Mampukah Abdullah Selesaikan Rasa Tidak Puas Hati Umno Sabah?
KURANG 48 jam lagi Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi akan mengunjungi negeri Sabah. Agenda kunjungannya kali ini lebih kepada soal menyelesaikan masalah anak beranak yang meletus dalam kloni Umno Sabah.
Kunjungan itu akan memberi signifiken dan bakal mebawa erti besar. Kunjungan itu juga akan menjadi penentu apakah masalah yang teralun dalam Umno Sabah ke belakangan ini akan selesai atau sebaliknya. Umno Sabah kini dikatakan ada sedikit masalah.
Permerhati amnya dan Umno Sabah khasnya sedang menanti hasil dan natijah kunjungan itu. Apakah kunjungan itu akan menyelesaikan masalah? Atau kedatangan Abdullah itu akan mengheretkan masalah Umno Sabah lebih jauh lagi akhirnya membawa kepada pergaduhan merugikan diri sendiri.
Bagi Abdullah sudah pasti kedatangan itu menggalas harapan besar. Penyelesaian masalah Umno di Sabah akan memberi ketenangan kepada beliau. Beliau perlu selesaikan masalah itu segera. Kerana masih banyak masalah dalam Umno yang perlu dirawat dan diselesaikan segera.
Berhubung perkembangan di Sabah apa yang digeruni Abdullah ialah khabar yang berupa ancaman kononnya ada ahli Parlimen termasuk dari Umno akan bertindak melompat meninggalkan untuk menyertai pembangkang. Mereka dikatakan membuat persiapan dan penilaian akhir untuk menyertai Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim.
Menemui Abdullah
Bagi mengatasi masalah dalam Umno Sabah, sebelum ini enam orang pemimpinnya sudah pun menemui Abdullah di Putrajaya. Mereka, Abdul Ghafur Salleh (Ketua Umno Bahagian Kalabakan), Salleh Said Keruak (bekas KM Sabah), Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan), Pandiker Amin Mulia (Ketua Umno Bahagian Merudu), Abdul Rahim Ismail (Adun Pantai Manis) dan Dr Yusuf Yaacob (bekas MP Sepitang).
Adalah dipercayai pertemuan itu dalam rangka untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati Umno Sabah. Bagaimana pun pertemuan itu tidak diiktiarf oleh Ketua Umno Sabah, Musa Aman. Musa mengatakan pertemuan mereka bukan mewakili Umno Sabah. Senerio itu menyebabkan masalah berlarutan.
Memahami kenyataan Musa (foto) itu dapat ditafsirkan bahawa berlaku perpecahan di dalam Umno Sabah. Seharusnya apa saja usaha dan oleh siapa, perlu Musa Aman menerimanya. Namun kerana mungkin wujud pergaduhan dan perpecahan maka timbullah keadaan itu.
Kemelut ataupun masalah dalam Umno Sabah mulai timbul apabila rata-rata Umno Sabah tidak berpuas hati dengan perlantikan MP dari Sabah menganggotai Kabinet yang diumumkan Abdullah baru-baru ini. Mereka merasakan kementerian yang diberikan itu tidak menggambarkan semangat Barisan Nasional dan Umno Sabah seperti dianaktirikan.
“Semua kementerian yang diberikan kepada MP Sabah, kementerian tahi gigi,” demikian ujar Abdul Karim Ghani tokoh politik veteran dan bekas Ketua Penerangan Umno Sabah. Menurutnya itulah menjadi punca kenapa berlaku rasa tidak puas hati sehingga menyusahkan Perdana Menteri.
Katanya seharusnya Abdullah peka dengan keadaan yang ada dan menghormati sumbangan besar Umno Sabah kepada BN yang telah memberikan 24 kerusi daripada 25 kerusi Parlimen.
Pelantikan tiga menteri yang disifatkan kementerian kelas tiga itu satu penghinaan kepada Umno Sabah dan itulah menjadi punca kenapa timbul masalah dalam Umno Sabah kini.
Bagi bekas Ketua Penerangan Umno itu, masa masih ada kalau Abdullah benar-benar ingin menyelesaikan rasa tidak puas hati Umno Sabah tersebut. Dan seharusnya kalau Abdullah memberi perhatian lebih sebab bimbang keadaan akan jadi semakin celaru dan akhirnya bakal merugikan Umno sendiri.
Memuaskan hati
Dalam pada itu, Abdul Karim juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku lompat parti kalau masalah dalam Umno tidak diselesai dengan baik dan memuaskan hati semua pihak. “Kita harus faham politik Sabah, nilai seseorang itu sangat murah, sekitar RM25 sahaja. Kalau ini tidak dijaga mereka akan boleh lakukan apa saja, termasuk melompat parti” ujarnya sambil memberi peringatan.
Apa yang perlu dibimbangi Umno tekannya lagi ialah mengenai perkembangan di Sarawak di mana sejarah politiknya sering kali mengikut tindakan politik Sabah. Maksud sekiranya berlaku penyemberangan politik di Sabah maka di Sarawak juga akan berlaku. Selalu ujarnya Sarawak akan ikut apa-apa dilakukan oleh Sabah.
Kebimbangan yang sama juga turut dikongsi oleh seorang lagi veteran politik Yahaya Lampong yang mengakui masalah timbul dalam Umno Sabah kini kerana pihak Kuala Lumpur tidak berlaku adil ke atas Sabah.
“Saya rasa persoalan mereka (Umno) timbulkan itu benar dan tepat, sepatutnya Umno Sabah diberi banyak jawatan menteri kerana Umno Sabah memberi kemenangan besar kepada BN,” tukas bekas Ketua Pemuda Berjaya itu.
Yahaya yang juga orang bertanggungjawab membawa masuk Umno ke Sabah seperti Abdul Karim, pernah digantung keahlinnya dalam Umno, juga berpendapat masalah dihadapi Umno Malaysia kini ialah kerana pemimpin yang lemah dan tidak bersikap sebagai negarawan.
“Mungkin Abdullah tidak bersalah tetapi sistem yang diamalkan oleh Umno diperkenalkan Dr Mahathir menyebabkan beliau terperangkap dan akhirnya memusnahkan beliau dan Umno,” katanya sambil ketawa.
Berhubung mengenai kedatangan Abdullah ke Sabah esok, kedua bekas pemimpin dan tokoh politik veteran itu tidak berapa yakin ianya boleh menyelesaikan masalah yang ada namun kunjungan itu disifatkan sebagai wajar dan perlua dimanfatkan oleh Umno Sabah.
Bagi Abdullah sekiranya besok Umno Sabah membuat tuntutan atau permintaan tertentu dalam usaha menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka Abdullah harus memenuhinya walaupun ia agak berat.
Abdullah harus memberi apa sahaja yang diminta asalkan jangan sahaja Umno meminta beliau berundur! [kk sbh 4:30 pm 06/04/08]

No comments:
Post a Comment