Saturday, March 8, 2008

Laporan Lewat

Beberapa Peti Undi Menunjukkan Pas Menang,
(Laporan selepas jam 3:00 petang)

SEMASA pulang dari menghadiri kenduri seorang kawan yang cacat penglihatan di Jelawat kira-kira jam 5 petang saya sempat meninjau ke beberapa pusat pengundian di sekitar parlimen Bachok dan Kubang Kerian.

Pusat-pusat berkenaan sudah pun bersiap sedia untuk ditutup. Sebuah pusat pengundian di Kampung Badak, sudahpun ditutup walaupun masa masih tersisa kira-kira 15 minit lagi.
Penyokong parti juga kelihatan sudah bersiap sedia untuk mengetahui keputusan pengiraan undi setempat. Kebanyakan mereka berkupiah dan berserban.

Di peti undi dalam DUN Demit kawasan Parlimen Kubang Kerian, kira-kira 200 orang penyokong Pas berbaris di sepanjang jalan berhadapan dengan sebuah sekolah yang menjadi tempat pembuang undi. Seorang pun penyokong BN tidak kelihatan.

Anak-anak muda juga bertakbir dan bersorak dari atas kereta pacuan empat roda. Mereka kelihatan begitu gembira sekali.

Laporan dari beberapa kawasan juga menunjukkan peratus keluar mengundi antara 70 hingga 90 peratus sahaja. Peratus ini menyelesakan pembangkang. Kerana sekiranya peratus mencecah 95 ke atas sesuatu yang tidak kena mungkin berlaku.

Selepas jam 6:30 tadi maklumat dari beberapa tempat pengiraan undi menyatakan beberapa peti undi yang sebelum ini Pas kalah menunjukkan perubahan ketara. Sebuah peti undi di Seramak di mana Pas kalah tahun 2004 kali ini menang.

Manakala sebuah peti undi di Chetok pula memberi petujuk bahawa undi untuk Parlimen melebihi daripada undi state.. BERSAMBUNG. {perdana kb 7:10 pm 08/03/08]

No comments: