Tuesday, April 1, 2008

Respon

Marah Subky dan Kisah Yap Ah Loy

BANYAK respon yang masuk ke dalam e-mail blog saya berkaitan dengan cadangan saya agar tokoh penulis dan wartawan politik Subky Abdul Latif dilantik menjadi Senator. Rata-rata berpandagan ketepatan Subky dilantik Senator bukan untuk membalas jasanya kepada Pas sebaliknya memanfaatkan khazanah ilmu yang ada kepadanya. Memang jasa kepada perjuangan haram dituntut!

Pemberi pandangan berpendapat kewajaran itu kerana pengalaman dan juga ketokohan Subky dalam surat menyurat dan karang mengarang itu. Bukan ramai sebenarnya mereka yang ternama dan mendapat nama dalam bidang ini. Subky adalah salah seorang daripadanya yang sudah dikenal ramai dan terbukti akan ketajaman penanya.

Ada yang beranggapan Pas terlewat selama dua dekad untuk berbuat demikian, melantik mereka yang berkebolehan dan pakar dalam sesuatu profesional, bukan sahaja terhadap Subky tetapi lain-lain tokoh, seperti Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR, penulis dan kolomnis Rustam A Sani dan lain.

Sepatutnya perlantikan itu dimajukan oleh Kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu kerana kerajaan itu wujud lebih awal daripada lima Kerajaan baru yang ada hari ini. Kerajaan PAS-DAP-PKR seharusnya peka dan prihatin mengenai kepentingan ini.

Mereka memberi alasan kenapa kalau puteri Umno yang basuh kencing pun belum tentu bersih (bertahrah), atau seniman haprak jalanan, atau stringer Utusan Malaysia yang tidak pandai cakap orang putih pun boleh dilantik menjadi Senator kenapa tidak tokoh-tokoh yang hebat disebutkan itu?

Ada benarnya juga komenter berkenaan. Namun itu sukar untuk ditolongjawabkan di sini?

Pun begitu biasalah, dalam banyak yang menyokong dan bersetuju itu ada juga yang tiba-tiba jadi selesema apabila nama Subky dinaikan dalam blog Merah Tinta itu. Seorang pembaca berasal dari Pulang Pinang yang taksub kepada seorang tokoh tertinggi Pas, menelefon saya apakah kerja saya kini nak naikkan Subky jadi Senator. (Sorry).

"Apa enta tak ada kerja dah ke, Quran buruk nak digunakan lagi, orang pakailah yang baru... banyak lagi!" katanya sambil ketawa keh..keh kehhh. Telinga saya berdesis mendengar kata-kata itu. Dia ini kurang bersetuju dan semacam ada gap dengan Subky.

Saya menahan sakit hati dan membalas balik dengan kata-kata; "baik guna Quran lama daripada Quran baru yang kadang kala kehilangan baris dan mudah lupus huruf. Kalau dah lupus huruf langsung tidak boleh pakai lagi," jelas saya. "Lagipun dah try pakai yang baru tetapi sampai sekerat jalan, meragam... macam lembu mambuk 'nanggal'!" sambung saya lagi.

Sahabat yanhg memanggil itu diam dan terus ketawa caranya sambil berkata; "ah enta....". Atas alasan dia hendak ke Seremban (rumah bini muda kok), perbicaraan diputuskan.

Soal Subky, Mat Sabu dan mengenai jawatan Speaker DUN Kelantan saya hanya mengemukakan pandangan bebas saya tanpa mengikut telunjuk sesiapa. Ia tidak ada kena mengena dengan sesiapa baik Presiden Pas maupun Setiausaha Agung! Apa lagi dengan Naib-Naib Presiden yang bagi saya hanya tinggal dua saja itu!

Terlanjur bercakap fasal jawatan Senator ini teringat saya kepada cerita yang baru masuk ke dalam telinga. Ini pun haru lagi. Ada seseorang yang merasa hebat di Kelantan mencadang untuk memberikan kerusi Senator kepada seorang berketurunan Yap Ah Loy dari Kuala Lumpur. Alasan orang berkenaan ialah untuk menggambarkan Kerajaan Pas Kelantan terbuka. Biarlah saya tidak sebut nama keturunan Yap Ah Loy yang dicadangkan itu.

Masya-Allah apa dah nak jadi! Macamlah Kelantan tidak ada tokoh lagi untuk dilantik menjadi Senator. Cadangan berkenaan bukan sahaja kurang waras tetapi sesuatu yang dikira penghinaan kepada golongan ulama. Kerana sebelum ini khabarnya sudah ada persetujuan kerusi Senator akan diberikan kepada Ketua Dewan Ulama, Muhammad Daud Iraqi. Dalam pilihan raya lalu Mat Iraq tidak bertanding.
Kalau benar berita ini, betapalah hamisnya bau menusia yang mencadangkan itu. Apakah tergamak untuk ditukar Ketua Dewan Ulama PAS dengan seorang Yap Ah Loy. Kalau pun kita mempunyai minat tinggi kepada kebolehan dan kelembutan bangsa Yap Ah Loy, tetapi janganlah sampai ianya hendak ditukar ganti dengan seorang Ketua Dewan Ulama.

Nampaknya selepas pilihan raya ini banyak mauduk dan isu yang berlegar di Kelantan yang membuka selera dan menjadikan saya gian untuk mencatat! Apa boleh buat, Soden.... Soden.... dah nasib! [wm.kl. 3:45 pm 01/04/08] Glosirri: Nanggal ialah alat diperbuatan daripada kayu yang diletakkan atas leher lembu.

No comments: