Tuesday, April 15, 2008

Berita Lewat

Majlis Black 14 April
Anwar Belasah Mahathir, Najib

MALAM tadi Anwar Ibrahim mendesak supaya penyiasatan secara menyeluruh dan terbuka dilakukan ke atas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) yang juga bekas PM Dr Mahathir Mohamad dan terhadap Mohd Najib Razak, timbalan perdana menteri.
Kata Anwar siasatan itu perlu memadangkan Dr Mahathirt selama 22 tahu beliau menjadi PM turut melakukan penyalahan kuasa merosakan sistem kehakiman dan melakukan rompakan harta rakyat.

"Kita minta Mahathir disiasat secara menyeluruh dan terbuka kerana beliau merompak harta rakyat dan turut merosakkan sistem kehakiman, pecat Hakim dan sebagainya," kira-kira begitulah ujarnya sambil mendakwa anak-anak Dr Mahathir kini semuanya kaya raya hasil wang rompakan itu.

Dalam pada itu Anwar mencabar supaya Abdullah Ahmad Bedawi mengarahkan polis menyiasat Dr Mahathir. "Saya cabar Pak Lah kalau berani menyiasat Mahathir. Saya yakin Pak Lah tidak bernai melakukannya," katanya.

Anwar kurang senang dengan tindak tanduk Dr Mahathir yang terus-terusan memburukkan dirinya, berkata tindakan Mahathir itu kerana beliau (Mahathir) cukup takut kalau beliau menjadi Perdana Menteri.

"Nampaknya orang tua ini tidak habis-habis memburukkan saya, walaupun semua kesalahan beliau terhadap saya telah lama saya maafkan," katanya dengan nada penuh kesal dan geram.

Mengenai tuduhan Dr Mahathir Yahudi adalah pihak yang suka kalau Anwar jadi perdana menteri seperti mana yang disebut dalam ucapannya dan satu kenyataan akhbar di Penang, Anwar menegaskan; "haram kalau saya mengambil satu sen pun wang Yahudi."

Manakala mengenai Mohd Najib, Anwar meminta kerajaan membuat siasatan ke atas kes pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Sharribbu yang mana siasatan ke atas kes pembunuhan itu masih belum selesai dan sempurna seluruhnya.

"Semua orang tahu siapa membunuh Altantuya dan siasatan belum selesai," ujar Anwar dengan disambut laungan nama Najib Razak... Najib Razak!

Anwar juga sekali lagi mengungkitkan soal komisyen sebanyak RM500 juta berkaitan pebebelian peralatan perang yang mana komisyen itu ada kena mengena dengan kepentingan Najib selaku Menteri Pertahanan.

Sementara menyentuh mengenai kekalahan teruk BN dalam pilihan raya lalu di mana Abdullah Ahmad Badawi menjadi sasarannya, Anwar bekata bukan saja Abdullah perlu bertangungjawab dan disalahkan sebaliknya Najib juga perlu bertangungjawab kerana beliaulah menjadi Pengarah Pilihan raya lalu.

"Jangan letakkan kesalahan ke atas Pak Lah seorang tetapi Najib juga selaku Pengarah perlu bertanggungjawab sama!" katanya. [wm.kl 11:15 am 15/04/08]

No comments: