Monday, April 14, 2008

Lawatan Langsung

Kelab Sultan Sulaiman Bakal Catat Sejarah Malam Ini

MSO

KELAB Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur yang pernah mencatatkan sejarah tempat berhimpunnya orang Melayu untuk bermesyuwarah bagi membincang nasib dan masa depan bangsa mereka kira-kira 60 tahun lalu malam ini sekali lagi akan mencatat sejarah tersendiri apabila berlangsungnya Malam Himpunan Meraikan Kemenangan PKR dalam pilihan raya lalu.

Majlis malam ini juga bersempena tarikh Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim dipenjara pada 14 April 1989 dijangka akan dihadiri ribuan para penyokong PKR dan juga jentera pilihan raya dan orang ramai.

Majlis malam ini menjadi tumpuan kerana ia mempunyai signifikan tersendiri apabila detik 12 tengah malam malam ini Anwar bebas dari larangan menyertai pilihan raya selepas disekat selama lima tahun.


Walaupun majlis itu diadakan secara tertutup diperimis kepunyaan kerajaan Selangor itu, namun ia telah menarik perhatian umum kerana inilah majlis pertama seumpama itu diadakan setelah PKR bersama DAP dan Pas menguasai lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Walaupun pihak polis telah menasihati orang ramai agar tidak menghadirinya kerana majlis berkenaan tidak mendapat permit polis namun ia dijangka tidak dihiraukan dan orang ramai yang merasakan tidak ada sebab untuk polis merasa bimbang dengan majlis berkenaan.

Ketua Polis kuala Lumpur, Muhammad Sabtu Osman menegaskan polis akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak mengajurkan perhimpuann Black 14, malam ini.

Dalam satu kenyataan akhbar, katanya sekiranya majlis majlis malam ini bertukar ke majlis perhimpunan haram sepertri mana diwar-warkan dalam blog dan internet polis akan bertindak.

Sementara itu orang ramai dari seluruh negara sudah mula tiba di ibu kota untuk meraikan majlis kemenangan itu. Mereka mulai tiba sejak malam tadi lagi dan kebajiran akan bertambah menjelang pukul 6:00 petang ini.

Dijangka selepas pukul 3:00 petang ini polis akan mengadakan sekatan di beberapa jalan utama untuk memasuki ke ibu kota bagi tujuan keselamatan.

Dalam pada itu kerja-kerja terakhir untuk sambutan majlis malam ini di Kelab Sultan Sulaiman sedang dijalankan dengan giatnya.

Jam 11:30 tadi Penyelaras Majlis itu, Badrul Hisham Sharin kelihatan meninjau ke kawasan itu bagi meneliti kerja-kerja persiapan terakhir. Kerja-kerja persiapan itu katanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa halangan yang mencacatan majlis malam ini.

Kira-kira 40 buah khemah telah dipasang ditengah padang yang akan menempatkan makanan untuk jamuan malam nanti.

Para petugas tv dan peniaga vcd juga telah memasang peralatan perakam video masing-masing. Seorang peniaga menjelaskan beliau telah pun menyiapkan kulit cvd peristiwa malam ini berjudul "Black 14".

Di sekitar sebelah kiri padang kelab itu pula, gerai untuk para peniaga telah disiapkan. Dijangka malam ini padang Kelab Sultan Sulaiman akan dibanjiri ribuan manusia. [wm.kl 12:55 am 14/04/08]

No comments: