Monday, April 14, 2008

Reaksi Penjenguk

Kaum India Lebih Berjaya Berbanding Melayu

Penjenguk bernama Rosle Azmi telah memberi reaksi kepada rencana “Pendeta Yang Baru Tersedar Dari Lamunan”. Pandangan sdr Rosle menarik dan wajar dikongsi bersama untuk dijadikan bahan renungan. Berikut disiarkan sepenuhnya komen beliau:

“Saya adalah seorang yang mengikuti setiap tulisan saudara mengenai senario politik semasa yang mencemaskan kita semua sebagai umat Melayu. Saya sangat setuju dengan tulisan saudara dalam rencana “Pendeta Yang Baru Tersedar Dari Lamunan”. Bagi saya kebanyakan pemimpin Umno masa kini oportunis yang mementingkan kepentingan diri untuk mencari kekayaan peribadi.

Kalau betul peminpin-peminpin Umno perjuangkan untuk bangsa Melayu kedudukan orang Melayu di negara ini disegi ekonomi tentulah lebih baik lagi. Pada pengamatan rambang saya kaum India sekarang lebih berjaya dalam merebut peluang-peluang perniagaan dibandingkan dengan orang Melayu. Cuba kita lihat nama-nama besar seperti Mat Shah Sapuan, Tajuddin Ramli, Omar Shah, Datuk Syed Kecik dan ada beberapa nama lagi yang pernah dinobatkan sebagai orang Melayu yang amat berjaya tetapi kini telah lenyap tanpa sebarang kabar berita.

Seperkara lagi amat menyinggung saya sebagai orang Melayu ialah sebelum negara ini mencapai kemerdekaan negara ini telah digelar sebagai Persekutuan Tanah Melayu, yang dalam bahasan inggerisnya disebut “Malay Federated State” yang membawa maksud seluruh muka bumi negara ini adalah Tanah Melayu dan kenapa gran-gran hak milik tanah orang Melayu di sebut “Tanah Reseb Melayu” pada saya keluruhan muka bumi negara ini ada tanah melayu selain daripada itu sepatutnya disebut “TANAH RESEB BUKAN MELAYU” ini tidak, yang mana kini kita seolah menumpang di Negara ini sebagai kaum pendatang.

Untuk pengetahuan saudara dulu Radio Malaysia di Sebut Radio Persekutuan Tanah Melayu, yang kini hanya tinggal Askar Melayu dan Utusan Melayu sahaja Keratapi Tanah Melayu pun kini disebut sebagai “KTMB” tidak lagi disebut sebagai Keretapi Tanah Melayu.

Seperkara lagi saya ingin lontar pandangan samada Pas atau Umno malah PKR sendiri untuk pilihan raya akan datang letaklah calun-calun Melayu di kawasan yang majoritinya Melayu. Bagi parti MCA, Gerakan atau MIC kalau mereka bertanding pilih kawasan yang mempunyai kaum mereka. Ini bertujuan supaya kuasa politik Melayu samada pembangkang atau pemerintah dikuasai orang Melayu.

Ini juga boleh membuat kaum-kaum ini sedar. Diharap juga Pas atau Umno hendaklah menjadi satu parti “chauvinis” Melayu, saya percaya DAP, MCA dan Gerakan mereka ada persefahaman dalam hal ini untuk kepentingan kaum mereka.

Sekian, terima kasih." [wm.kl 2:35 14/04/08]

No comments: