Monday, March 3, 2008

Berita Ringkas

MAS Sebotaj Anwar

PENASIHAT Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim yang sepatutnya berceramah di Kuala Krai dan Paloh di Machang tengah hari ini tidak dapat berbuat demikian apabila ditegah untuk menaiki pesawat MAS yang dijadual berlepas jam 11:00 pagi ini.

Anwar yang sudah pun mendapat boarding pas untuk kelas pertama tidak dibenarkan masuk ke pesawat kerana dikatakan terlewat 15 minit.

Kegagalan itu menimbulkan persoalan kerana sebelum ini mana-mana penumpang yang sudah ada boarding Pas tetap akan dibenarkan masuk dan kelewatan seperti itu adalah perkara lazim.

Ketegasan pihak MAS itu menyebabkan timbul persoalan apakah ada usul-usul sebotaj oleh MAS ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu?

Bagaimana pun Anwar akan berlepas ke Kota Bharu jam 3:00 petang ini. Malam ini beliau akan berceramah dan menemui rakyat di Machang bagi membantu calon PKR di situ Saifuddin Nasution Ismail.

Ekoran kegagalan itu semua ceramah Anwar yang dijadualkan pagi dan tengah hari ini diganti oleh Saifuddin termasuk di Kuala Krai.

Sejak hari penamaan calon pada 24 Februari ceramah-ceramah yang disertai Anwar mendapat sambutan luar dugaan. Anggaran kira-kira 10 ribu hingga 15 ribu yang hadir pada setiap kali ceramahnya. Malam tadi di Sri Gombak dan Selayang kira-kira 25 ribu hadir. Walaupun dalam keadaan hujan lebat namun orang ramai tidak berganjak.

Turut sama berceramah di Sri Gombak malam tadi ialah Dr Hassan Ali, calon Pas di kerusi DUN Gombak Setia dan Azmin Ali calon PKR di DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak serta Saari Sungip kerusi DUN Hulu Klang.

Ceramah yang disertai Anwar di sekitar Kuala Lumpur mendapat sambutan luar biasa yang turut sama disertai kaum Cina dan India. [wm.kl 11:45 am 03/03/08]

No comments: