Tuesday, March 4, 2008

Enekdot Politik

SMS Bekas Menteri dan Iklan PM

PAGI ini bekas menteri di era kepimpinan Dr Mahathir Mohamad mengirimkan satu lagi SMS kepada saya. SMS beliau kali ini berbunyi;

"Sandiwara terkini. PM wujudkan laman web kononnya sekarang ini dia nak dengar rintihan dan fikiran rakyat. Macam mana dia nak buat?

1. Buka komputer pun dia tak tahu.
2. Selalu tertidur samada dalam mesyuarat maupun dalam persidangan dalam dan luar negara.
3. Semua orang tahu dia malas membaca, kalau baca pun lambat nak faham.
4. Dia hanya pakai teguran idea menantu yang berselera besar saja.
Jangan tertipu lagi. Cukup lah. Biarlah ramai pembangkang dalam parlimen dan negeri supaya Khairy, Kamaluddin, Kalimullah dan kuncu-kuncu mereka tidak bermahareja lela.."

Rupanya saya sependapat dengan bekas menteri ini apabila melihat iklan menghebahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi membuka web site sendiri didalam akhbar penjilat buntut kerajaan untuk berintraksi dengan rakyat.

Apa yang bermain dalam kepada saya apabila tersilau iklan itu sempatkan Abdullah untuk membalas surat-surat rakyat itu. Seperti apa yang diketahui hampir separuh masanya mentadbir selama empat tahun beliau banyak berada di luar negara.

Sudah kerap kali kedengaran sebelum ini Abdullah tidak mempunyai banyak masa untuk berjumpa dengan orang. Berbaris orang dipejabatnya menunggu giliran. Tidak cukup di pejabat ada yang mendatangi rumah atau menunggu di Kepala Batas. Itu pun belum tentu lagi dapat berjumpa.

Alih-alih beliau membuka website kononnya untuk akses sunggutan dan teguran rakyat kepadanya. Sejauh manakah ia memberi kesan dan akan dijadikan pedoman kepada beliau. Kalau teguran Dr Mahathir Mohamad selama ini pun tidak dipedulikan, apalah sangat dengan surat-surat Mek seperti Hafsah dari Bachok, Pak Long dari Terengganu atau Ah Long dari Ipoh.

Pada saya iklan itu sebagai gimik saja untuk menunjukkan Abdullah seorang pemimpin yang prihatin dan mengambil berat hal rakyat. Ia pun diadakan di saat kempen pilihan raya beberapa hari ini. Saya percaya selepas ini website berkenaan akan kaku dan layu sendiri tanpa dikunjungi dan dibuka oleh para pegawai di Jabatan Perdana Menteri sendiri. [wm.kl 04/03/08]

No comments: