Jalan Untuk Ku Li Lawan Abdullah Sudah Disekat
SEKEJAP tadi menerusi berita di TV3 tanpa sengan silu Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa sistem kouta yang diamalkan Umno dalam menentukan calon untuk bertanding merebuta jawatan dalam parti berkenaan tidak akan dihapuskan.
Maknanya ia dikekalkan!
Pengumuman itu segera menjawab dan mematikan langkah pihak yang ingin sistem tidak demokratik itu dihapuskan. Cadangan beberapa Umno untuk mengikut jejak langkah Umno Bahagian Gua Musang mengadakan mesyuarat agung khas bagi mendesak agar sistem itu di hapuskan juga tidak ada maknanya lagi.
Barang kali Tengku Razaleigh Hamzah yang bercadang untuk menentang Abdullah pada pemilihan akan datang juga menjadi sedikit teralat mendengar kenyataan itu. Apabila ketetapan itu diambil nampaknya cahaya yang sedikit terpancar di hujung terowong sebelum ini sudah mulai malap.
Justeru Ku Li harus mencari jalan lain kalau beliau ingin meneruskan hasratnya. Ketua-ketua bahagian yang ingin memnyokong Ku Li juga harus berfikir dan mencari plan lain memastikan Ku Li akan mendapat pencalonan cukup.
Plan untuk mendesak Abdullah dengan cara beramai-ramai mengadakan mesyuarat agung khas mendesak agar sistem kouta dihapuskan nampaknya tidak menjadi dan bermakna lagi.
Selepas bahagian Gua Musang selesai mengadakan mesyuarat agungnya pada 4 April lalu, masih belum ada bahagian-bahagian lain yang ikut serta. Apa yang ada hanya kedengaran ada bahagian yang ingin mengadakan mesyuarat agung khas, namun ia masih belum menjadi kenyataan.
Setakat ini ada dua bahagian dikatakan akan turut mengadakan mesyuarat agung khas, Muar dan Cheras.
Sekiranya Ku Li dan mereka yang mendorong agar bekas Naib Presiden Umno itu ingin meneruskan hasratnya bertanding, maka usaha kuat harus dilakukan. Plan untuk mendesak Abdullah menerusi mesyuarat itu mungkin tidak sesuai lagi. Masa kini ialah merancang dan mencari tektik bagaimana memastikan Ku Li mendapat pencalonan. [wm.kl 9:15 am 10/04/08]
No comments:
Post a Comment