Thursday, March 6, 2008

Susupan Pagi

Pembatalan Guna Dakwat, Projek Penipuan SPR

HARI ini bagaikan yang terang sudah bersuluh tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat untuk menandakan jari (kuku) mereka yang sudah mengundi adalah satu kaedah dalam seribu kaedah SPR untuk menipu pengundi bagi memberi kemenangan “percuma” kepada Barisan Nasional (BN).
Tindakan semua pemimpin parti BN menyokong dan memuji langkah itu menjelaskan tindakan SPR itu satu perancangan bersama untuk menipu pembangkang dan rakyat.

Apa juga alasan yang diberikan termasuk menggunakan polis untuk memberi pandangan dari segi keselamatan, sah ianya penipuan dan suatu tindakan celaka SPR.

Budak sekolah Pasti –prasekolah anjuran Pas pun dapat memikir dan membaca langkah SPR itu.
Alasan ianya boleh menimbulkan implikasi undang-undang dan menimbulkan kekacauan adalah bohong dan alasan yang sangat dangkal sekali. Untuk menghalalkan tindakannya itu Abdul Rahsid Ahmad (foto) ikut sama memanggil Peguam Negara mendampinginya semasa mengumumkan projek penipuan itu.

Selepas itu Ketua Polis Negara, Musa Hasaan juga ikut sama bersubahat memberi penjelasan (endorce) kononnya ianya boleh menimbul kecelaruan dan akhirnya menimbulkan masalah kerana ada pihak yang membeli dakwat berkenaan bagi mengelirukan pengundian.
Sekiranya dakwaan dan kebimbangan Musa Hassan itu benar, ini menjelaskan kelemahan anggota polis sendiri kerana gagal membenteras perkara itu seawalnya. Tindakan yang diambil itu membatalkan peraturan kerana kebimbanghan, tidak tepat.

Begitu juga Musa Hasaan patut mendedahkan pihak yang membeli dakwat berkenaan dan bukannya membuat kenyataan buta. Jika Musa Hassan bermaruah dan menyedari betapa besar jawatannya demi rakyat dan negara beliau wajar melepaskan jawatan.

Bukti juga pembatalan itu jelas sebagai tatktik untuk memberi kemenangan ‘percuma’ kepada BN bila mana semua pemimpin parti BN menyokong langkah berkenaan. Sebaliknya semua pemimpin pembangkang menentangnya. Sebuah badan pemantau bebas, Mafrel juga tidak bersetuju dan menarik diri daripada menjadi pemerhati pada pilihan raya ke-12 ini.
Tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan kepada sistem pentadbiran di negara ini. Kalau badan-badan bebas seperti SPR, polis pun bersekongkol dengan parti pemerintah apa lagi makenisme atau instrumen yang boleh diharap rakyat untuk membela mereka.
Atas kecelakaan ini semualah maka saya lama sebelum ini mencadangkan kepada parti-parti politik pembangkang membaikotkan pilihan raya sebagai satu protes dan menunjukkan kepada luar betapa cemar dan hanyirnya demokrasi di Malaysia. Tidak ada guna dan faedahnya menyertai pilihan raya kalau ianya sekadar untuk ditipu hidup-hidup! [wm.kl. 8:00 am 06/03/08]

No comments: