya membentuk semula Kerajaan pada malam 9 Mac lalu Nik Aziz telah membuat kenyataan akhbar yang beliau akan terus memegang jawatan MB. Walaupun sebelum ini ada ura-ura beliau akan berudur kerana faktor usia namun kerana beberapa kepentingan lain beliau diminta agar terus menjadi MB.

Perlantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan mencatat sejarah sebagai MB Kelantan dari Pas paling lama di Malaysia.

Dalam pilihan raya lalu Pas memperolehi 38 kerusi DUN menakala Keadilan mendapat satu kerusi. Kerusi parlimen pula Pas mendapat 10 kerusi dan Keadilan tiga kerusi masing-masing di Tanah Merah, Ketereh dan Machang.

BN/Umno yang memwar-warkan akan berjaya membentuk kerajaan hanya mendapat enam kerusi DUN dan dua kerusi parlimen, kedua-duanya di Ulu Kelantan.

Bakal MB Kelantan yang dilambung-lambungkan Umno, Awang Adik Hussin yang juga digelar "Awang Agah" bersama menager kempennya Annuar Musa, tewas dikedua kerusi parlimen di Bachok dan kerusi Perupok. Annuar tewas di kerusi parlimen Ketereh kepada anak buahnya sendiri Abdul Aziz Kadir. [rpj kel. 5:10 pm 10/03/08]

No comments: