Thursday, April 29, 2010

Mata Merenung Hati Meraba

Pas Tidak Bangsat Untuk Kumpul RM4 Juta

ISU terbaru di Kelantan kini ialah mengenai pengakuan seorang bloger yang beliau ada menerima RM4 juta untuk belanja operasi perang saraf melanyak Umno dan bekas PM, Abdullah Badawi dalam masa tiga tahun. Perbelanjaan sebanyak itu ialah bagi menjamin kerajaan Pas Kelantan kekal.

Bagi saya isu itu isu terpencil yang tidak perlu diberikan perhatian besar. Akhbar yang memainkan isu berkenaan juga seolah tidak ada modal lain untuk memburukkan kerajaan Kelantan terpaksa mengutip sampah sarap dalam blog-blog tertentu untuk terus memburukkan Pas dan kepimpinan kerajaan Kelantan.

Kata orang kerana tak ada model besar dan konkrit, maka modal angin pun boleh digunakan. Kepada saya isu RM4 juta itu adaah modal angin yang tidak ada asasnya. Ia adalah pengakuan bloger tersebut saja dan tidak ada dokumen mengenai penyelewengan atau penggunaan wang haram dalam membelanjakan membelian peralatan operasi perang saraf itu dikemukakan.

Saya sedikit merasakan pelik apabila bloger itu membuat pendedahan dan beliau meminta orang lain menyiasat. Kenapa beliau tidak mendedahkan maklumat yang beliau ada. Apakah maknanya ini semua? Hanya beliau saja yang mengetahuinya.

Apabila bloger berkenaan mengakui dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, (untuk membiayai operasi saraf itu) ia menjelaskan ada motif senyap di sebalik pengakuan itu. Bagi orang waras tentu tidak merasakan pengakuan itu pelik, kerana apabila beliau bekerja dengan sebuah kerajaan negeri, tentulah wang itu akan disediakan oleh pihak lain demi kepentingan dan kelangsungan kerajaan berkenaan. Masakan Pas mahukan beliau mencari wang sendiri untuk kepentingan Pas?

Sekiranya benarlah bloger berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM4 juta, ia bukan menjadi kesalahan pun. Bahkan wajar kalau wang itu digunakan untuk tujuan yang betul untuk kepentingan Pas atau sesiapa saja yang berusaha untuk mengekalkan kerajaan Pas. Malahan orang Pas boleh angkat jempol kepada mana-mana individu atau pihak yang menyediakan wang berkenaan kerana ia adalah untuk kebaikan parti itu. Tepatlah menghabiskan wang seberapa banyak untuk mempertahankan sebuah kerajaan.

Menurut pengakuannya seperti mana dipetik akhbar, RM4 juta dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun. Ooo... bukan tiga bulan! Ini bererti kira-kira RM1.3 juta setahun. Jumlah itu adalah hama dalam perbelanjaan untuk melawan sebuah parti gergasi seperti BN. Tentunya bloger itu bukan berkerja seorang diri. Tentulah ianya dibantu oleh beberapa orang staf. Jadi RM1.3 kalau dibahagikan kepada beberapa orang staf berapalah sangat untuk satu tahun. Itu belum termasuk untuk sewaan bangunan, pembelian peralatan dan kos-kos lain.

Saya sedikit pun tidak pelik kalau wang sebanyak itu digunakan. Kerana peruntukan untuk perang saraf di pihak Umno lebih besar daripada itu. Angkanya mungkin bernilai ribuan kali ganda dari jumlah itu. Apalah nak hebohkan peruntukan RM4 juta? Cara berfikir ini samalah dengan cara mempersoalkan pembelian sebutir kek kepada Tok Guru satu masa dulu.

Saya nak tanya apakah bagi sebuah parti yang mempunyai ahli lebih 1 juta, yang terdiri dari berbagai bidang dan profesional susah untuk mendapatkan wang sebanyak itu untuk dimanfaat bagi kepentingan mereka. Saya rasa kalau Pas Kelantan nak cari bukan saja RM4 juta, malahan RM40 juta pun boleh. Ahli Pas terkenal sebagai mereka yang ikhlas dan komited dengan parti dan dermawan.

Buka saja 'jabil' atau tadah kopiah duit akan melimpah masuk. Untuk jihad dan agama mereka sanggup menghulurkan seberapa banyak yang mampu sampai kering wang dalam poket. Pernah saya lihat sendiri dalam satu ceeramah perdana di stadium Sultan Muhammad ke-IV tahun 1990 (ketika itu bloger berkenaan belum pun lagi bergelewat di Kelantan) wang punggutan derma dari orang ramai malam itu dipikul dalam guni!

RM4 juta saya rasa kalau tadah guni dalam cermaha Pas di stadium atau di mana-mana pelusuk pun akan boleh dicari. Jadi janganlah cuba hendak memberi bayangan berlaku rasuah atau pengambilan wang haram oleh mana-mana pihak untuk tujuan perang saraf itu. Pas adalah berbeza dengan Umno dan parti lain. Walaupun Pas memerlukan wang untuk membiayai jentera partinya, saya yakin ia dari sumber yang sah dan halal. Ahli dan pemimpin Pas masih belum tergamak untuk melakukan rasuah untuk membiayai projek parti.

Kebanyakan ahli Pas masih dapat membezakan antara ular dengan belut atau babi dengan badak!

Jadi dalam hal ini tidak guna cabar mencabar. Kalau bloger berkenaan merasakan wang itu wang haram, kenapa beliau sedia mengambilnya? Kenapa beliau bersubahat selama tiga tahun menguruskannya? Kalau beliau juga sedia mengambilnya bermakna dia juga sedia bersubahat dengan wang gelap itu. Apa hukumanya bersubahat dengan kejahatan? Celakalah jawabnya.

Janganlah sesudah kita menelan buah yang pahit untuk mengalas perut yang kosong kita menyangka orang mengkhianati kita lalu kita mencercanya sebagai mengkhianati kita. Buruk sangatlah kalau kita menyerang orang yang memberikan kita rezeki untuk anak dan isteri kita.
Kalaupun kita tahu dia jahat tetapi kejahatan itu jangan di pamerkan di billborad untuk tontonan orang lain, cakaplah dengan baik. Juga kalau kita tahu wang itu rasuah tetapi kita tetap juga memakannya maka ternyata kita lebih hina dan bangsat dari orang yang memberi wang itu kepada kita.

Mengenai isu RM4 juta saya rasa bukan nawaitu bloger itu hendak dedahkan dan memburukan orang tertentu. Beliau sekadar menjelaskan keadaan apabila ada tuduhan buruk ke atasnya. Baginya wajar untuk membela diri, termasuklah membuat pengakuan yang meragukan itu.

Seperkara lagi orang yang membangkit dan menyentuh diri bloger berkenana juga kurang bijak. Janganlah kita mudah membuat tuduhan terehadap apa-apa yang didedahkan. Adakalanya ia sengaja membuat provokasi dengan tujuan yang tidak terlihat oleh kita. Dalam keadaan ini kalau kita memberi reaksi, maka buruklah padahnya dan dia hanya akan ketawa gembira. Itulah yang didingininya. Dalam hal ini semua pihak harus bijak.

Kepada Mustapa yang meminta Pas Kelantan mendedahkan dari mana sumber wang itu tidak payah dilayan. Yang pastinya RMN4 juta bukan dari royalti Petroleum Kelantan yang disembunyi dan disekat oleh Mustapa. Mustapa tidak payah risau tentang itu. Ia juga bukan dari wang kontraktor yang mendapat projek buat sekolah atau Maktab Sains Mara di Kelantan. Sesiapa juga jangan cuba meletakkan Pas Kelantan sebagai haprak untuk mengumpulkan dana sebanyak itu sehingga terpaksa melakukan rasuah. Jangan!

Perjuangan Pas perjuangan leluhur bagi ahli dan penyokongnya. Ahli Pas bukan seperti ahli Umno. Ia berbeza. Ahli Pas sedia mengimfakkan harta untuk perjuangan manakala ahli Umno senantiasa mencari peluang kebendaan dari partinya. Perbezaan ini hendaklah difahami sebaik-baiknya.

Dana RM4 juta itu kalau pun benar, ia adalah wang yang diambil dari sumber sah dan halal untuk manfaat perjuangan. Kalau ia dari sumber rasuah sudah lama ada pemimpin Kelantan didakwa oleh SPRM. Tidak salah kalau kita leburkan untuk perjuangan, sebaliknya salah kalau wang disimpan untuk kepentingan diri. Dan dalam politik sekular yang diamalkan di negara ini hari ini apalah salahnya kalau sehelai dua dari jumlah RM4 juta itu termasuk dari wang tumbuk rusuk! [wm.kl. 7:45 pm 29/04/10]

15 comments:

mantaro said...

Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.Berbaloi juga 4 juta dapat mempertahankan Kelantan????

ANAFAKIR said...

Setuju dgn Tuan MSO..selepas dibuang dari PMBK baru 'menyalok'..kenapa selama ini diam,senyap ttipah?Dah kenyang perut, dpt macam2 baru nak royak PAS merasuah dia utk mempertahankan Kelantan.Kalau mmg dari awal lagi wang RM4j tu rasuah, dia terima bakpo?...mcm2 la manusia sekarang..join UMNO la,ikut tuan SENATOR EZAM..lambat laun dpt jawatan penting..

Hishamuddin said...

Mustapa ni dah lama2 diam diri..bila bersuara ingatkan faktanya makin bagus..tp nampaknya faktanya dalam tv 3 suku tadi sampah semata2. Kenapalah beria2 benar nk suruh siasat punca wang 4juta tu tok pa nye..besar sgt ke nilai 4juta itu kalau nk di bandingkan wang sogokan BN masa pilihanraya yg tak penah pun di ketahui sumbernya.

Kalau tok pa ni seorg yg cerdik berpolitik, sepatutnya dia meminta siasatan dibuat ke atas dakwaan penulis blog itu.Bknnya terus mempercayai bulat2 apa yg dikalamkan oleh blogger tersebut. Cuba menangguk di air keruh, tok pa cuba perdagangkan politik murahannya. Belum pun sahih dakwaan blogger kecewa itu, Kerajaan Pas kelantan telah di serang seolah2 menggunakan wang rakyat utk kepentingan politik. Seeloknya tok pa berjuang utk dptkan royalti utk kerajaan kelantan,barulah bila dah tiada nanti rakyat kelantan akan kenang jasanya.

Kepada "Sheikh"...demo yg pandai2 buat tuduhan...demo je la yg jelaskan dr A sampai z. Jangan jadi budak2 sheikh, nk suruh org lain yg siasat. Ambo tahu demo cuma nak panaskan keadaan je. Ambo yakin kalau kerajaan Pas kelantan salah, demo tak main wayang lagu ni sheikh, demo akan balun cukup2 sampai dibogelkan tok guru pun ambo rase demo sanggup sheikh. ke guane sheikh?

MOHD HARIS said...

entah lah tuan...kadang2 pelik baca statement blogger tu... mcm2 di letakkan dalam blog nya (dengan dokumen yang discan, bukti mcm2 bukti dll)

tapi SPRM sampai hari ni masih diam tak ambil apa2 tindakan... kalau lah pikir logik - biasa nya kalau pembangkan buat silap sikit je - SPRM confirm akan dakwa.... ni bukti bersepah kat blog tu pun - SPRM diam je.... betul ke bukti tu... entah lah... betul lah kata cikgu din kat atas - biar lah luncai terjun dgn labu2nya....

dendam peribadi yg tidak berkesudahan betul mamat sorang tu :) :) :)

haris

MySafru said...

blogger tu ibarat org kelantan kata "baso tok berapo segar".

