Monday, March 10, 2008

Berita Lewat

Ibrahim akan bela rakyat, kekal sebagai ahli Parlimen bebas.


AHLI Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali berjanji akan menjadi ahli Parlimen yang berkesan yang akan membawa isu-isu berkaitan kepentingan rakyat di parlimen sebagai kesenimbungan perjuangannya yang tergencat sebelum ini.

Ibrahim pernah menjadi ahli Parlimen Pasir Mas selama dua penggal 1990 – 1999 sebelum tewas pada pilihan raya 2004 atas tikit Bebas.

Menurutnya kepecayaan dan peluang yang diberikan rakyat pada pilihan raya 8 Mac lepas akan digunakan sebaik mungkin dan tidak akan disia-siakan.

Beliau juga membuat pengakuan akan tetap kekal sebagai ahli Parlimen Bebas dan tidak bercadang menyertai mana-mana parti politik setakat ini.

“Saya akan tetap kekal sebagai ahli Parlimen bebas dan akan menjadi jurubicara rakyat di parlimen,” ujarnya dalam satu sidang akhbar perdana di sebuah hotel di Kota Bharu lewat petang tadi.

Kira-kira 30 wartawan dan jurugambar hadir pada sidang majlis berkenaan yang turut sama disertai seorang adik dan seorang kakaknya.

Menurut Ibrahim isu-isu yang akan menjadi fokusnya kelak ialah mengenai rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan kehakiman.

“Saya akan bekerjasama erat dengan pembangkang dalam berkaitan isu-isu ini,” ujarnya. Beliau menegaskan dengan Pas beliau akan memberi kerjasama dan menyokong apa saja isu yang bakal dibawa oleh Pas yang berkaitan kepentingan rakyat,” tambahnya.

Selain itu beliau akan menekan kepada perwujudan kerajaan yang telus dan bersih. Sehubungan itu beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan atau amalan politik yang memburukkan sistem demokrasi negara ini.

"Saya juga bersetuju dan akan bersama menuntut pilihan raya bersih di negara ini seperti mana disuarakan oleh pembangkang," katantya.

Dalam pada itu beliau menegaskan beliau juga akan mengkritik mana-mana pihak tanpa mengira bulu seperti mana yang diamalkan sebelum ini dengan penuh adil dan saksama.

Dalam pada itu menurutnya beliau juga akan memperjuangkan agar Badan Pencegah Rasuah (BPR) diletakakan di bawah Parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikuasai oleh Perdana Menteri.

Mengenai Akta Kselamatan Dalam Negeri, (ISA) beliau juga pernah menjadi mangsa akta berkenaan sebanyak dua kali, beliau akan mengemukakan kepada parlimen supaya meminda akta berkenaan.

Sebelum itu Ibrahim mengucapkan terima kaish banyak kepada Pas khususnya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kepimpinan Pas Kelantan kerana memberi laluan kepadanya bertanding atas tikit Pas di parlimen Pasir Mas.

Dalam pilihan raya 8 Mac lalu Ibrahim menang dengan majoriti 8,991 undi menewaskan Ahmad Rosdi. Beliau mendapat 28,673 undi manakala Rosdi mendapat 19,682 undi. [rpj kel. 9:45 pm 10/03/08]

No comments: