BEKAS Menteri yang dikaitkan dengan satu laporan polis di balai Polis Brickfields pada 14 April lalu dikatakan akan pulang dari luar negeri esok. Orang ramai yang mengikuti laporan bekas menteri berkenaan tertanya-tanya apakah beliau akan terus dipanggil polis untuk menjalankan siasatan atau pun tidak sebaik menjejaki kaki di lapangan terbang KLIA.
Bekas menteri berkenaan didakwa telah melakukan gangguan seks ke atas seorang pelayan Havana Club di Meridian hotel.
Pelayan berkenaan bersama teman lelakinya telah membuat laporan polis. Pihak polis semalam membuat kenyataan akhbar mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara itu. Pihak polis seperti mana ditegaskan dalam kenyataan akhbar akan membuat siasatan tidak kira ke atas orang kecil atau orang besar.
Bekas menteri berkenaan juga kena menghadiri majlis angkat sumpah sebagai ahli Parlimen yang di bangunan Parlimen pada 28 April, Isnin. Sudah pasti sekiranya bekas menteri berkenaan hadir pada hari angkat sumpah beliau akan menjadi tumpuan rakan-rakan ahli Yang Berhormat.Sudah pasti juga bekas menteri berkenaan tidak dapat lari daripada kepungan para wartawan dan jurugambar.
Bagaimana pun orang ramai masih lagi menjadi tanda tanya dan teka teki siapakah menteri berkenaan dan apakah beliau juga akan dilayan seperti orang biasa oleh polis? [wm.kl. 6:50 pm 23/04/08]
No comments:
Post a Comment