Perihal Sokongan Mahathir Kepada Ku Li
SAYA yakin 99 peratus mereka yang hadir sebagai pemerhati ke mesyuarat khas Umno Bahagian Gua Musang semalam (04 April) adalah penyokong kuat dan kental Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Mereka hadir untuk memberi sokongan moral kepada Ku Li yang bercadang untuk menentang Abdullah Ahmad Badawi. Mereka hadir tanpa diupah dan disiapkan tempat tinggal atau makan minum.
Di sebalik sokongan itu mereka menzahirkan kebencian dan kemarahan kepada Abdullah. Nampaknya semua menerima dan bersetuju dengan pandangan Ku Li, bahawa Umno kini berada dalam keadaan darurat dan ianya perlu diselamatkan.
Sememangnya hasrat suci dan tindakan berani Ku Li itu dialu-alukan. Memang Ku Lilah satu-satunya tokoh yang layak dan cukup sesuai dengan masa kini untuk diharap membela dan memperkasakan semula Umno. Ku Lilah satu-satunya tokoh bersifat dewa penyelamat yang boleh diharapkan.
Kesanggupan Ku Li untuk menentang Abdullah bagi saya suatu pengorbanan besar bekas Menteri Kewangan itu yang tidak boleh dilihat sebagai satu hobi politik saja. Apa yang ingin Ku Li lakukan adaah sesuatu yang ada hubungkait dengan kepentingan bangsa!
Dan tugas atau tanggungjawab itu sesuai dipikul Ku Li.
Bandingkan kemampuan dan ketokohan Ku Li dengan Najib Razak? Ia adalah seperti beza langit dengan bumi. Banding juga Ku Li dengan Muhyuddin Mohd Yaasin ia ianya beza seperti langit dengan bumi. Kedua mereka ada rekod tersendiri yang boleh dipertikaikan ahli-ahli Umno dan orang Melayu untuk menobat mereka sebagai pengganti Abdullah selalu Prsiden Umno.
Dari segi idealisme, keperibadian, kepakaran dalam bidang iktisad dan sebagainya kedua mereka Najib dan Muhyuddin tidak terlawan Ku Li. Bahkan mereka boleh disifatkan anak kepada ahli Parlimen Gua Musang itu.
Kesimpulannya dari segi rupa dan batang tubuh Ku Li mengatasi kedua mereka itu. Jadi kenalah kalau Ku Li diberi kepercayaan untuk membaiki Umno mengembalikan kekuatan Umno yang berada di hujung pedang ketika ini.
Berbalik kepada perihal penyokong Ku Li tadi, terdengar berbagai komen dan kepercayaan mengenai nasib Ku Li. Kepercayaan yang popular ialah Ku Li akan menjadi Perana Menteri dalam masa terdekat.
Berbagai teori dan juga kepercayaan bagaimana anak raja Kelantan itu akan jadi PM. Antaranya ialah kononya akan berlaku Magaren, Yang di-Pertuan Agong akan istyharkan Magaren kemudian melantik Ku Li jadi PM. Semudah itukah?
Teori-teori itu tidak masuk dalam kepala saya. Kerana bermacam teori direkacipta mengenai Ku Li sebeum ini. Saya lebih melihat kepada raliti dan seuatu yang praktikal.
Dalam berborak mengenai sokongan terhadap Ku Li yang diterima itu ada seorang penyokong fanatik mengatakan Dr Mahathir juga turut menyokong Ku Li. Mendengar itu saya jadi berbulu dan geram lantas menjawab;"Saya tidak percaya kalau Dr Mahathir sokong Ku Li. Dan saya harap Ku Li juga jangan percaya dongengan itu."
Penyokong berkenaan kurang senang dengan peluahan saya lalu menegaskan beliau sudah dengar sendiri yang Dr Mahathir menyatakan sokongan kepada Ku Li. Selepas saya bertanya di mana Dr Mahathir membuat kenyatana itu beliau mendalihkan Raja Petra (blogger Malaysia-toaday) yang memberi tahunya. Maknanya penyokong berkenaan bukan mendengar dengan telinganya sendiri.
Seingat saya Dr Mahathir tidak pernah berterus terang mengenai Ku Li. Kenyataan mengenai Ku Li masih kabur dan berbelit-belit. Kenyataanya mengatakan sokongan kepada tindakan Ku Li minta Umno di adakan AGM bukan bermakan bekas Presiden Umno itu sokong Ku Li untuk menentang dan menjadi Perdana Menteri.
Justeru diingatkan para penyokong Ku Li dan Ku Li sendiri jangan mudah menerima kenyataan dan juga kata-kata Dr Mahathir. Kenyataan Dr Mahathir harus dihayati dan ditafsirkan dengan berpandukan berbagai kitab politik.
Bagi Ku Li sendiri rasanya kalau pun beliau hendak berlawan dengan Abdullah beliau tidak perlu sokongan dan tujuk ajar Dr Mahathir. Beliau mempunyai political will tersendiri serta ada kelebihan-kelebihan yang ketara yang tidak ada pula kepada Dr Mahathir dan ia boleh menjadi nilai tinggi untuk bersaing dengan Abdullah.
Atas kepercayaan dan firasat saya mengenai Dr Mahathir saya tidak percaya kalau Dr Mahathir memngubah haluan memberi sokongan terbuka kepada Ku Li. Mungkin orang lain mengutip cerita dan mendengar dari kenyataannya berhubung Ku Li yang berbelit-belit, tetapi saya bertanya sediri Dr Mahathir mengenai Ku Li dan jawabannya beliau tidak bersedia menyokong Ku Li.
Hari ini dalam orang Umno merasakan parti itu perlu diselamat segera, Ku Li tidak perlu mengharap dan menanti sokongan Dr Mahathir. Beliau teruskan dengan keyakinan dan sokongan ikhlas akar umbi. Bagaimana pun kalau disaat akhir Dr Mahathir juga ingin menyokong Ku Li seperti mana permintaan sesetengah mereka yang kufur untuk bersama Nuh disaat banjir melanda terserah kepada Ku Li sama ingin terima atau tidak.
Atas rasa persahabatan dan kemanusiaan Ku Li mungkin boleh menerimanya. Namun untuk bermain dengan sandiwara Dr Mahathir rasanya ia merugikan masa Ki Li saja. Perhatian: Di bawah lagi gambar-gambar sekitar mesyuarat agung khas Umno Gua Musang. [kk. sbh 7:15 05/03/08]
No comments:
Post a Comment