Wednesday, July 27, 2011

Susupan Malam

Najib Perlu Nilai Tindakan Polis

SEBUAH protal berita hari ini melaporkan polis telah menangkap sekumpulan lelaki berbaju kuning di Setesen Pusat Keretaapi (KL Centeral) di Kuala Lumpur atas laporan kononnya kumpulan lelaki jantan itu hendak membuat kacau.

Menurut laporan itu polis membuat tangkapan kerana ada laporan kononnya kumpulan lelaki jantan itu hendak membuat kacau semasa perdana menteri dan rombongan tiba di setesen pusat keretapi itu dengan Ekspres Link dari Putrajaya untuk merasmikan satu upacara kibar bendera Malaysia sempena Medeka.

Pihak lain pula memberi tahu tujuan kedatangan lelaki jantan berbaju kuning itu adalah untuk menyerahkan memorandum Bersih yang menuntut lapan perkara kepada perdana menteri.

Saya kira ramai yang jadi keliru dengan tindakan polis ini kerana ianya semacam bertentangan dengan hasrat perdana menteri yang melaungkan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Apakah hendak serah memorandum pun tidak boleh dan menjadi kesalahan?

Rasanya Najib perlu membuat tegruan atas tindakan polis ini yang telah melakukan kesilapan dengan tindakan melampau dalam usaha untuk menjaga kedudukan dan kekuasaannya. Bagi saya tindakan polis yang berlebih atau terlebih aji ni moto ini tidak banyak memberi kebaikan dan membantu Najib. Tindakan menghalang rakyat - tidak kira dari fraksi mana untuk menyerahkan apa-apa demokumen kepada PM sebagai satu halangan yang tidak tamadun.

Apa salahnya kalau lepaskan kumpulan lelaki jantan itu. Biarlah dia nak serah memorandum kepada perdana menteri mereka. Najib adalah perdana menteri semua lapisan rakyat negara ini. Terlalu prejudis sangat pun tidak boleh. Tindakan polis itu menyebabkan orang menganggap Najib semacam hak polis saja. Pemilikan secara sendiri berhad oleh polis terhadap Najib tidak patut berlaku.

Saya tidak fikir ia mendatangkan mudarat apa-apa kalau Najib terima memorandum itu. Proses penyerahan itu juga tidak akan memakan masa sampai setegah jam. Lepas serah tentu kumpulan lelaki jantan itu akan beredar dan kekecohan pun tidak berlaku. Sudah sampai polis menggunakan kebijaksanaan dan bukan menggunakan kusa istimewa yang ada kepada mereka.

Apakah penangkapan itu kerana soal keselamatan atau pun soal keaiban? Selama ini kita dengar kerajaan melaungkan yang negara ini dalam keadaan selamat. Tidak ada pengganas dan kekacauan yang berlaku. Semua wujud disebabkan berkat pemerintahan BN. Tetapi anihnya bila hanya 10 lelaki jantan nak serah memorandum kita sudah mula gelabah dan menafikan hak mereka.

Sejak tindakan polis menyelesaikan himpunan Bersih lagi saya sudah sangsi dengan polis. Ada semacam tindakan polis sengaja untuk menyusahkan kerajaan khasnya memberi malu kepada Najib. Seperti mana saya kata kalau polis tidak begitu dikejar bayangan ketakutan mungkin 'rusuhan' dan 'kekecuhan' yang berlaku tempoh hari tidak terjadi. Bersih tidak mengelombang menjadi isu yang menyebabkan Najib dan UBN tidak nyenyak tidur.

Misalnya kalau polis membenarkan penggunaan Stadium Merdeka himpunan akan berlaku dengan aman. Perserta himpunan akan jadi agresif atau besemangat bila mana hasrat merka dihalang. Kereta polis, Fru, blatan atau pun trak water cannon yang diatur di tengah jalan lebih membakar semangat mereka. Sebenarnya psywar polis itulah menjadikan orang ramai lebih bersemangat.

Keadaan inilah menyebabkan saya tefikir mungkin ada unsur-unsur cuba hendak memburuk atau sebotaj Najib yang turut dilakukan oleh polis. Tetapi orang akan bekata dan bertanya bagaimana dengan Hishamuddin Hussein yang jadi menteri jaga polis. Bukankah dia juga sepulu Najib? Mana bisa?

Itu tidak pelik dan ganjil kerana sebelum polis bertindak demikian sudah pasti Hishamuddin dipusing terlebih dahulu. Kita juga tahu sejauh mana tahap intelegent Hishamuddin.

Berbalik kepada peristiwa di setesen pusat keretapi tadi, Najib hendak berhati-hati dan tidak sangat medengar kepada nasihat polis. Walaupun semua itu dilakukan bagi menjamin keselamatannya, tetapi Najib kena fikir dan analisa juga apakah pengawalan keselamatan berlebihan untuk dirinya seperti itu tidak menjejaskan maruah dan prospek politiknya.

Mungkin ramai yang tidak mahu tengok Najib menjadi PM terpendek negara ini. Mat Maslan sudah mula bercakap hai ini komen mengenai sistem biometeri. [wm.kl.8:11 pm 27/07/11

12 comments:

suratkhabarlama said...

Najib sepatutnya mengambil peluang yang ada tersebut untuk menaikkan imej beliau semula dengan sudi untuk bertemu dan menerima memorandum yang cuba disampaikan oleh mereka yang berbaju kuning itu...

barulah nampak gentleman..

yang melihat said...

tuan, sila tengok tv pas dan anda akan lihat provokasi yang dilakukan oleh geng AMK..dengan menjerit Reformasi dan merempuh secara melulu..cuba pikirkan kalo benda nie dibuat ke Nik Aziz???? atau Anwar??? adakah tuan akan memberikan pandangan yang sama??? tepuk dada tanya iman..

juan montoya said...

sayang nye PM mlepaskan peluang menaik kan semula imej nye dimata masyarakat yg terhakis ekoran isu perhimpunan BERSIH

betul ke bersedia UBN mnghadapi PRU dlam beberapa bulan mndatang ini ?

mohd sayuti omar said...

