MINDA saya teruja apabila terbaca tajuk berita di muka surat 17 dalam Utusan keluaran 17 April lalu yang berbunyi "KGN import 50,000 kambing Jamnapari".
Di bawah sedar saya merasa bangga dengan berita berkenaan. Alangkah... tetapi setelah membaca berita berkenaan sampai habis kebanggaan saya mengecut kemudian hilang diganti dengan perasaan kecewa dan sedih.
Mulanya saya fikir berita itu dari Rong Chenak, To Uban Pasri Mas, Kelantan. Ingat ke kambing itu diimport oleh sebuah ladang kambing bernama Jihad Ternak yang dibiayai oleh Kerajaan secara berselindung.
Tetapi rupa-rupanya ia berita mengenai kejayaan Koperasi Gabungan Negeri (KGN) Pulau Pinang dan syarikat pengeluaran maknan Intan Farm (M) Sdn. Bhd.
Syarikat ini bercadang untuk mengimport kambing kacutan Jamnapari dari Myanmar tahun ini.
Apabila membaca berita berkenaan teringatlah saya kepada ladang kambing bernama Jihad Ternak di Rong Chenak To Uban, Pasir Mas yang diusahakan oleh sebuah akademi dengan kerjasama Kerajaan Kelantan itu.
Kisah mengenai ladang berkenan sudah saya tulis dan catatkan dalam blog ini tahun lepas secara bersiri sehinggakan menimbulkan kegemparan dan saya dituduh berbagai termasuk mengasak pihak tertentu kerana untuk mendapatkan komisin bernilai jutaan ringgit!?.
Saya tidak sedih atas tuduhan itu, tetapi apa yang sedih dan terkilannya kerana projek itu tidak berjaya seperti mana yang diwar-warkan. Awal penubuhannya bukan main lagi seolah Kelantan akan dipenuhi tahi kambing dalam tempoh lima tahun. Dijangka sebuah kilang tahi kambing berkapasiti dan secanggih ladang babi akan dapat dibangunkan. Tetapi kerana kegagalan itu sekerat tahi kambing pun kini tak ada lagi.
Sekiranya ladang berkenaan berjalan dengan baik mungkin ia lebih hebat daripada ladang kepunyaan KGN itu. Mungkin kambing di Rong Chenak kini sudah berjumlah 5,000 ekor. Dan hampak kerana tahinya sudah terhimbau sampai ke Salor, Kota Bharu.
Tetapi sayang projek berkenana tergendala di tengah jalan seperti mana sedia maklum. Paling mendukacitakan ianaya sampai di bawa ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu apabila berlaku pertelingkahan antara dua pihak - akademi dan dengan rakan kongsinya Mohd Amin Pipet.
Mohd Amin kata akedemi dan Kerajaan negeri cakap tidak betul, akademi pula kata Mohd Amin jual kambing mahal? Last sekali orang tengah (konsultan) jadi mangsa!
Mulanya Mahkamah memberi perintah sementara kepada Mohad Amin Pipet. Bagaimana pun perintah itu berpaling (diberikan) pula kepada akademi berkenaan apabila pengarahnya membuat injuksi balas.
Selepas itu berita mengenai ladang kambing bernama Jihad Ternak itu hilang ghaib begitu saja. Ramai penjenguk blog Merah Tinta bertanya mengenai cerita berkenaan. Ada yang marah kerana saya tidak memaklumkan yang ladang itu kini menjadi milik akademi (menerusi injuksi) itu dan Mohd Amin terngangga saja.
Semalam saya ada mendapat sikit maklumat terbaru mengenai ladang berkenaan. Katanya landang itu sudah kosong apabila kambing-kambing telah dibahagikan kepada orang kampung menjelang pilihan raya lalu. Mungkin juga akibat ada seorang wakil rakyat ambil secara haram beberapa ekor kambing berkenaan termasuk seekor bapak.
Malangnya kambing yang dibahagikan itu banyak yang mati.
Paling mengejutkan lagi selepas akademi mendapat kausa memerintah sementara ladang berkenaan, berbagai kejadian yang memalukan berlaku. Pengurus projek berkenaan dikatakan telah ditahan polis kerana mencuri kambing. Dan ada pula cerita lain mengatakan Pengerusi projek pula turut dilaporkan kepada polis turut mencuri kambing. Ceritannya macam kisah Abu Nawas dalam hikayat 1,001 malam. Kambing... ya kambing...
Ringkasnya, projek kambing Jihad Ternak itu kini sudah tidak seglamour dulu lagi. Apa yang pernah saya bimbangkan dulu nampaknya menjadi kenyataan. Projek akan lenyap dari ingatan umum tidak lama lagi. Dan ladang seluas 200 ekar itu bakal menjadi padang tumbuhan rumput jenarah (rumput liar) semula.
Iktibar daripada itu semua beginilah kalau orang yang tidak ahli dalam sesuatu perkara itu diberikan tanggungjawab menguruskannya. Apa lagi kalau sombong ego dan tidak mahu berindung dan buat kerja lepas tangan. Ianya menunggu masa untuk lebur.

Kalaulah kambing tidak mampu untuk ditadbir bagaimanakah pula kalau diserahkan sebuah Kerajaan negeri. Mungkin tidak sampai tiga bulan semuanya lingkup! [wm.kl. 10:00 am 18/04/08].
1 comment:
Kita ambil ini sebagai pengajaran. Membela kambing lembu bukan semudah yang disangka. Ia perlukan minat, keberanian dan kesungguhan yang tinggi. Memang Nabi s.a.w pernah jadi pengembala kambing tapi baginda seorang manusia yg paling tinggi darjatnya melebihi para malaikat. Kita tidak mampu menjadi seperti baginda. Kalau teknologi atau kaedah2 seperti feedlot ada di zaman baginda rasanya ianya akan dipraktikkan.
Apa yang sepatutnya dilakukan ialah membantu mana2 pihak yg sudah terbukti mampu membela ternakan tersebut. Bantu sebaik mungkin lebih baik dari bermula dari bawah. Kerajaan negeri mungkin boleh membantu bawa masuk baka. Bela bagi kepada pihak2 tersebut. Selepas itu baru Kerajaan Negeri ambil balik utk urusan penyembelihan, pemasaran dan seterusnya.
Post a Comment