SESUDAH SUBUH
Hari ini saya akan kembali ke Semanjung setelah lima hari berada di Sabah. Ternyata banyak maklumat dan info-info yang menarik mengenai peritsiwa dan tragedi Laha Datu yang kini menjadi perhatian negara dan juga dunia sekitar.
Sedikit sebanyak apa yang berlaku di Sabah turut menjejaskan harapan ramai yang ingin melihat parlimen dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. Tidak pelik dan salah kalau ada yang membuat spekulasi kelewatan pembubaran parlimen sehingga Najib Razak sudah kehabisan tempoh sebagai PM adalah gara-gara tragedi berkenaan.
Tampak apa yang berlaku di Sabah ini bukan mudah untuk pulih dan sendik seperti sedia kala. Ia umpama sebiji gelas kaca yang terhempas ke batu. Walaupun ia bleh dicantum kembali, dipolis dan dikonkrit tetapi kesan retak tetap ada.
Kata orang biarpun sembuh tetapi luka tetap ada. Perasaan orang-orang Sulu dan begitu juga dengan rakyat dan pemerintah negara kita terluka dan terguris kerana peristiwa itu. Makanya mereka yang mencetuskan sehingga meledakkan mortar dan mengalirnya darah, menyebabkan ada isteri menjadi balu, anak menjadi yatim hendaklah bertanggungjawab.
Ingatlah tiada kemenangan hakikat did alam apa-apa perjuangan?
Hubungan antara bangsa Sulu dengan pemerintah tidak akan mesra seperti dulu. Tragedi yang membawa banyak nyawa terkorban itu akan menjadi detik hitam dan dendam buat kedua-dua pihak. Tidak siapa mahu ini, tetapi inilah yang sudah terjadi. Ia akan menjadi phobia. Apa juga pertelingkahan dan sengeketa selepas ini ia akan diheret kepada kejadian itu. Kejadian 12 Mach itu tetap akan diingat sebagai sejarah hitam dan merah untuk Malaysia dan bangsa Tagsung.
Mungkin ada pihak bergembira dengan tragedi itu kerana ia menjadi faktor penyebab banyak rayat Filipina 'melarikan' diri ke bumi mereka khasnya orang Sulu. Tetapi apakah kita boleh menjamin mereka tidak akan mampi lagi? Atau mereka akan mampir dengan semangat dan niat lebih huduh dari apa yang berlaku hari ini.
Justeru penyelesaian yang tuntas, penuh keadilan, timbangrasa dan semangat keangsaan dan agama perlulah dicari. Damai itu lebih baik dan perang.
Beberapa misteri dan maklunat yang saya peroeli disini insya-Allah akan dikongsikan di dalam blog. Saya akan membuat catatan seperti biasa tanpa janji akan memenuhi kesemuanya sekali kerana bergantung kepada masa dan ruang yang ada kepada saya. Isu yang berlegar di dalam kepala kini bukan saja isu Lahad Datu atau Sabah, tetapi isu-isu lain termasuklah mengenai kemungkinan kerajaan UBN yang sudah lanjut usia kini akan lupus.
Perkembangan mutakhir politik negara menunjukkan UBN kian terdesak dan kesediaan rakyat untuk membuat perubahan semakin jelas. Keterdesakan ini tergambar kepada tindakan, kenyataan, janji-janji politik yang berlaku dan dilafazkan semuanya diluar atau bersalahan dengan normal biasa.
Yang jelas UBN sudah menggunakan semua cara, semua kaedah, semua tektik, dan semua orang ataupun kumpulan untuk memastikan kemenangan. Sebaliknya dalam tindakan itu semua yang diguna dan dipakai tidak memberi jaminan UBN akan dapat kekal sebagai sebuah kerajaan.
Tunggulah ole-oleh dari Sabah di dalam blog saya dan doakan semoga saya diberikan kesihatan, kekuatan dan kerajinan luar biasa untuk mencatatnya. Salam. [sandakan.sbh.6:38 am 12/03/13]
1 comment:
Moga diberi kesihatan yang baik untuk terus menulis.
Post a Comment