MatGelap said...

alah...RM4 juta apalah sangat dibandingkan dgn yang jelas rasuah politik RM3juta utk SRJK Cina Rasa hulu selangor...kalau iklas nak bantu x payahlah tunggu YB MP meninggal...RM4 juta utk 3thn lak tu...entah kenapa ramai orang melayu sekarang nak jadi RAJA LAWAK ASTRO (nak jadi NABIL kot)...amat dikesali bila org melayu sekrg lebih suka menjatuhkan orang lain drpada membina bangsa melayu itu sendiri...LUNCAI TETAP AKAN JADI LUNCAI...

Unknown said...

salam tuan mso

blogger ini sudah sakit. dia tidak lagi mampu mengubati sakit yang dialaminya. dia cuba mencari simpati dengan menjual dirinya dengan isu yang dibesarkan.

saya yakin isu ini tidaklah besar pada kedudukan asalnya. oleh kerana ia tidak ada apa lagi untuk digemparkan maka isu seperti ini ditimbulkan

dia semakin ditinggalkan sebab itu dia marah dengan situasi dia sekarang. dia tidak laku dikalangan rakyat pas.

seperti kanak-kanak yang ingin mendapat perhatian daru ibunya yang sibuk bekerja. banyak kerenah yang dilakukan selagi ibunya tidak ambil perhatian terhadapnya.

saya gembira kerana kerajaan pas kelantan tidak ambil peduli dengan situasi yang ditimbulkan kerana hal ini adalah untuk menimbulkan kekacauan dalam kerajaan

tidak mustahil blogger ini telah diupah memandangkan kegiatan dia yang cukup sibuk akhir-akhir ini

orang seperti ini patut dibangsatkan kehadirannya dalam masyarakat

andakmaon said...

MSO ,
Kenapa berada di sindrom penafian sentiasa . Jika benar-benar nakkan ketelusan , kepimpinan PAS kena tubuhkan badan siasatan menyiasat tuduhan ini. Ini melibatkan sebuah parti politik yg sekarang memerintah negeri Kelantan yg kononnya mengamalkan pemerintahan secara Islam, Sisatlah apa nak ditakutkan. Bersihkan imej buruk kerajaan negeri yg telah sekian lama diperintah dan diuruskan oleh PAS itu. Jangan tuan juga turut sama menjadi mereka yg telah menerima habuan macam Kickdefella !

KamAlinFaris said...

Kemah keming hujah MSO. Kick de fella jawablah kalu rasa hebat sgt, org dah kena kick dgn fella memang teruk... Dah takde rasa malu ke????

yiemega said...

Assalamualaikum Tuan MSO,

Saya tampil untuk memberikan komen kerana merasakan tuan seakan keliru dengan kenyataan yang diberikan oleh blogger tersebut.

Apa yang saya faham 'blogger' berkenaan bukan bermaksud RM4 Juta itu adalah rasuah tetapi ianya menjawab bagi soalan apakah jasanya terhadap parti.

Maaf cakap, kadang-kadang ada betulnya juga saya perhatikan perangai PAS seperti Habis Madu Sepah Dibuang.

Masih saya ingat ada beberapa orang yang semasa berada di dalam PAS ianya disanjung-sanjung tapi apabila beliau keluar dari PAS beliau dihentam habis-habisan.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim semasa beliau berada di dalam UMNO ia dihentam habis-habisan bermacam-macam cerita yang dikarang tetapi apabila beliau keluar UMNO pujian melangit mula datang dari PAS.

Samalah seperti Zaid Ibrahim. Juga blogger berkenaan, dulu dipuji melambung, malah ada yang mengesyorkan lebih baik baca blog berkenaan daripada baca surat khabar utusan.

Itik berenang di dalam air
Ayam belari di tepi tali air
Bukanlah erti saya berlagak mahir
Hanyalah cuba beri pendapat akhir

mohd sayuti omar said...

Sebelum bergerak ke masjid saya nak ulas sikit komen Yiemega tentang habis madu sepah dibuang. Kalau kita seorang pejuang tulen kita akan terus menyokong perjuangan itu tanpa mempedulikan apa yang kita perolehi. Biasalah kalau tenaga, wang ringgit kita ditunggangi untuk perjuangan. Kita rasa puas dan tidak akan mengungkitkannya. Tetapi kalau kita langkah ke gelanggang dengan niat tertentu, mengharap perlindungan, wang ringgit atau jawatan, maka akan berlakulah rasa kecewa seperti Yiemega katakan itu.
Betula bloger berkenaan tidak menyebut tentang rasuah tetapi mesej di sebalik pendedahan/pengakuan ikhlas itu menjurus ke arah itu. Itu yang mata kelabu saya nampak, tetapi mungkin Yiemega ternampak benda lain, walauahalam.

Unknown said...

salam tuan mso

saya sependapat dengan tuan. yiemega perlu mendalami isu yang dibawa oleh blogger ini. orang ini pernah berada dalam kerajaan pas. pernah berkhidmat dalam pas. banyak yang dia tahu hal dalaman pas. dimana kelemahan pas mungkin banyak yang dia tahu. mungkin dia ada orang yang menyokong dia dalam kerajaan atau suk. dia ni terlalu licik.

yiemega kena faham dengan kedudukan blogger ini. faham betul betul dengan tulisan dia. dari dulu lagi dia seakan berdendam dengan kerajaan negeri kelantan. dia ada misi tertentu.

dendam dia masih lagi belum habis. mungkin dia akan kerjakan kerajaan pas habis habisan. itu pendapat saya.

kerja dia bermula selepas dia dibuang. kalau dia tidak dibuang dia tak akan jadi begini.mungkin

siapa dibelakang dia sehingga dia taksub dengan menghentam kerajaan kelantan. mungkin ada keran sukar bekerja seorang

nasihat kepada yiemega hati hati dengan maksud disebalik tulisan yang disiarkan

CE said...

andakmoan...

tadok kejo lain la PAS nok buat lepas ni... asik tubuhkan badan nok siasat tuduhan2....ni buke caro ore cerdik bertindak...


yiemega...

jasa dio dibayar dengan gaji... bilo dibayar..hasil buke kiro jasa... itu kejo dio... kalu jaso gak, gaji tadok...bilo gaji ado..dio keno deliver tugasan hok diberi pado dio...

jawape rm4 juto atas kato no balah ore tanyo jaso dio..hahaha...itu tandonyo ore doh kering ideo... tadok jawape bulih bui...

terlampau sero hebat...pemikiran sudah jadi mace budok2 main guli bbaloh....

aime said...

Kalau kita tak buat, nak apa dipanjangkan dengan siasat menyiasat, biarkanlah yang bersuara atau tak puas hati tu yang siasat.

Diam aja la. Apabila ada yang menyungkit, barulah buat "statement" untuk membetulkan semula atau mebela diri dan bersama ngan bukti2 yang ada. Itu aja bukan susah sangat nak lawan ngan melaun2 macam ni.

Contoh terbaik, Najib Razak tu, apa yang dia buat bila org ungkit segala macam cerita tentang dia, Monggolian, kapal selam, jet, injin jet, APCO dan terbaru rasuah kat Hulu Selangor.

Si Najib tu, sepatah org mengata tentang kejahatan yang dibuatnya, sepatah dia jawab, kadang2 dia membisu sampai meleleh2 air liur tu, segala tuduhan tak dipedulikan. Ada kes tu, Si Najib tu terus bersumpah. Itulah saja modal untuk bagi orang jemu dengan isu2 politik ni dan lama kelamaan lupalah. Satu lagi, kan Si Det tu kata Melayu mudah lupa.

Tapi pada hakikatnya tak tertubuh pun badan siasat dari pihak tertuduh.

Usaha pihak yang menuduh aja dilipat gandakan, dan selalunya bernoktah jua akhirnya, apabila isu yang diketengahkan dilupakan atau tidak kuat untuk menarik undi2, dan yang pastinya penjahat sebenar tak dijelmakan dan terus bermaharajalela.

Itulah putaran perjalanan politik, dan dibukukan oleh penterjemah politik sebagi sejarah.

Hahahaha..ketawa Si Maharajalela

Emas Intan said...

saya setuju sangat dengan tulisan tuan kali ini. semoga pas kelantan akan bertambah kuat dari hari ke hari walaupun banyak dugaan mendatang