Tuesday, April 8, 2008

Berita Malam

Sebahagian Ketua Bahagian Johor Mahu Abdullah Berundur?

SEORANG pemanggil yang juga penjenguk setia blog Merah Tinta dari Johor Bahru memaklumkan apa yang berlaku dalam mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor beberapa hari lalu.

Mesyuarat itu dikatakan hangat dan turut sama membincang masalah semasa Umno termasuk kredibiliti Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.

Katanya sembilan daripada 25 ahli Badan Perhubungan Umno Johor telah membuat cadangan agar Abdullah berhenti daripada menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden Umno sebagai tanggungjawab atas apa yang berlaku dalam Umno dewasa ini.

Dakwa pemanggil itu antara Ketua Bahagian yang vokal mahukan Abdullah bertanggungjawab ialah dr Fuad Zarkasi yang ahli Parlimen Batu Pahat.

Bagaiamana pun sehingga kini maklumat rambang berkenaan belum dapat disahkan.

Sementara itu dalam perkembangan lain menunjukkan tanda-tanda Umno Johor kini berpecah kepada tiga kumpulan, satu Umno diketuai Abdul Ghani Othman, sekumpulan lagi di bawah Muhyuddin Mohd Yassin dan satu lagi kumpulan Umno "Bebas", Shahrir Abdul Samad.

Perpecahan Umno Johor itu menjadi petada bahawa Umno dewasa ini berada dalam keadaan celaru. Apakah situasi ini akan mempengaruhi persidangan agung parti berkenaan yang dijangka bermula pada 1 Julai depan? [wm.kl 8:40 am 08/04/08]

No comments: