Tuesday, November 30, 2010

Singgungan Tengahari

Hishamuddin, Azizah Dan Raja

KITA tidak tahu apakah Hishamuddin Hussein memahami betul-betul atau tidak sebelum beliau mengulas atau membuat kritikan balas terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Kenapa saya mengatakan begitu, sebab ada kritikan dan bidasan beliau kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata.

Seolah-olah beliau tidak memahami isu atau makna persoalan yang timbul, tetapi lembek dan gatal mulut untuk bercakap. Iya orang politik boleh bercakap apa saja dan di mana saja, tetapi mereka harus membuat sedikit kajian dan penilaian supaya apa yang diucapkan itu tidak menampakkan kedangkalan dan kenaifan kita. Malang sekali kalau sebagai pemimpin, kalau kita bercakap macam orang bebal dan Mat gagap gigi jongang yang melaram mengusik dara di kepala jambatan di desa-desa.

Beliau mengatakan isu ketuanan Melayu yang ditimbulkan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Katanya isu itu sengaja ditimbulkan untuk mengundang suasana panas. Maksud susana panas itu ialah untuk menarik kebencian bukan Melayu kepada hak-hak Melayu. Atau melenyapkan hak Melayu apabila ketuanan Melayu diganti dengan ketuan rakyat.

Kononnya Azizah atau PKR sengaja mahu menjadikan ianya sebagai isu yang menindas bukan Melayu. Dalam pemahaman Hishamuddin, Azizah mahu mendedahkan isu ketunaan Melayu yang menjadi kesayangan Umno. Dalam masa sama juga Hishamuddin cuba melagakan PKR - rakyat dengan istana apabila beliau menghuraikan bahawa ketuanan rakyat itu sebagai hendak menghapuskan institusi raja.

Saya tidak mengira apakah Hishamddin memahami apa yang diungkap oleh Azizah dan menjadi falsafah PKR mengenai ketuanan rakyat itu. Kalau dia faham dia tidak akan tergamak menuduh melontarkan kepada Wan Azizah apakah PKR juga mahu menolak institusi raja-raja Melayu. Tetapi kerana beliau tidak faham dan tepu minda untuk mengertinya maka beliau beranggapan demikian.

Biarlah diterangkan apa yang difahami mengenai maksud ketuanan rakyat yang ditimbulkan Aizzah. PKR atau Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membiarkan dan menghapuskan Melayu. Perjuangan mereka juga adalah untuk Melayu di samping tidak memencilkan golongan lain. Itu tidak dapat diubah kerana ia dimaktubkan dalam perlembagaan.

Adapun yang menjadi mereka benci dan mempertikaikan ialah pelaksanaan agenda ketuanan Melayu itu sendiri tidak adil yang dilihat tidak adil, boros dan hanya menguntungkan pihak tertentu saja - dalam hal ini elits Melayu dalam Umno. Ketuanan Melayu hari ini adalah ketuanan untuk mengenyangkan para taukeh-taukeh dan keroni saja.

Kalau diperhatikan ketuanan Melayu itu hanya dongengan saja. Apakah keistimewaan yang diperolehi orang Melayu dengan ketunaan Melayu itu? Tidak ada guna kalau hanya setakat boleh berbangga dengan songkok hitam yang mereng atau pun puncaknya tinggi setinggi gunung Tahan.

Perhatinkan macam mana dengan nasib orang Melayu dalam segala bidang. Tidak payah pergi jauh, perhatikan saja hak orang Melayu mengenai biasiswa? Hak orang Melayu mengenai tanah, hak orang Melayu dalam ekonomi. Hak orang Melayu tentang agamanya dan budayanya. Apa sudah jadi? Melayu kini laih, lemah dan mumai. Walhal kini Umno masih lagi beretorik dengan ketunaan Melayu. Apakah untungnya orang Melayu?

Justeru ketuanan Melayu hanya gimik, retorika dan mitos saja. Ia hanya sebuah nyanyian saja sedangkan realitinya tidak ada. Ketunaan Melayu dendangan Umno hanya boleh didengar saja.

Saya bersetuju dengan pendapat Hishamuddin, Aizazah merendah-rendahkan konsep ketuanan Melayu. Memang patutnya pun direndah-rendahkan kalau natijahnya tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat kepada orang Melayu. Zaman ini zaman orang bercakap di luar kelambu. Zaman orang menjamah bukan meraba. Zaman orang melihat bukan mendengar saja. Zaman orang memaki bukan memuji tidak tentu fasal.

Seperti dinyatakan tadi apakah keuntungan masih ada dengan konsep ketuanan Melayu? Kalaulah konsep itu boleh memberi keharmonian, kepuasan kepada semua orang, kenapa Umno perlu takut. Umno perlu memperkuatkan konsep ketuanan Melayu. Biarlah PKR dengan konsep ketuanan rakyat. Berlaga dan berlumbalah untuk menunjukkan konsep siapa yang lebih berkesan dan memberi kebaikan. Jangan menuduh orang khianati kita walhal kita yang bebal.

Tentang raja-raja Melayu, kenapa perlu dirungsing ianya akan hilang kalau konsep itu bertukar. Apakah kedudukkan raja kini tidak kukuh lagi. Bagaimana dengan jaminan Najib Razak semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Apakah Najib juga sama macam Hishamuddin, sama-sama gagap dan mumai?

Bagidan Raja-Raja sendiri kadang kala tidak menyedari di mana kuasa mereka dan sejauh mana mereka berkuasa. Raja-raja juga seolah tidak yakin kuasa dan daulat yang ada kepada mereka. Anih, walhal asalnya negeri ini mereka yang punya dan perjanjian dengan Bristish mereka yang tanda tangani. Apakah kekemasan kuasa yang termaktub dalam perlembagaan itu sudah longgar. Kalau longgar raja-raja harus menyedari siapa yang melonggar dan merombakan simpulan kemas dan kemennya. Tidak adilnya kalau ia ditalakan kepada pihak Pakatan Rakyat.

Raja-raja sebenarnya tidak perlu bernaung di bawah mana-mana kuasa politik. Apa yang patut berlaku kuasa politik tidak mengira parti yang menuangi baginda.

Yang memerintah negara ini selama 53 tahun ialah UBN bukan Pakatan Rakyat. Malang sekali kalau dalam tempoh setengah abad itu UBN gagal untuk menguguhkan kedudukan raja-raja sehingga ada kewalangan di sanubari para raja-raja mengenai nasib takhta mereka dan juga orang Melayu negara ini. Malang dan sedih! Jadi apa yang kita orang (Melayu Umno-Pas) lakukan selama ini? Mungkin kerja kita hanya mengerat kuku di hujung bendul sahaja sebelum senja menjelang untuk tidur di balik gubuk usang berselimut satu sarung dengan bini dan laki. [ttdi.kl 12:00 t/hari 30/11/10]

5 comments:

Rillink said...

Assalam Tuan,
kita semua di-jemput untuk menonton gelagat-gelagat ketakutan oleh media arus perdana,geng songkok tinggi,geng songkok mereng,geng perkasam melayu dan geng tanjak di-sebabkan hanya satu statement yang di-nyatakan oleh presiden PKR.Sebenarnya geng geng elit ini lah yang tengah mengeletar ketakutan sekarang dan bukan-nya orang melayu kebanyakkan,mereka takut keistimewaan yang sedang di-nikmati selama ini akan hilang.Syabas dan tahniah kepada presiden PKR kerana anda berani...dan kami bangsa melayu kebanyakkan sentiasa berdiri teguh di-belakang Dr azizah untuk ke-putrajaya mendirikan pemerintahan ISLAM.

ANAFAKIR said...

Pemimpin yang lemah minda memang begitu Tuan MSO.Mengambil kesempatan untuk menyerang pihak opposisi bila ada peluang,ruang dan kesempatan.Sdgkan dalam waktu yang sama memperlihatkan kebodohan dan kesempitan minda pemimpin itu sendiri.Congakan mudah sebenarnya kalau melihatkan kepada desakan Datin Seri Dr.Wan Azizah tersebut,beliau cuma mahu menukar konsep Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat.Siapa 'rakyat' pastilah semua warganegara M'sia ketika ini.Makanya Ketuanan Rakyat meliputi semua kaum tanpa mengira siapa.Sedgkan Ketuanan Melayu hanya merujuk kepada kaum Melayu sahaja malahan seperti kata Tuan MSO,berkisar kepada Melayu elit dan pimpinan UMNO sahaja tidak menyeluruh dan tidak menguntungkan kaum Melayu itu sendiri.

Tidak terdengar pun Dr. Wan Azizah ingin menghapuskan kuasa raja-raja Melayu.Itulah..bila bercakap ikup sedap mulut maka mcm2 keluar.Lidah tidak bertulang,bila bercakap dengan minda kosong, memalukan bila seorg bernama pemimpin tidak begitu ilmiah membuat kupasan isu.

Tidak perlu melatah dan tidak perlu melenting kerana masing-masing punya hak dan prinsip perjuangan untuk parti masing-masing.Kalau tidak puas hati ajak berdebat,buat forum..kita tengok 'siapa yang kena'.Usah menunjuk pandai kalau konsep ketuanan Melayu yg sudah puluhan tahun makin mengikis kuasa dan keistimewaan orang Melayu dan kuasa-kuasa raja-raja pun terheret sama.

Apakah UMNO dan pemimpinya berani nafikan,bahawa merekalah yang cuba mengurangkan kuasa raja, mempertikaikan raja-raja.Siapa yg cuba melantik raja baru di Kelantan sdgkan raja yg bertakhta masih hidup dan sah menjadi raja,siapa mereka yg berusaha melakukan kebiadapan itu?.Siapa yang menghina raja Terengganu sewaktu krisis pelantikan MB Ahmad Said dahulu?Siapa yang memanggil raja Terengganu 'menatang'?.Dan siapa yang tidak ambil tindakan apa-apa terhadap malaun yg bercakap perkataan tersebut?.

Ketuanan Rakyat hanya cuba memaksimakan penglibatan rakyat tidak hanya tertumpu ke atas kaunm tertentu sahaja.Kalau ingin menjayakan konsep 1Malaysia maka ketuanan rakyatlah yang lebih afdal digerakkan, bukan cakap tidak serupa bikin.Satu keadaan bercakap 1Malaysia,satu keadaan bercakap soal ketuanan Melayu,itu sudah bercanggah.Menjauhkan hati rakyat Malaysia yang bukan Melayu.

UMNO dan pemimpin jangan jadi bodoh cuba nak melagakan PKR dengan raja-raja Melayu.Pihak istana juga perlu memahami bahawa Ketuanan Rakyat tidak menggugat kuasa istana,raja-raja tetap menjadi payung negara,payung rakyat.Kuasa, hak dan keistimewaan raja-raja tetap terbela.Hanya UMNO sahaja keliru dan tidak cerdik.Menjadi pandir dan luncai.Tidak faham isu dan cuba bercakap dalam konteks yg mereka sendiri tidak tahu apa-apa.

Kita sbg pemimpin kena sabar dan kaji dulu,jgn cepat melatah.Kelak rakyat melihat satu kebodohan jika pemimpin kurang cerdik membuat ulasan dan komen entah apa-apa.Rakyat hari ini sudah lebih dari celik huruf.Rakyat sudah cerdik.Mereka lebih bijak dari sesetengah pemimpin yang ada.Kena sedar dan faham itu..rakyat hari ini bukan rakyat 20 tahun lalu.Dunia sudah berubah,rakyat juga sudah banyak mengalami trnsformasi.Rakyat lebih kritikal dan inovatif.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Ha! Ha! Ha! Sebenarnya sepupu Najib ni dari zaman mula jadi menteri lagi dah buat macam-macam perkara yang menyusahkan bosnya. Setiap kementerian yang dia masuk mesti ada masalah besar. Bila ditanya wartawan dia bercakap macam dia boleh menyelesaikan masalah tapi rakyat terus pening kepala bila dengar kata-kata dia.

Yang paling dekat dengan ibu bapa adalah isu yuran sekolah. Kalang-kabut jadinya sekolah, PIBG, guru dan ibu bapa. Masuk jaga polis pun ada ceritanya.

Jadi, bila dia ulas tentang ketuanan rakyat dan ketuanan melayu, maka sebenarnya itulah Hishamuddin, seniorku di Bukit Nanas dulu. Dia pun tak tahu saya geurnier dia.Minta-mita kalau UMNO masih ada baki kuasa dapatlah peluang Hishamuddin jadi TPM. Senang kerja Pakatan Rakyat.

KetaPangHilir said...

Tuan MSO,
(bukan ketuanan MSO ye..)

Di Malaysia ni perlakuan yang buruk biasanya dilabel dengan benda yang jijik. Contohnya, kalau dadah tu ditambah najis dadah, kalau judi tu jadi tahi judi. Jadi saya pohonla pada Tuan shorkan la pada sapa2 yang benci rasuah ne.. tambah la kat hujung rasuah tu.. cirit rasuah ke.. palat rasuah ke apa2 asal orang rasa geli atau benci kat benda ne..

anakzaman said...

Tuan MSO,

Kita tidak perlu pedulikan kritikan dan pandangan Hishamuddin kerana pandangan orang yang sambil korek telinga dan juga pandangan orang yang hendak menghunus keris tak jadi.

Dia sengaja buat tidak sedar bahawa bekas bapak Ketua UMNO selama 22 tahun telah menghapuskan kuasa dan daulat raja-raja dan memindahkan kuasa raja kepada Menteri Perdana.
Hishamuddin hendak tutup mata selama lebih setengah abad kuncu-kuncunya memerintah telah melahirkan,orang melayu ramai menjadi doktor suntikan dan menghuni pusat serenti,perogol, perasuah,pembunuh dan semua penyakit sosial yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mengaku "tuan tanah negara ini.
Satu lagi sikap orang seperti Hishamuddin dan yang sama satu bendera dengannya ialah sikap menjaga hati orang yang menumpang di tanah ketuanan Melayu. Kemuncaknya demi menjaga hati ini melahirkan Sikap Satu Malaysia, yang agendanya menjaga hati bangsa selain bangsa yang menganggap dirinya tuan.
Hishamudin sudah lupa bahawa orang melayu telah ikut Pak Kaduk yang ayam menang tapi kampung tergadai.

Tuan MSO - kita biarkan dia besorak!!!