Friday, August 3, 2012

Basuh Kencing Dengan Angin

BELADA JUMAAT

Masalah air dihadapi rakyat Kelantan sudah tersebut begitu lama. Banyak kitab yang menghuraikan mengenai perkara ini. Aduan juga banyak dan jawaban pihak berkuasa air kepada aduan juga banyak diberikan. Rasanya kalau dikompalkan persoalan mengenai air ini mungkin ketebalan sudah melewati ketebalan empat kitab Quran, Zabul, Taurat dan Injil.

Banyak program diadakan oleh pihak kerajaan Kelantan diselitkan dengan masalah air. Hadirn juga akan mengambil peluang bertanyakan mengenai air. Bukan saja di Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Mas orang memperkatakan mengenai isu air Kelantan ini tetapi sampai ke Kuala Lumpur dan Singapura.

Jawaban-jawaban diberikan oleh kerajaan mengenai air menyenangkan dan ia tidak menampakkan kebimbangan. Seolah-olah Kelantan tidak berhadapan dengan permasalahan itu. Seolah ianya boleh diatasi dengan baik dan itu sekali gus menunjukkan kewibawaan kerajaan yang ada hari ini.

Tidak perlu saya menyebut atau menurunkan semula kisah-kisah air, protes air ataupun jawaban dan jaminan daripada kerajaan negeri mengenai masalah ini. Ia sudah termaklum dan perkara itu sudah jadi filem hitam putih laksanakan filem-filem P Ramlee yang ditayang berkali-kali sehingga menjadi kelabu.

Cuma di sini saya apa hendak perkatakan sedikit tentang yang berlaku hari ini. Yang saya dengar dan alaminya sendiri. Selama ini saya mendengar dari Kuala Lumpur mengenai rintihan rakyat Kelantan di sesetengah tempat.  Mengenai air berwarna kuning kononnya kerana patak bumi Kelantan banyak logam dan mineral. Air kuning itu kerana Kelantan terlebih emas. Baguuslah kalau begitu apa kata bina kilang untuk bekukan air untuk dijadikan ketul emas.

Begitu juga dengan cerita-cerita pelik dan melucukan mengenai air. Seperti bil air sampai dan minta dibayar walaupun air tidak ada. Telaga kering kerontang. Dan yang selalu bermain dalam kepala saya dan terjadi kepada diri saya sendiri ialah bagaimana paip dibuka bukan air keluar tetapi angin?

Kelmarin dalam perjalanan ke rumah ibu di Rantau Panjang saya singgah di rumah seorang kawan di Pasir Mas. Kesempatan itu saya ambil untuk membuang air, kencing ... kerana sudah agak tidak tahan. Sebegitu kereta berhenti saya bergegas ke bilik air rumahnya yang terletak di luar jemburan dapur.

Bukan main puasnya dan lega kerana dapat kencing setelah menahan berjam-jam. Biasalah bila kencing kena basuh (bertahrah). Saya buka kepala paip dan mencapai paip bawa ke si anu. Saya terbuka agak kuat sedikit... supppppp.... gluk...gluk...bunyinya..Saya terperanjat dan sedikit melompat hampir hendak terjatuh.

Terkejut besar saya kerana yang keluar itu bukan air tetapi angin yang berhawa panas. Aduh... saya pusing dan go head lagi kepala paip, air tetap tidak keluar. Yang keluar tetap angin... suppppp kemudian bunyi gluk...gluk masam hidung selesema didalam batang paip.

Saya keluar dari bilik air itu dengan 'mengetap bulu' - perasaan jengkil dan melaung bodoh kepada rakan si tuan rumah; "hebat ornag Kelantan", kata saya.

"Kenapa?" tanya kawan saya yang jadi driver.
"Lama saya tidak kencing di Kelantan, hari ini baru saya tahu yang orang Kelantan lebih maju dari rakyat negeri lain," kata saya lagi.

"Kenapa?" Taya tuan rumah sedikit kenbodohan.
"Orang Kelantan rupanya basuh kencing bukan dengan air tetapi dengan angin," kata saya. Kawan itu ketawa kegelian dan rasa bersalah... haha...hehe... lucu.

"Abe Ti dah dua tiga hari air tidak ada, seluruh kawasan Pasir Mas, ambo pun mandi di sungai," jelas si tuan rumah rasa bersalah dan tersindir dengan laungan saya. Al maklumlah dia sedang berusaha untuk jadi wakil rakyat. "Kita sendiri pun naik bengong... hairan macam mana dengan pihak pengurusan air," katanya.

Menurutnya lagi laporan sudah dibuat mengenai masalah itu. Ada berbagai jawaban dari pihak pengurus air, (AKSB) mula kata tangki di Lemal pecah, lepas itu kata pangkal paip tidak capai air kerana kemarau, lepas itu akhir sekali, ini yang memeningkan, talian hot line pihak mengurus air di Pasir Mas pula telah dipotong --- "perkhidmatan telah ditamatkan. Bengong," katanya.

Saya tidak mahu bercerita dan mempersoalkan apakah sah basuh kencing malam itu kerana menggunakan air. Cuma setahu saya tayamun tidak boleh dengan angin, tetapi dengan tanah. Saya cadangkan kerajaan Kelantan buat fatwa mengenai hal ini kalau masalah air masih berterusan dan kritikal seperrti hari ini.

Fatwanya begini, rakyat Kelantan menghadapi masalah air boleh membasuh kencing dengan angin... fatwa ini berlaku selagi masalah air tidak dapat diatasi.

Anggaplah fatwa ini sebagai fatwa darurah. Mana-mana pihak yang terasa dengan bicara ini harap maaf. Masalah ketiada air itu hendaklah diselesaikan segera tanpa memberi seribu masalah dan jawaban penuh tektikal.

Perkhidmatan kita, perjuangan kita dan wibawa kita sebagai pemimpin akan teruji dengan masalah-masalah begini. Sekiranya kita gagal untuk mengatasinya silalah berundur dan berilah peluang kepada orang lain untuk mengatasi masalah rakyat. [kota bharu 11:03 am 03/08/12]

2 comments:

abu muaz said...

ganah .... cerita ni.
molek benor kabo ke Incheek brahim kaedah tayamun yg baru ni... biar dia wat gi p.pinang

Maaf Sebut said...

Pandai pak syekh buat lawak berbau sindirian. Nak tergelak saya baca.hahaha

Sebenarnya masalah air dah lama.Ada 1 kali tu kenalan buat kenduri tapi malang sungguh nasib dia kerana air takdok lansung. Terpaksalah dia kehulu kehilir mencari air.alhamdulillah majlis dia buat berjalan lancar walaupun dengan kesukaran yang dia hadapi berkenaan air.

yang saya tak pahamnya, kalau kerajaan boleh buat tubek billion ringgit untuk buat highway dan stadium kat pasir puteh, kenapa kerajaan tak buat perkara sama untuk menyelesaikan isu air ini. Saya rasa isu air nie lagi crucial dari membina highway dan stadium dipasir puteh.

hanya luahan biasa rakyat biasa hok takdo sebarang kepentingan politik