Sunday, November 21, 2010

Belasungkawa

Anak Bongsu Ahli Parlimen Rantau Panjang
Kembali Ke Rahmatullah


SELEPAS lebih seminggu tidak sedarkan diri, tepat jam 12:45 tengah hari ini, Ahmad Soleh Rahimi, 7 anak bongsu kepada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf telah dijemput Allah s.w.t. kembali ke sisinya.

Ahmad Soleh dimasukan hospital sejak dua minggu lepas seminggu diwad biasa dan seminggu di ICU kerana menghadapi masalah buah pinggang. Seminggu lalu beliau tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Jenazah Ahmad Soleh kini dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan dan akan dibumikan di sana sebelum tengah malam ini. Mayat yang dibawa dengan CRV dengan diringi Siti Zailah, bersama suami dan beberapa orang anakanya berlepas jam 3:00 petang tadi.

Suasana sedih menyelubungi di bilik mayat ketika saat jenazah dibawa ke kenderaan untuk pulang ke Kelantan. Beberapa orang waris waras terdekat Siti Zailah dan suaminya yang berada di Kuala Lumpur hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Tiada pemimpin atau ahli Parlimen lain yang kelihatan di perkarangan rumah mayat. Begitu juga pemimpin Pas yang lain kecualilah Badrul Amin Bahrum dan seorang pimpinan Muslimat Pas. Badrul Amin dikatakan tiba awal dan turut memandi dan menyembahyangi jenazah.

Siti Zailah ketika ditemui redha atas apa yang berlaku. "Kak Lah redha dengan pemergian Ahmad Soleh. Dan sudah berpuas hati dengan rawatan diberikan. Sebelum ini dia telah membisikkan kepada Kak Lah yang beliau seakan meninggalkan Kak Lah dan adik beradiknya yang lain selama-lamanya," cerita Zailah sebak.

Beberapa hari sebelum tidak sedarkan diri Ahmad Soleh yang berada di darjah satu sekolah Kebangsaan Seri Suria Tanah Merah meminta maaf daripada ibunya.

"Sewaktu dia sedar dia sudah meminta maaf kepada Kak Lah, Kak Lah kata kenapa adik minta maaf, adik tak ada apa-apa dosa,"


Menurut Zailah, Ahmad Soleh sering sakit menyebabkan selalu tidak dapat hadir ke sekolah. Bagaimana pun anak bongsu itu ada satu keistimewaan di mana dia sering minta dipasangkan CD bacaan al-Quran setiap kali beliau ingin melelapkan mata.

Cerita Zailah kalau tidak dipasang CD al Quran atau bacaan doa seolah dia tidak dapat melelapkan mata. Zailah juga menceritakan bagaimana satu malam anaknya itu meminta dia membuka sius lampau, dan setelah keadaan sekeliling Ahmad Saloh memberi tahu ibunya yang dia melihat suasan syurag.

Dalam pada itu Zailah dan suaminya mengucapkan terima kasih kepada sahabat handai yang turut memberi penghormatan dan menguruskan pengembalian jenayah anak mereka. "Terima kasihlah semuanya,..," kata Zailah dengan linangan air mata dan menahan sebak di dada.

Tahziah kepada Zailah dan seluruh keluarganya. Al Fatihah. [wm.kl.3:40 pm 21/11/10]

4 comments:

Apai said...

AL FATEHAH BUAT ARWAH. TAKZIAH DIUCAP KEPADA YB KAK LAH SERTA KELUARGA

sempoi said...

Takziah di ucapkan pada puan
insyallah syurga balasNYA pada adik Ahmad Soleh

Kabutar Diesel said...

Al Fatihah, semoga kak lah tabah.kami penduduk kampung bakong dalam parlimen kak lah amat meyayangi kalian sekeluarga.

ahmadyani said...

Kematian akan menjenguk pintu kehidupan tanpa mengira usia. Ahmad Soleh 'pergi' tanpa memikul dosa dan dia menjadi anak kunci pintu syurga untuk ibubapanya yang sabar dan redha.