Saturday, January 17, 2009

Dari Kuala Ke Kuala 13

LAGI gambar di sekitar hari pengundian di Kuala Terengganu dikirimkan jurugambar Siasah, Zamzarina. Sementara itu laporan terbaru diterima bagi peti undi di Sekolah Zainal Abidin yang mempunyai 2,149 pemilih dalam DUN Ladang Pas menguasai suasana di mana kira-kira 60 peratus pengundian sudah berlangsung. Pengundian semakin rancak.

Manakala di peti undi Bandar bersempadanan keadaan digambarkan 50-50.
[wm.kl 1:40 pm 17/01/09]


Naib Presiden Pas, Husam Musa turut meninjuan ke beberapa pusat
pengundian. Kelihatan beliau sedang bertanya khabar perayu undi BN.
Ke mana Husam pergi beliau dikerumuni. Kehadiran
ini menafikan kononnya beliau tidak aktif di Kuala Terengganu.
Perayu undi kalangan muda dari BN juga menerima
kehadiran Husam.


Perayu undi wanita BN juga turut teruja dengan
keramahan Husam mendekati mereka.

Puterin dan serikandi Pas turut merayu undi
untuk calon Pas, Abdul Wahid Endut.

2 comments:

Anonymous said...

Lagak Bakal Menteri Besar Kelantan..

Husam memang ada auranya tersendiri. Kebijaksanaan beliau dalam politik memang diakui oleh kawan dan lawan.

Semoga beliau tidak hanyut dibuai mimpi indah dan beliau harus sentiasa berwaspada dengan musuh-musuh politiknya.

Terima kasih kepada MSO kerana melaporkan terus berita dari KT.
Semoga Merah Tinta terus mantap...

-NH Shah Alam-

lan said...

saya baru sampai shah alam dari KT, memang berbaloi la pergi sana tak terkata suasana meriah habis!