Tuesday, April 15, 2008

Berita Terkini

Berhubung Majlis Di Kelab Sultan Sulaiman
Azizah Bersama Beberapa Pemimpin PKR Disaman Polis

PIHAK polis telah mengambil tindakan berhubung perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman Malam Tadi. Presiden PKR, Dr Wan Aziazah Wan Ismail, MB Selangor, Khalid Ibrahim, Pengarah program Mohd Azmi Ali dan pembantu khas MB Yahya Shari telah disaman diminta hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam petang ini untuk diambil kenyataan.

Polis bertindak agresif dan cekap apabila sejak jam 8:00 pagi telah berada di luar pintu rumah mereka untuk menghantar notis saman berkenaan.

Berikutan itu pihak PKR menerusi Timbalan Presidennya, Dr Syed Hussin Ali telah mengeluarkan kenyataan akhbar membantah tindakan berkenaan. Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan yang diemailkan blog Merah Tinta sekejap tadi:

KEADILAN BANTAH KERAS TINDAKAN POLIS

Parti Keadilan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan polis ke atas Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Yahya Shari. Mereka telah disaman oleh polis supaya hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 3 petang ini. Mereka akan hadir hanya selepas melihat aduan polis yang dibuat.

Pihak polis telah menunggu di luar rumah mereka seawal jam 6.00 pagi untuk menyampaikan saman. Adalah dipercayai polis hendak menyiasat mereka berhubung sebuah perhimpunan pada 14 April 2008. Khabarnya polis bertindak kerana menerima aduan mengenai perhimpunan tersebut.

Kami menganggap tindakan polis ke atas pemimpin-pemimpin Keadilan ini merupakan satu bentuk ugutan dan provokasi. Mereka begitu cepat sekali bertindak ke atas pemimpin-pemimpin ini selepas menerima aduan. Kami harap secara adil pihak polis bertindak cepat juga apabila menerima aduan tentang hal-hal lain dari pihak kami atau pihak-pihak lain.

Kami juga menganggap tindakan ini sebagai mala fide (berniat jahat). Satu pertemuan telah di adakan di antara pihak polis (termasuk Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan lain-lain), wakil penganjur (Yahya Shari) yang juga pembantu khas Menteri Besar Selangor dan wakil-wakil Kelab Sultan Sulaiman (Dato’ Rahman dan Dato’ Mokhtar)

Penjelasan telah diberi tentang program perhimpunan. Penjelasan ini diikuti secara bertulis oleh pihak penganjur dan juga oleh Menteri Besar Selangor sendiri. Status perhimpinan itu dari segi undang-undang tidak pernah timbul dalam perbincangan ataupun surat-menyurat yang berikutan. Perhimpunan itu diadakan di kawasan persendirian (private).

Seperti yang diketahui pihak polis, perhimpunan itu berjalan secara aman dan terkawal. Ia diadakan dengan teratur dalam lingkungan kawasan Kelab Sultan Sulaiman. Perhimpunan itu telah diberhentikan selepas pihak pegawai polis meminta Saudara Anwar Ibrahim menamatkan ucapan. Tidak ada bantahan dari perhimpunan, penganjur atau Anwar sendiri terhadap tindakan polis ini. Segalanya berakhir dengan aman dan baik pada jam 10.30 malam.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
[wm.kl 12:40 am 15/04/08]

No comments: