CADANGAN Dr Mahathir Mohamad agar Umno melakukan peralihan kuasa dalam masa terdekat tidak dipsetujui oleh bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ibrahim Ali kerana katanya cara itu tidak dapat menjamin Umno akan pulih sepenuhnya.
Katanya apa lagi kalau peralihan kuasa itu dengan cara menunjuk pemimpin tertentu ia akan menjadi Umno semakin kucar kacir kerana tentu ada pihak lain yang tidak berpuas hati.
"Peralihan kuasa dengan menunjukkan pemimpin tertentu tidak membawa kebaikan apa lagi kalau pemimpin itu tidak bersih dan ada masalah berkaitan dengan moral," ujarnya Ibrahim yang juga ahli Parlimen Pasir Mas.
Beliau ditemui selepas berceramah di Kampung Lubuk Kawah, Ulu Besut baru-baru ini. Kira-kira 5,000 hadir pada ceramah berkenaan.
Katanya lagi kalau peralihan kuasa itu dengan memilih pemimpin tertentu ia akan digelak oleh orang ramai apa lagi kalau pemimpin itu ada masalah moral dan cara ini juga mejatuhkan maruah Umno itu sendiri.
Menurut Ibrahim cara paling baik ialah peralihan kuasa itu dilaksanakan menerusi perhimpunan agung Umno dimana ia bukan saja telus dan adil tetapi ahli juga merasakan hak mereka tidak dipermainkan.
“Kalau perlaihan dengan cara menunjuk permimpin tertentu ahli Umno tidak berpeluang untuk memilih pemimpin yang elok dari kacamata mereka,” tegasnya.
Mengenai siapa yang berhak dipilih sebagai pemimpin Ibrahim berkata ia perlulah dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai wibawa serta diyakini oleh dunia seluruhnya. “Kalau kita pilih haya yang baik kepada kita tetapi dunia luar jijit terhadapnya ia akan memburukan lagi Umno,” ujarnya.
Bekas Presiden Umno Dr Mahathir baru-baru ini mencadangkan agar Umno melakukan peralihan kuasa serta merta. Menurutnya orang yang patut mengambil jawatan itu ialah timbalan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. [wm.kl 8:20 pm 17/04/08]

No comments:
Post a Comment