Wednesday, July 27, 2011

Ulasan Isu

Tindakan Pas Tolak Sistem Biometerik Betul

TINDAKAN Pas menolak penggunaan sistem biometerik kononnya untuk membenteras pengundi hantu tepat, benar dan betul. Ketegasan itu perlu disokong. Penolakan itu menunjukkan Pas bukan lagi parti pak dogol atau wak long yang boleh diperlakukan apa saja oleh Umno. Barang kali di sinilah pentingnya Pas memilik pemimpin profesional yang tangkas menghadapi segala tipu daya kontemporari Umno.

Syabas kepada Pas atas tindakan tegas dan segera itu. Kenyataan penolakan sistem biometerik itu dinyatakan Husam Musa semalam melegakan banyak pihak dan perlu mendapat sokongan. Rakyat yang cintakan kepada proses pilihan raya bersih dan adil perlu menyokong dengan masing-masing menyatakan protes mereka terhadap cadangan itu.

Penolakan itu yang dianggap sebagai jahil dan tidak profesional oleh Umno mengesahkan lagi bahawa sistem itu diperkenalkan untuk memberi keuntungan kepada Umno. Mereka yang menerima pakai sistem berkenaan sebenarnya jahil dan dayus kerana mengharapkan kemenangan daripada idea syaitan (menipu) yang melakukan penipuan dalam gelap yang boleh dihidu. Sepatah kata Ustaz Azahar Idrus, jenis bodoh.

Seperti mana kata Husam, alasan untuk menolak sistem itu ialah kerana ia tidak dapat membersihkan pengundi hantu dari senarai pendaftar undi atau pun tidak mengatasi masalah dan kebimbangan yang dicanang pembangkang mengenai berlaku pengundi dua kali.

Kata Husam sistem itu (biometerik) tidak menghalang pengundi dua kali kerana ia setakat mengesahkan nama orang yang dimasukkan dalam sistem itu saja. Jadi kata Husam kalau nama yang sudah dimasukkan dalam sistem itu bila disemak ia akan mengeluarkan nama itu di mana-mana saja pusat pengundi.

Ini bermakna mereka boleh mengundi lebih dari sekali kerana tidak ada halangan untuk mereka. Inilah yang diperlukan oleh UBN kerana mereka sudah menyedari sokongan kepada mereka makin berkurangan dan menirus macam ekor tikus.

Justeru kata Husam langkah atau kawalan paling berkesan ialah penggunaan dakwat kekal. Menerusi pendekatan manual ini sesiapa yang telah atau belum mengundi boleh dikesan kerana jarinya ditanda dengan dakwat. Mereka yang ditanda bermakna telah membuang undi manakala yang tidak ditanda belum mengundi.

Husam juga mempersoalkan kenapa sistem biometerik hendak digunakan sedangkan kosnya jauh lebih mahal dari dakwat kekal. Di sinilah kita dapat mentafsirkan bahawa sistem biometerik itu memberi kelabaan kepada UBN. Najib Razak sedia menghabiskan wang seberapa banyak untuk memastikan kemenangan UBN. Kerajaan yang tidak telus dan memikir kepentingan rakyat akan menggunakan seberapa banyak wang asalkan ia memuaskan hati mereka.

Sikap dan langkah inilah yang dipertikaikan oleh rakyat. UBN akan melakukan apa saja untuk kepentingan mereka. Apakah tujuan dan maksud ini tidak dapat difahami atau dibaca oleh Wan Ahmad Wan Omar? Siapa makhluk ini? Jawabnya sudah boleh dibaca tetapi dia sengaja buat bodoh lembu kerana dia secara sedar atau tidak bersekongkol dengan UBN. Cara Wan Ahmad membela akan SPR kononya bebas, tiada berlaku pengundi hantu, pengundi bertindih dan sebagainya adalah kerja orang yang menjala ikan di padang pasir saja. Sia-sia.

Pas dan Pakatan Rakyat perlu membuat penentangan secara mendada berhubung pemakaian sistem biometerik ini kalau hendak selamat. Bersih juga perlu menambah tuntutan mereka menjadi sembila; jangan pakai sistem biometeri. Lakukan apa saja untuk memastikan sistem ini tidak akan dipakai dalam pilihan raya. Sistem ini adalah tali hayat terakhir bagi Umno yang kini sudah pun dalam keadaan berbaring dan cemas untuk menghadapi pilihan raya ke-13 kelak.

Saya yakin dengan pengalaman dan kebijaksanaan yang ada kepada Husam membaca tektik musuh beliau akan berusaha untuk memastikan sistem ini tidak akan diguna pakai. Janjinya untuk mendedahkan beberapa perkara besar yang berkaitan dengan penyelewengan dan kelemahan SPR sangat dialu-alukan. Dedah jangan tak dedah. UBN hendaklah bersedia menjawab sehala pendedahan itu kerana kalau gagal menjawab ibarat kata UBN akan bungkus sebab rakyat kini bukan macam pak dogol dan wak long lagi yang boleh dipermain-mainkan.

Sementara itu kononnya berlaku percanggahan pendapat dan penerimaan berhubung sistem ini di antara Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Jawatankuuasa Pas adalah tidak betul. Gambaran itu diberikan oleh media yang terlebih aji no moto saja. Apa yang berlaku Nik Aziz sedia menyokong kalau sistem berkenaan membawa kebaikan boleh membersihkan pilihan raya.

Beliau mengatakan "jika"... jika ertinya sekiranya, ataupun seandainya. Jadi kalau sistem itu tidak membawa kebaikan ini bermakna Nik Aziz menolak dan akan menyumpahnya. Hanya mereka yang tidak faham bahasa Melayu saja akan 'berpulas jarah' untuk memahami apa yang dimaksudkan Nik Aziz. Ataupun ianya didengari oleh pemberita daerah yang bertelinga tuli. [wm.kl.9:00 am 27/07/11]

6 comments:

paweh said...

Saya tak pasti sistem biometrik macam mana yang dicadangkan.

Yang saya tahu setiap sistem biometrik ada Equal Error Rate (EER), False Acceptance Rate (FAR) & False Rejection Rate(FRR).

Barangkali pihak UBN kena disclose nilai-nailai EER,FAR,FRR di atas.

khalil said...

minat ustaz azhar idrus jgk ke? wakaka...berat nanang//

khalil said...

minat ustaz azhar idrus jgk ker? wakaka..dok rok chetong

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Saya yang tak pakar it ni nak senaraikan apa yang saya terfikir dengan penggunaan sistem biometrik ini;

1. Tiada jaminan yang saya tidak boleh mengundi lebih dari satu kali di satu pusat atau di banyak pusat. Yang penting rekod jari saya ada dan dipastikan ada.

2. Oleh kerana kertas undi pada tahun 2004 dan 2008 ada nombor siri, maka busuk hati SPR boleh jika mahu mengetahui apa yang saya pangkah dan dengan itu mereka boleh melakukan sesuatu pada sistem yang memungkinkan saya tidak dapat mengundi nanti.

3 Sekarang sedang berjalan proses membiometrikkan pekerja-pekerja asing di Malaysia, apakah tidak mustahil selain dari untuk rekod imigration ia juga merupakan pengundi tambahan dalam senarai daftar pengundi. sekiranya berlaku proses sinkronise antara SPR dan imigration mana kita tahu.

4. Ramai orang tahu betapa my-card kita sering menghadapi masalah kegagalan untuk dibaca oleh mykad reader. Bagaimana kalau ia berlaku di hari mengundi?

5. sewaktu rakyat hendak membayar saman tempoh hari, sistem komputer JPJ telah gagal berfungsi kerana kesesakan trafik, apakah keadaan ini tidak boleh berlaku di hari mengundi bila 10 juta pengundi akan menggunakan sistem itu dalam masa 8 jam.

Oleh yang demikian penggunaan sistem biometrik ini mesti ditolak.

juan montoya said...

pe kata kalu guna dua
biometrik dan dakwat kekal

Bosan said...

Salam,

Tiada satu sistem yang dibangunkan akan sempurna tanpa melalui penambahbaikan sepanjang proses pelaksanaannya. Begitu juga dengan Maybank2u yang secara berterusan menambah fungsi keselamatan bagi menjamin tiada kebocoran dalam sistem mereka. Untuk itu , cadangan dalam membaiki implementasi sistem ini adalah perlu dan bukan secara total menolak sistem yang dicadangkan. Penggunaan dakwat juga ada cacat celanya dan terbuka kepada manipulasi. Cuma apa yang saya ingin katakan, dalam banyak perkara yang mereka lakukan ianya hanya memberi keuntungan jangka pendek sahaja. Contohnya semasa persempadanan semula dilakukan selepas kes anwar ibrahim dahulu, kawasan melayu cuba dikurangkan dan ditambah kerusi hanya pada kawasan campuran kerana pada masa itu dilihat orang bukan melayu menyokong mereka. Tetapi sekarang implikasinya adalah sebalik. Begitu juga semasa sistem kiraan undi dilakukan pada UPU terlalu banyak tentangan terutama dari tim presiden pas sendiri. tetapi kita lihat sistem itu menambah baik sistem kiraan undi. Oleh itu penolakan secara total tanpa memberi cadangan pada sistem yang dicadangkan menunjukkan kita tidak berjiwa besar.