Saturday, March 8, 2008

Laporan Lewat

Pas Masih Mendahulu BN
(Laporan selepas pukul 12: 00 malam).


MALAM tadi satu kejadian ajaib berlaku di bandar Kota Bharu. Tidak pernah berlaku dalam 11 pilihan raya sebelum ini. Ribuan kereta, motosikal dan basikal memenuhi bandar Kota Bharu.

Bermula dari jalan Wakaf Siku hingga ke Kubang Kerian, jalan di hadapan hospital Pakar Kota Bharu dipenuhi dengan kereta dan motosikal. Semua kenderaan membawa bendera Pas, kecil dan besar.

Perarakan itu berlaku secara spontan. Plat kereta menunjukkan kereta luar yang datang dari berbagai negeri. Mungkin mereka terdiri daripada pengundi luar yang pulang untuk memangkah.

Keadaan itu menimbulkan rasa panik para pengguna jalan raya lain. Bagaimana pun tidak ada kejadian buruk berlaku dilaporkan.

Menurut saksi mata, semua kereta mengibarkan bendera bulan dan tidak ada satu pun kereta yang membawa bendera dacing..

Perarakan itu mungkin lebih daripada satu tindakan melepas rasa oleh golong berkenaan. Atau pun mungkin juga ia strategi pihak BN untuk melekakan Pas?

Kejadian yang sama juga berlaku di kawasan lain tetapi dalam jumlah yang kecil. Mereka mengeliling kampung atau kawasan sendiri. Seolah-olah ada arahan rasmi daripada pihak tertentu untuk melalukan perarakan al-ala tarian singa itu.

Manakala di sepanjang jalan menuju ke Kota Bharu, baik dari arah Kuala Krai, Jeli, Jertih kebanyakan kereta mengibarkan bendera Pas, Sepuluh kereta yang lalu lapan membaca bendera Pas dan hanya dua mengibarkan bendera dacing, itu pun dacing yang sudah robek!

Lagak yang ditunjukkan semalam mereka seakan optis yang Pas mampu mengekalkan Kerajaan Kelantan. Mungkin juga tunjuk perasaan spontan itu kerana mereka terlalu mual dengan kempen-kempn BN yang melampau memburukkan Tok Guru dan ghairah untuk menawan Kelantan.

Perkembangan selepas pukul 12 malam tadi juga berubah. Beberapa buah kerusi yang sebelum ini berkedudukan 50 – 50, sudah mula berpihak kepada Pas. Terdapat tiga daripada tujuh kerusi yang menjadi rebutan berpihak kepada Pas.

Perkembangan itu menjadi Pas kini diramalkan menang 28 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen. Manakala kedudukan BN pula merudum daripada 18 kerusi kepada 14 sahaja. Dalam pada itu masih ada kerusi dikira panas dipihak BN. Terdapat sekurang-kurang dua kerusi panas yang bila-bila masa boleh jatuh kepada Pas.

Antara kerusi-kerusi yang membimbangkan BN malam tadi ialah Bukit Tuku, Dabong dan Kemuning. Kerusi ini ditambah dengan kerusi Galas dan Dabong yang dikatakan terumbang ambing.

Semangat Pas juga jauh lebih tinggi berbanding dengan semangat BN. Ini disaksikan kepada pos-pos pilihan raya milik kedua parti berkenaan di sepanjang jalan utama. Pos Pas masih algi ditunggu manakala pos Umno atau BN sudah kesepian. LAPORAN tengah hari akan menyusul [rpj 10:00 am 08/03/08]

No comments: