Maaf Tok Guru, Kerana Menghampakanmu....!
JAM 5:30 sore tadi setelah penat kerana menghadiri majlis memperingati pesta Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman semalam hilang, baru saya membuka telefon dan melihat beberapa misscall yang masuk malam tadi. Telefon yang terletak dalam saku selur semalam berdering lebih dari 10 kali.
Kerana terjempit dalam keadaan yang penuh sesak menjadikan saya tidak berselera untuk melihat siapa yang call dan menjawab panggilan. Ruang sempit di hadapan pentas di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi tidak membenarkan untuk saya dan sesiapa yang berada di situ bergerak bebas melainkan tepaku memerhatikan saja apa yang berlaku di pentas.
Beberapa kali kami yang berada dalam kelompok wartawan, penulis dan jurugambar dijerkah disound orang belakang agar duduk kerana melindungi mereka untuk melihat wajah Anwar. Kerinduan mereka untuk menatap wajah pemimpin kesayangan mereka itu menyebabkan sesetengahnya hilang sabar dan bersikap kurang sopan!
Saya sendiri dua kali terpaksa duduk mencangkung dalam ruang yang sempit dan ditepis bahu. Di hadapan dihadang seorang perempuan, di belakang pula juga seorang perempuan, wartawan. Manakala di sebelah kanan pula tersekat dek pagar yang dipasang untuk menghalang orang ramai mendekati pentas. Di kiri pula dihimpit oleh pengawal yang berbadan macam Malik Noor.
Di kalanya ini telefon berdering berberapa kali dan saya tidak 'tergamak' untuk mengangkatnya, malahan merasakan terganggu pula oleh panggilan-panggilan bertalu-talu itu. Silapnya saya kerana tidak off kan telefon itu.
Perhatian sepenuhnya kepada Anwar yang sedang berucap di pentas. Satu demi satu beliau membentangkan agenda ataupun intipati politik baru Malaysia yang beliau hendak hidangkan kepada rakyat. Ucapan yang penuh bersemangat itu menjadikan sesiapa saja lena dan terlalai tanpa mempedulikan kepada apa-apa lagi.
Terus memanggil
Apabila saya memeriksa satu demi satu misscall semalam itu rupa-rupanya satu misscall itu datannya daripada Ustaz Azhar anak saudara Tok Guru Nik Aziz! Lima kali misscall daripadanya. Begitu melihat nombr Azhar saya terus memanggilnya.
"Assamualaikum, ada call ke semalam?"
"Iya, semalam kebetulan ana dok kat Tokguru di hospital, Tokguru nak tahu berapa ramai orang di majlis Anwar. Ana fikir enta tentu ada situ jadi tu lah ana call. Tapi enta tak jawab, jadi tak tahulah apa-apalah. Tokguru tanya call sapa, ana royat call enta..., Tokguru kata mungkin dia sibuk!" balas Azhar menjelaskan tujuan dia memanggil saya.
Saya jadi teruja dengan jawaban itu. Pertama kerana tidak menjawab telefon dan tindakan itu menyebabkan Tok Guru hampa untuk mengetahui secara live mengenai majlis malam tadi. Rasa bersalah perlahan-lahan mendampar dalam diri.
"Bila Tokguru masuk spital, bila...?" soal saya sedikit cemas.
"Kelmarin, dia sakit perut.. tak apa ...dah," balasnya. "Itu saja yang ana call sebab tok guru nak tahu sangat?" jelas Azhar lagi.
Saya merasa benar-benar bersalah kerana tidak angkat telefon semalam dan telah menghampakan Tokguru. Sudah menjadi kebiasaan Tok Guru beliau akan mencari sesiapa saja untuk mendapat maklumat, termasuk daripada saya. Bila ada hal-hal yang agak 'personal' Tokguru akan mendapatkan ulasan dan pandangan, selalunya bila terserempak di mana-mana adakalanya disuruh datang pejabat atau rumah. Inilah amalan Tokguru yang saya tengok jarang ada kepada wakil rakyat lain.
Begitulah juga Tokguru walaupun duduk dikatil hospital tetapi masih berminat ingin mengetahui kegiatan dan perkembangan politik. Memang benarlah politik (jihad) itu darah dagingnya. Acap kali dia menyebut perkataan ini semasa berbicara dengannya. "Susah untuk ana memisahkan politik ini, ia menjadi darah daging dan perjuangan ana," itulah ucapannya.
Mungkin kalau orang lain bila sudah berada di hospiltal tidak akan berbuat apa-apa lagi. Tidak akan peduli kepada perjuangan. Setengah wakil rakyat usahkan duduk di hospital bila sudah
pegang surat khabar orang bagi salam pun tidak dijawab. Kalau sudah balik rumah pula masuk bilik tidak akan keluar-keluar lagi, tunggulah rakyat sampai ke pagi pun dia tidak akan menjelma.
Selain itu Tokguru juga seorang yang cukup humble dan tawaduk dan tidak merasakan dia sebagai MB. Dia masih beranggapan dirinya sebagai hamba Allah sama dengan rakyat lain. Sebab itu beliau tidak lupa daratan dan melayan sesiapa saja penuh keadilan tanpa mengira kasta. Sikap dan sifat ini berbeza dengan sesetengah wakil rakyat, bila ada kuasa sikit hidung tiba-tiba menjadi 'mencung' berjalan pun mata dongak ke langit sampai kaki tersadung tahi kambing.
Kerana komited kepada perjuangan itulah menyebabkan sukar untuk orang ramai melepaskan Tokguru dari kedudukannya hari ini. Kebetulan pula bayangan penggantinya masih tidak kelihatan sampai sekarang. Walaupun ada orang yang cuba menyolekkan diri sebagai MB, namun rakyat dapat melihat wajah itu hanya kosmetik saja bukannya asli! [wm.kl 10:10 pm 15/04/08]
No comments:
Post a Comment