Mesyuarat Agung Khas Umno Gua Musang
Usul Cadang Pinda Perlembagaan Diterima
Keperluan pindaan berkenaan dibuat selain daripada bertujuan mengembalikan demokrasi dalam Umno yang terlupus sejak sistem itu diperkenalkan ia juga sebagai persiapan untuk Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu menawarkan diri merebut jawatan Presiden Umno pada Disember hadapan.
Ku Li telah menyatakan sikap dan keinginanya untuk mencabar kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai presiden parti pada perhimpunan Disember akan datang.
Usul Cadang Pinda Perlembagaan Diterima
UMNO Bahagian Gua Musang mendahului Umno bahagian lain mengadakan mesyuarat khas mendesak agar majlis Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat khas bagi memindah beberapa fasal dalam perlembagaan Umno yang tidak demokratik khasnya berhubung sistem kouta yang dikenakan ke atas mana-mana ahli yang berhajat bertanding jawatan tertinggi parti tersebut.
Mesyuarat khas itu memenuhi hasrat ketua bahagian itu sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang mahukan Umno mengadakan mesyuarat khas membincang perkara berkenaan di samping membuat bedah siasat berhubung kekalahan teruk Umno dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
Baru-baru ini bekas Menteri Kewangan itu telah menghantar surat peribadinya kepada semua 191 bahagian Umno memberi pandangan, betapa pentingnya Umno mengadakan mesyuarat agung khas segera bagi membincang mengenai kedudukan terkini parti Melayu itu selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya umum berkenaan.
Mesyuarat agung khas hari ini berlangsung di Balai Rakyat Bukit Cekati Gua Musang yang juga merupakan pusat khidmat masyarakat dan pejabat ahli Parlimen Umno Gua Musang. Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sendiri merasmikannya.

Seramai 453 perwakilan daripada 191 cawangan Umno hadir.
Mesyuarat yang bermula jam 9:30 pagi berakhir sebelum Jumaat, mencatat sejarah tersendiri apabila ia turut dihadiri kira-kira 3,000 orang pemerhati dari Kelantan dan luar Kelantan. Beberapa ketua bahagian dan wakil bahagian juga turut sama hadir bagi menyatakan sokongan termasuk wakil dari dari beberapa negeri.
Sebelum ini ada gimik mengatakan beberapa tokoh penting termasuk Dr Mahathir Mohamad, Musa Hitam dan lain-lain akan hadir sama. Gimik itulah meyebabkan mesyuarat khas berkenaan menjadi tumpuan. Bagaimana pun sehinggalah mesyuarat berkenaan selesai bayangan tokoh berkenaan pun tidak nampak.

Usul meminta MT Umno memutuskan diadakan mesyuarat agung khas untuk melakukan pindaan itu dibentangkan oleh Ketua Penerangan Umno Gua Musang, Nazula Mat Diah yang juga Adun Paloh dan disokong oleh ahli jawatankuasa bahagian Mat Yusuf A Hamid yang juga Adun Nenggiri dan diterima sebulat suara.
Cadangan pindaan ke atas perlembagaan Umno itu juga melibatkan beberapa fasal lain. Namun yang menjadi fokus dan perhatian umum ialah berhubung penghapusan sistem kouta yang diamalkan sejak 30 tahun lalu.
Cadangan pindaan ke atas perlembagaan Umno itu juga melibatkan beberapa fasal lain. Namun yang menjadi fokus dan perhatian umum ialah berhubung penghapusan sistem kouta yang diamalkan sejak 30 tahun lalu.
Keperluan pindaan berkenaan dibuat selain daripada bertujuan mengembalikan demokrasi dalam Umno yang terlupus sejak sistem itu diperkenalkan ia juga sebagai persiapan untuk Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu menawarkan diri merebut jawatan Presiden Umno pada Disember hadapan.
Ku Li telah menyatakan sikap dan keinginanya untuk mencabar kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai presiden parti pada perhimpunan Disember akan datang.
Menurut sistem kouta sesiapa yang berhajat untuk bertanding jawatan Presiden memerlukan 30 peratus pencalonan iaini kira-kira daripada 58 bahagian sebelum layak menjadi calon menentang Abdullah.
Sistem kouta diperkenalkan tahun 1987 selepas Ku Li hampir-hampir menewaskan Dr Mahathir dengan kekurangan sebanyak kurang 60 undi dalam pertandingan sengit dan bersejarah merebut jawatan presiden Umno.

Sistem itu dilihat oleh ahli Umno tidak demokratik dan ia lebih kepada satu taktik dan mekanisme untuk mengukuhkan kedudukan mereka yang sedang menjawat jawatan khasnya Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden dan tidak wajar diteruskan oleh kepimnpinan sekarang.
Apa yang jelas pada mesyuarat khas pagi tadi telah menjadi wadah untuk para penyokong Ku Li khasnya semasa dalam Parti Melayu Semangat 46 berhimpun dan menyambung semula tali silaturahim. Banyak tokoh bekas parti Semangat 46 dan veteran Umno Kelantan yang sebelum ini agak terpisah dengan Ku LI turut hadir sama merapatkan semula saf perjuangan.
Turut sama hadir ialah bekas anak-anak pemimpin ulung Umno seperti, Tamrin Ghafar, Mazlan Harun, Kadar Shah dan lain-lain.
Tiga ekor lembu juga menjadi korban sempena mesyuarat khas berkenaan. Lagi gambar dan ulasan akan menyusul esok. [wm.kl 8:00 pm 04/03/08]
No comments:
Post a Comment