KALAU tidak silap baru-baru ini Samy Vellu (foto) ada menengur Dr Mahathir Mohamad kerana tidak berhenti bercakap menyalahkan Abdullah. Teguran itu dikira berani dan banyak yang suka. Kalau Samy Vellu sendiri dapat merasakan Mahathir tidak relevan makna betullah tanggapan pembangkang selama ini bahawa Mahathir sudah tidak relevan dan mencemarkan negara.
Sebab jarang bagi Samy untuk menegur dan mengkritik Mahathir. Mahathir adalah bossnya.
Tetapi belum terbalik hari, Samy Vellu mengeluarkan satu kenyataan yang ‘porah’ dan tidak menunjukkan wibawanya sebagai bekas menteri Kabinet dan juga pemimpin kaum India negara ini. Pernyataan berupa ancaman Samy itu sesuatu yang merendahkan intergiriti beliau sebagai bekas anggota Kabinet.
Tetapi belum terbalik hari, Samy Vellu mengeluarkan satu kenyataan yang ‘porah’ dan tidak menunjukkan wibawanya sebagai bekas menteri Kabinet dan juga pemimpin kaum India negara ini. Pernyataan berupa ancaman Samy itu sesuatu yang merendahkan intergiriti beliau sebagai bekas anggota Kabinet.
Kata Samy beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta bantuan negara luar sekiranya Kerajaan gagal membela nasib kaum India negara ini. Katanya kaum India masih terperangkap dalam kemiksinan dan ketingglaan dalam pendidikan dan berhadapan dengan masalah perumahan.
Ancaman Samy itu dilihat songsang dan tidak berpetriotisme langsung.
Samy Vellu menjadi Presiden MIC sudah lebih 30 tahun. Kalau masyarakat India masih menghadapi masalah, ketinggalan dan mundur, kesalahan itu perlu disangkut ke atas bahunya. Beliau sebagai pemimpin perlu bertangungjawab. Ini bermakna selama itu Samy tidak berbuat kerja dan membantu kaumnya. Mungkin beliau lebih berkerja untuk mengaut keuntungan untuk dirinya. Beliau gagal menjadi seorang pemimpin kepada suatu kaum.
Tidak terkejutlah kalau masyarakat India tidak lagi menghormati beliau. Sebenarnya masyarakat India di SungaiN Siput sudah lama tidak menyokong beliau. Kemenangan Samy sebelum ini pun dalam pilihan raya kerana sokongan bangsa Umno di Sungai Siput.
Tidak sepatutnya sebagai bekas menteri Kabinet dan presiden MIC (kaum India) beliau membuat ancaman demikian. Ancaman itu soelah-olah apa yang kerajaan lakukan untuk kaum India selama ini tidak diterima kasih langsung oleh Samy Vellu.
Saya rasa kaum India yang sayangkan negara ini juga tidak setuju dengan saranan Samy itu yang boleh menyebabkan kaum India akan diragui kalau mengikut kata Samy Vellu itu. Apa yang Samy Vellu lakukan itu seakan mahu menuruti jejak Hindraf. Hindarf sebelum ini pun membawa masalah kaum itu di negara ini ke mata dunia apabila mendedahkan kononnya kaum itu dianiaya.
Kerajaan tidak perlu melayani ancaman Samy Vellu itu. Kenyataan itu sebagai politik sahaja untuk mengabui dan meraih simpati kaum India kepadanya. Apa yang lebih baik disarankan balik kepada Samy Vellu, bukan minta bantuan luar tetapi beliau perlu nyahkan dari negara ini. Carilah mana-mana negara yang beliau merasakan selesa untuk hidup.
Tinggal dan biarlah kaum India negara ini diuruskan oleh parti-parti pembangkang di dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat nampaknya tidak mengabaikan mana-mana kaum dan memandang semua kaum sebagai sama sahaja mengikut hak-hak yang telah dipersetujui.
Pandangan demikian juga sejajar dan menempati seruan Islam, seperti mana termaktub dalam sebuah firman antara lain bermaksud; Aku jadikan manusia itu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Kepada kaum India usah terpanggil dengan ancaman bodoh Samy itu, sebaiknya berilah peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan untuk merealisasikan visi perjuangan mereka. [wm.kl 7:30 am 18/04/08]
No comments:
Post a Comment