Zahid Lebih Busuk Daripada Mahathir
MEREKA yang baru merasai empuknya kerusi menteri kini berlumba-luma untuk membela dan mempertahankan Abdulah Ahmad Badawi yang diserang kiri kanan belakang dan depan. Seorang demi seorang bangkit dengan berbagai gaya melampau dengan berbagai senjata angin ditangan untuk dikatakan sebagai pembela Abdullah.
Tindakan mereka betul kerana sebagai menteri baru, jasa dan budi yang ditaburkan Abdulah kepada mereka kena dibalas. Maka untuk menunjukkan mereka adalah 'Pendekar Kemucut' Dr Mahathir hendaklah dicabar dan dibelasah.
Salah seorang daripada mereka ialah Menteri di Jabtan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Ahmad Zahid Hamidi.
Bukan main lagi lantang Zahid menghentam Dr Mahathir Mohamad yang tidak habis-habis menyerang Abdullah itu. Menteri Agama itu mengibaratkan tindakan Dr Mahathir menghentam Abdullah itu sebagai 'membaling batu' ke rumah kaca Umno.
Katanya, dulu Dr Mahathir pernah menggunakan istilah yang sama kepadanya ketika beliau turut membaling batu ke rumah Umno. Apa yang dimaksdukan batu yang digunakan ialah apabila beliau membangkitkan isu kronisme dalam kepimpinan Dr Mahathir.
Zahid mengungkitkan itu kononya ingin menunjukkan dia hebat dan berani mengkritik Dr Mahathir. Barang kali di sini Zahiud terlupa bahawa perbuatannya membaling batu kira-kria 10 tahun lalu itu pernah ditarik balik oleh beliau.
Selepas melarikan diri dan belut dari perjuangan reformasi anjuran Anwar Ibrahim beliau telah membuat kenyataan terbuka di Terengganu yang semua kerja-kerja beliau baling batu itu disuruh oleh Anwar Ibrahim.
Jadi di sini tindakan Zahid membaling batu itu bukan atas kehendaknya sendiri. Ianya disuruh dan diajar oleh orang lain. Kalau sesuatu yang kita lakukan bukan kerana keberanian sebenar ertinya tindakan Zahiud dulu itu sebagai budak suruhan atau khadam saja.
Justeru dibimbang "keberaniannya" mengkiritk Dr Mahathir dalam beliau hendak membela Abdullah itu ianya bukan lahir dari jiwa kepahlawan Menteri Agama itu, tetapi disuruh oleh orang lain.
Manalah tahu selepas ini bila terdesak beliau akan sekali lagi membuat kenyataan bahawa tindakan beliau melontar batu ke arah Dr Mahathir itu adalah disuruh seperti beliau lontar batu 10 tahun lalu.
Para pengawal Anwar dan Keadilan hendaklah menjaga dan mengawasi gerak laku Zahid ini jangan pula dia kelihatan merayau-rayau di rumah Anwar Ibrahim. Kalau nampak kelibatnya di sana hendaklah terus menghalaunya. Zahid...Zahid! [kk sbh. 8:30 am 06/03/08]
No comments:
Post a Comment