PAS Kelantan kemungkin akan kehilangan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) sekiranya ugutan dan ancaman seorang Adun di negeri itu benar-benar menjadi kenyataan.
Salah seorang daripada 38 Adun Pas Kelantan dikatakan tidak bersedia untuk menghadiri upacara angkat sumpah sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) dijangka penghujung bulan ini.
Adun berkenaan dikatakan enggan mengangkat sumpah sekiranya Pas Kelantan tetap dengan keputusan melantik Adun Meranti, Nasaruddin Daud sebagai Spekar Dun Kelantan.
Alasan Adun berkenaan yang juga Yang Di Pertua Pas Kawasan merasakan tidak layak baginya mengangkat sumpah di hadapan Nasaruddin yang disifatkan sebagai anak buahnya. Adun berkenaan dilaporkan sudah lama 'berbulu' dengan Nasaruddin!
Cakap-cakap berupa ugutan Adun berkenaan dituru oleh penyokongnya sendiri telah tersebar di kawasan diwakilinya dan sudah mula menjadi bualan umum.
Adun berkenaan dikatakan kecewa apabila jawatan itu diserahkan kepada Nasaruddin. Beliau juga sebelum ini berangan-angan untuk memegang jawatan itu selepas impiannya untuk menjadi Exco Kelantan gagal.
Namanya yang turut dicadangkan untuk menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (Exco) khabarnya dibuang oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sementara itu difahamkan ada seseorang yang menjajikan untuk melantik Adun itu sebagai Exco.
Menurut peraturan DUN Kelantan mana-mana Adun gagal mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat dalam masa 60 hari tanpa sebab secara automatik Adun berkenaan gugur sebagai menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Pas Kelantan baru-baru telah mengumumkan Adun Meranti, Nasaruddin Daud yang juga bekas Timbalan Speaker untuk dilantik menjadi Speaker.
Keputusan Pas itu katanya menimbulkan kemarahan Adun berkenaan. Sehubungan itu Adun berkenaan juga katanya mengancam untuk melepaskan jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan yang disandangnya.
Sejauh mana ancaman dan ugutan Adun itu menjadi kenyataan ditunggui orang ramai.
Beberapa tahun lalu Adun berkenaan pernah mengugut untuk melepaskan kerusi yang dipegangnya kerana tidak berpuas hati dengan sikap Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempercayai satu laporan berhubung riputasinya sehingga beliau dipecat dari jawatan Ketua Penerangan Pas Kelantan.
Bagaimanapun ugutan itu tidak menjadi kenyataan walaupun khabarnya Nik Aziz mencabar balik agar Adun berkenaan melepaskan kerusi yang dipegangnya ketika itu.
Sekiranya ugutan dan ancaman kali kedua Adun berkenaan menjadi kenyataan, Pas kawasan berkenaan hendak bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku pilihan raya kecil. Jentera pilihan raya dan calon bakal mengganti tempat Adun berkenaan perlu disiap sedia dari sekarang.
Calon paling layak mengisi kekosong itu ialah menantu Adun berkenaan. [wm.kl 12:20 am 11/04/08]

No comments:
Post a Comment