Sultan Muhammad Ke V
Raja Yang Memayung Rakyat Hingga Ke Akhirat
Lewat tengah malam tadi sambil mengasuh kesakitan saya membelak-belek wall Fb beberapa orang kawan. Saja hendak hilang sakit kerana mata sukar untuk dipejamkan. Begitulah biasanya kalau serangan hendap tanpa belas kasihan menjadi mata sukar untuk beralih alam.
Jadi sebagai pelarian, saya membelak wall melihat foto yang berbagai dipersembahkan dalam album rakan-rakan. Fb memberi medium baru untuk berhibur dan mengambil manfaat darinya. Banyak benda ataupun maklumat berfaedah. Foto yang dihidangkan adalah menu terbaik buat mata di kala bersendirian.
Belek punya belek terserempaklah dengan album gambar Sultan Muhammad Ke V diupacara menyempurnakan perasmian perletakan batu asas Masjid Mahaad Muhamadi (Perempuan) Kota Bharu. Gambar ini sudah bertaburan di wall rakan-rakan. Versi atau apa yang hendak
diceritakan ialah mengenai kerendahan diri dan gaya hidup Sultam Muhammad Ke V. Ribuan komen menzahirkan kekaguman kepada Tuanku Sultan dan menyatakan keramatnya Kelantan memiliki seorang sultan seperti baginda.
Kezuhudan dan tawaduk baginda menjadi daya tarikan dan minat para facebooker. Saking sayang dan kasihnya ramai yang mengambil dan melekatkan gambar baginda di wall masing-masing.
Ada juga yang menjadikan wajah kehambaan baginda itu sebagai badge. Paling menarik ialah ada yang membingkaikan (frame) gambar baginda begitu indah dan cantik sekali. Kalau ada yang mampu mengait pelangi untuk dijadikan bingkai (frame) pasti dilakukan.
Dalam banyak-banyak album itu saya tertarik dengan album milik seorang teman Fb saya Shahrina Ahmad Sharkawi. Hampir satu jam saya melenakan mata di situ. Melihat gambar yang diambil dan adunan dibuatnya bagi menyatakan jujung kasih kepada Tuanku. Foto-foto rakaman lensa Shahrina hidup dan bersahaja tidak diubah suai. Kronologi peristiwa perletakkan batu asas masjid itu menjadikan saya seolah-olah berada sama di majlis berkenaan.
Daya kreativiti Shahrina ini tinggi dan menarik. Dia berpotensi untuk muncul sebagai seorang jurugambar profesional. Betapa tidak gambar yang dirakamnya dipetik dan diambil oleh ribuan kawan lain. Terima kasih Shahrina atas khidmat anda dan saya juga 'mencuri' gambar anda dengan seidkit tokoh tambah memberi caption.
Dari gambar-gambar yang dirakam Shahrina dari berbagai sudut ini rakyat dapat mengenali sultan kesayangan mereka sebenarnya. Yang jelas kezuhudan Tuanku dalam kehidupannya. Beliau tidak suka kepada protokol melebihi dan juga kemewahan seperti mana terpamer oleh raja-raja zaman dulu.
Apabila baginda meletak dan mengikat jongkong sebagai batu asas tanpa mengenakan sarung tangan ini menjelaskan bahawa baginda tidak mementingkan darjat dan kedudukan. Atau baginda mahu merasa sendiri bagaimana kasar dan kesatnya batu batan yang dipegang oleh rakyat jelata dalam mencari sesuap nasi untuk anak isteri.
Baginda nampak tidak kekok untuk melakukan dengan tangannya sendiri tanpa beralaskan sarung tangan berwarna kuning keemasan.
Ditangan atau lengan baginda juga tidak ada arlogi atau cincin bernilai RM24 juta. Ia molos sahaja. Tiada gelang atau pun rantai yang terbelit dilengan atau lehernya. Dengan mengenakan jubah ringkas menampakkan baginda seperti rakyat biasa atau bilal seorang masjid. Apa yang mahu dipancarkan oleh baginda ialah keinsafan dan kesedaran. Cara berpakaian baginda begitu bukan hendak mengada-nga tetapi sebagai satu instrument dakwah baginda kepada rakyat jelata agar bersifat sedarhana dan dekat dengan Allah.
Paling merujakan saya ialah gambar Sultan Muhammad Ke V membongkokkan sendiri tubuhnya untuk mengenakan kasutnya. Beliau tidak perlu kepada pengawal untuk mengambil dan menyarung kasutnya. Beliau lakukan sendiri. Perbuatan ini sekali lagi menyerlahkan sikap rendah diri, sifat keabadian yang ada kepada baginda. Bahawa tiada timbang tara di antara raja dengan rakyat di sisi Rab.
Gambar inilah yang paling banyak dicuri dan ditagkan di wall Fb rakan-rakan facebooker dan blogers.
Di kejauhan malam dan terus mengulik kesakitan ini saya dilimpahi rasa bangga dan bertuah. Bangga kerana sultan negeri saya sangat hampir dengan rakyat dan sangat mengambil berat kehidupan rakyat. Bertuah juga kerana baginda bukan sahaja menjadi payung di dunia tetapi baginda juga menjadi payung di akhirat dengan teladan hidup yang ditunjukkan kini.
Doa, semoga Allah s.w.t. memberi keberkatan dan keselamatan kepada Tuanku dan istiqamah dengan apa yang ada hari ini. Kami bangga dan bertuah bernaungan iman di bawah Tuanku. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! [wm.kl.12:27 t/hari 03/04/12]
5 comments:
Saya terasa amat terharu dan bangga bila melihat foto2 tersebut..Alhamdulillah kita rakyat Kelate ada seorang Raja yg Zuhud juga seorang Menteri Besar yang Alim Ulamak...satu gandingan yg payoh nak jumpo dalam satu2 masa.
Ia hanya ada di Kelate Serambi Mekah.
Semoga Allah merahmati seluruh rakyat negeri Kelantan.
Assalamu'alaikum Tuan MSO,
Setinggi-tinggi pengharagaan atas usaha tuan menulis kisah baginda Sultan Muhammad V di blog tuan.
Untuk makluman, setahu saya Puan Shahrina Ahmad Sharkawi memang seorang jurugambar profesional.
Teruskan usaha blogging tuan.
-Imran Yusuf-
Walaupun saya jauh di bawah bayu, saya tetap tumpang bangga dan bersyukur dengan contoh teladan yang ditunjukkan TUANKU. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...
Terima kasih kepada Kekanda MSO yang menulis article ini walaupun dalam kesakitan namun masih berkesempatan membuat coretan untuk tatapan peminat.
Memang terharu apabila melihat gambar Tuanku Al-Sultan dengan penuuh Zuhud tanpa ada sebarang protokol didalam setiap Majlis yang beliau hadiri..
Thanks sekali lagi kekanda MSO diatas coretan ini doa dan harapan saya semoga lekas sembuh dari kesakitan yang dialami..
Wassalam..
sdr mso. mendoakan agar kezuhudan al sultan kelantan diterima allah jua. siapalah saya untuk menceritakan hal sebegini. tetapi sebelum menjadi penaung dan diisytiharkan sebagai sultan kelantan, saya juga turut mengikuti perkembangan baginda, hatta sampai ke masa kini. bukan kerana apa, tetapi kerana kesederhanaan yang cuba diterapkan oleh baginda.daulat tuanku. dan sesungguhnya, pernah suatu ketika dulu dulu saya kerap menghadap baginda,,,,sesungguhnya banyak perkara yang tersirat dan telah diikuti serta dilakukan oleh baginda dalam perjalanan hidupnya. mohon sembah durhaka kepada kebawah duli tuanku, patik tersangat ingin menghadap menemui tuanku...tetapi apakan daya, apa ini hanya insan biasa, tidak punya apa apa...hanya berbekal nama yang diberikan ayah bunda, patik mendoakan agar tuanku dilimapahi dengan segala keberkatan dan rahmat dari allah jua. ampun tuanku. junjung kasih.
Post a Comment