Yang melihat...saya rasa tak perlu tanya apakah saya akan kritik atau tidak kalau keburukan dilakukan nik aziz atau anwar. Sesiapa saja tak kira siapa dia kalau mereka melakukan keburukan akan ditegur. Teguran bukan saja keoada najib atau pemimpin ubn tetapi pakatan rakyat juga. Dalam hidup saya ..saya tak menyokong batang tubuh taoi menyokong perjuangan yg dibawa oleh batang tubuh. Saya selalu mengatakan orang yang menganggap saya berpihak mereka yang tidak membaca keseluruhan idea, pandangan dan kritikan yg saya lakukan. Saya menukis ... Mnegkritik dan membelasah manusia politik bukan semalam atau minggu lepas taoi tekah lebih 30 tahun. Buka akib maka terbukakah minda anda. Maksudnya akib tulisan saya.

1Crony said...

AS Salam MSO. Usah dilayan otak kemetut yang penuh dengan semak dan samun tu. Puas MSO menerangkan tentang keadilan kepada semua golongan (hingga hampir semua putih rambut yang dahulunya hitam di kepala), tapi kalau dah baka dan keturunan tali barut dan spesis hamba abdi... tak boleh eden nak nolongnyo (kata nogori 9). Biarkanlah, teruskan penulisan, jangan dilayan kaum tersebut kerana boleh melambatkan atau membantutkan penyampaian maklumat yang lebih penting untuk tatapan semua pembaca blog Tuan. Golongan ini pun dah tak berapa ramai cuma teruja nak menunjukkan kebodohan dan kebebalan mereka kepada pembaca yang lain.

mr edz said...

saya teringin nak tahu kisah mat maslan nih...

mohamad said...

kalau setakat 20-30 orang nak hantar memo kat najib aku rasa tak payah lah. buang masa jer. baru-baru ni ratusan ribu manusia, usahkan dia nak layan, dia guna polis pulak halau dan belasah kita orang. yang lebih penting sekarang ni tingkatkan usaha menyampaikan maklumat tentang kejahatan dan ketidak adilan UMNOBN kepada masyarakat teritama golongan muda. masuk dalam setiap organisasi dan persatuan. beri perhatian sepenuhnya kepada orang muda. fahami isu secara berfakta untuk dijelaskan kepada orang ramai. masalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat tak ramai yang menjelaskan bagaimana kerajaan menghisap darah rakyat. tentang komisyen dan penyelewengan ramai yang tak faham. buat kem remaja, beri kefahaman pada mereka. kadang kita bertempik ni pun biar bertempat. ada kadang-kadang backfire pada kita semula. musuh juga boleh mencipta peluang kalau strategi kita caca marba. Pilihanraya dah semakin hampir. bagaimana dengan persediaan kerja diperingkat bawah. daftar mengundi dah semak ke belum? culaan dah buat atau pilihanraya umum baru nak mula. strategi perang saraf dah diatur atau tidak lagi.. huuugghh banyak lagi.

Jashamsulnizam said...

Kesian najib, yg ramai menyambutnya hanya bdk2 PLKN hingusan yg telah dikerah semata2 utk sambut beliau di KL Sentral, sepatutnya waktu2 begini diisi dgn program2 yg brmanfaat utk para pelatih bkn nya dgn program yg syok sendiri ni. Di Lokasi jumlah org ramai yg menyambut najib xsampai ke tahap ratusan pon sbb rakyat lebih suka brgerak terus kerumah setelah selesai waktu bekerja krn umum tahu wktu2 sedemikian jalan2 raya mulai sesak dan tren2 LRT, Komuter dan ERL mulai padat, drp buang masa mengadap najib yg sepatah haram xreti nk ambil tahu kesusahan rakyat baik mrk pulang kerumah habiskn masa dgn anak2 lg bgs...

Hamidon Hamid said...

mso.im..."Sesiapa saja tak kira siapa dia kalau mereka melakukan keburukan akan ditegur"...saya sokong...

yang melihat said...

saudara MSO...saudara tidak menjawab soalan saya.. saya bertanya..jika perkara yang sama berlaku terhadap pemimpin PAS/PKR( gantikan tempat NAjib dengan Anwar/Nik Aziz), adakah tuan akan menyatakan benda yang sama..tolong jawap ya/tidak dan bukan ulasan yang lari dari soalan saya..

mohd sayuti omar said...

Yang melihat, sayang tak lihat atau tak nampak, dia tak faham mantik saya. Kalau anwar atau nik aziz melakukan hal sama saya akan bantai juga, saya tak kira siapa...sebab saya tanya apakah membaca kesemua tulisan saya. Saya yakin kalau sdr baca semua sdr akan faham. Penjenguk blog saya bukan saja dari kalangan umno, tapi PR juga marag.kenapa? Yang meluat dengan tulisan saya bukan sedikit banyak, antara sdr...tapi saya berterima kasih walaupun mekuat tapi terus membaca. Lagi baik bila sdr turut memberi komen...setidak tidaknya rasa meluat sdr akan hilang. Selamat meuat biar sampah termuntah, saya ada ubat untuk tahan muntah.

mohd sayuti omar said...

Sebenarnya kalau nak kira saya tak patut layan yang mendengar ini sebab identitinya tak jelas, tapi kerana menghormatinya atau sebagai upah dia mekuat saya layan juga. Orang yg tak berani tunjuk hidung selalunya hantu atau syaitan.