Tuesday, April 15, 2008

Sebelum Tidur

Majlis Black 14 April Diganggu Polis
Lebih 20,000 banjiri Pandang Kelab Sultan Sulaiman

MSO

SEPERTI yang dijangka Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini mencatat satu sejarah baru apabila kira-kira lebih 20,000 orang ramai berhimpun untuk meraikan kemenangan PKR dalam pilihan lalu dan sekaligus memperingkat tarikh Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim dipenjara 14 April 1998.

Kebanyakan mereka yang hadir sebahagian besarnya ahli PKR, selebihnya Pas dan DAP.

Kawasan lapangan Kelab Sultan Sulaiman dipenuhi dengan manusia yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kehadiran hampir sama ramai tiga kaum utama, Melayu, China dan India membuka lembaran sejarah baru dan memecahkan mitos kelab berkenaan yang selama ini menjadi medan orang Melayu berhimpun bagi membincang nasib dan masa depan negara dan agak menakutkan kaum lain untuk mendatanginya.

Sebelum ini orang Cina dan India tidak berani untuk memijak kelab berkenaan yang dianggap sebagai kawasan keramat orang Melayu kerana di situlah berlangsungnya perbincangan dan mesyuarat mengenai nasib dan masa depan orang Melayu.

Dengan kehadiran orang Cina dan India memenuhi padang berkenaan sekaligus menggambarkan suasana dan politik baru Malaysia berjaya dan bakal melakari sejarah baru politik Malaysia seperti mana diidamkan Anwar bersama Pas dan DAP.

Kejayaan majlis malam ini juga membuktikan bahawa politik baru yang digagaskan oleh PKR khasnya Anwar Ibrahim mendapat sambutan dan diyakini rakyat berbagai kaum dan professional. Dengan semangat dan laungan reformasi...refoamsi...reformasi yang bergema membela kesibukan kota di padang kelab itu merindingkan bulu roma dan setiap yang hadir merasa optimis bahawa Anwar mampu muncul sebagai hero semua kaum di negara ini dan akan menjadi Perdana Menteri sedikit masa lagi.

Melihat kepda semangat dan juga perpaduan yang ditunjuk oleh setiap mereka yang hadir ia menggambarkan seolah-olah PKR bersama Pas dan DAP akan mula memerintah Malaysia sepenuhnya selepas fajar menyingsing besok.

Bagaimana pun majlis yang berjalan dalam harmoni itu sedikit terganggu apabila sekumpulan anggota polis tiba-tiba menapak di tengah-tengah orang ramai menuju ke petas untuk melarang Anwar daripada berhenti berucap.

Apabila menyedari anggota polis masuk dan menuju ke pentas menyebabkan orang ramai yang bersemangat mendengar pidato bakal PM itu menjadi sedikit kelam kabut kerana mereka bimbang akan keselamatan Anwar. Maklumat yang mengatakan bahawa Anwar akan ditangkap yang tersebar petang tadi sekiranya beliau berucap di majlis itu menyebabkan orang ramai menjadi gempar.

Sebaik sekumpulan polis itu sampai berhampiran pentas mereka dihalang oleh pasukan kawalan terdiri daripada anak-anak muda yang memakai baju T-Shirt berwaran hitam bergambarkan wajah Anwar yang berganding tangan antara satu sama lain membina halangan.

Untuk beberapa minit polis meminta laluan namun gagal. Setelah Anwar meminta agar beri kerjasama dan membiarkan polis naik ke pentas untuk berunding barulah polis melangkah ke pentas dan orang ramai kembali tenang.

Kira-kira tujuh minit beberapa orang polis berbincang dengan Anwar kemudian mereka turun dari pentas dan beredar keluar. Orang ramai yang teruja dan tidak puas hati dengan tindakan polis itu terus melaung refomrasi... refomrasi... dan diseling dengan takbir Allahuakbar seakan mahu menghalang polis dari menyentuh Anwar dan lekas-lekas keluar dari tempat itu.

Kejadian itu berlaku jam 10:20 minit selepas Anwar berucap selama 45 minit. Terdahulu turut memberi ucapan ringkas Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail dan MB Selangor Khalid Ibrahim dan Mohd Azmi Ali selaku pengarah majlis sambutan.

Majlis malam ini bersurai kira-kira satu jam setengah lebih awal. Atas kebijaksaan dan diplomasi para pemimpin PKR dan Anwar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini dan majlis bersurai dengan baik kira-kira 10:45 sebelum Anwar mengadakan sidang akhbar. Lagi laporan esok. [wm.kl 2:45 am 15/04/08]

No comments: