BERITA SORE
Saya ingin memberi maklumat sedikit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai sikap dan fiil hudud seorang guru besar di sebuah Sekolah Kebangsaan di kawasan Dun Chetok Pasir Mas Kelantan yang dianggap sebagai tidak wajar dan mencemar profesion perguruan.
Saya percaya kes ini adalah kes terpencil saja tetapi ia tidak boleh dibiarkan kerana disebabkan kerbau sekor yang bermain lumpur habis yang lain terpalit. Kerbau yang bermain lumpur ini kerbau jenis kampung yang tidak mengikut perkembangan semasa dan berfikir secara masak sebagai seorang guru. Dia juga merupakan kerbau jantan.
Saya diberi tahu, guru itu adalah merupakan seorang penyokong kuat kepada parti Umno. Perkara ini biasa, kebanyakan guru-guru adalah penyokong Umno dan sesetengah yang lain dipaksa menyokong Umno. Kalau sokong PAS akan ditukar hingga ke Hulu. Parti Umno kalah di Dun Chetok dan kerusi berkenaan dimenangi oleh Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman dari PAS.
(Walaupun untuk kerusi Parlimen UBN tidak letak calon kerana calonnya pengecut, tetapi sebagai wakilnya Inchek Ibrahim Ali. Jadi orang Umno di Chetok akan undi Ibrahim).
Kemenangan Abdul Halim itu adalah kali ketiga. Kekalahan itu telah menimbulkan kemarahan kepada guru bersar berkenaan. Juga biasa kalau kalah orang akan marah dan meradang. Selalunya orang aka melepas kekalahan itu dengan cara berbagai-bagai. Kalau kerbau dia hendak marah dia akan tanduk pusu atau batang pisang. Kadang-kadang anaknya yang tidak tentu pasal juga dirembasnya.
Malang dan sedihnya guru ini melepaskan kemarahan tidak bertempat dan tidak menggambarkan dia sebagai seorang pendidik. Katanya, dia telah menyuruh mana-mana murid yang orang tua mereka menyokong PAS supaya pindah sekolah ke sekolah agama. Sekolah agama adalah sekolah bantuan penuh kerajaan negeri Kelantan. Sekolah ini juga disebut sebagai sekolah Arab.
Guru berkenaan tidak mahu anak-anak orang PAS bersekolah di sekolah kebangsaan atas alasan kerana mereka anak penyokong PAS dan bapak mereka tidak menyokong calon Umno. MasyaAllah... perbuatan guru itu amat tidak patut dan satu perbuatan keji. Apa lagi murid yang dihadapnya ialah anak-anak yang masih jahil dan 'bole' --- bole ni gak buta renggalah, dalam politik.
Apa yang mereka tahu dengan politik?
"Menete ar geram ni..." Untuk apa kamu menghemburkan perasaan marah atas kekalahan Umno dengan minta budak-budak pindah sekolah? Apakah ada dalam peraturan sekolah baik di PPD Pasir Mas atau kementerian membuat pekeliling kepada guru besar jenis kerbau begitu, arahan kepada murid agar pindah sekolah ke sekolah agama bila bapa mereka tidak pangkah Umno? Adakah?
Cis.
Rasanya tidak sehrusnya guru besar berkenaan dibiarkan bertindak sendiri yang boleh menjejaskan imej seorang pendidik. Guru sebagai seorang pegagawai kerajaan ada peraturan dan tatacaranya sendiri untuk berdepan dengan orang ramai. Apalah pendidik atau guru. Pendidik adalah satu golongan yang diberi tugas memberi didikan yang benar mengikut falsafah tabligh yang menjadi salah satu sifat agung Rasulullah.
Apakah guru besar berkenaan semasa di sekolah dia mengajar pendidikan mata pelajaran "Perlu sokong Umno". Kalau subjek itu ada di sekolah kebangsaan berkenaan tetapi anak muridnya tetap pulang ke rumah menyuruh orang tua mereka pangkah PAS, maka jelas guru besar berkenaan gagal menjadi seorang guru. Tetapi apakah ada subjek itu, atau guru itu ada buat subjek tambahan?
Elok kalau Kementerian Pelajaran memantau perkara ini untuk menjaga imej kependidikan negara agar ia berjalan dengan harmonis tanpa dicampuri unsur-unsur mungkar oleh si jahil. Tindakan perlu dikenakan kepada guru berkenaan. Elok kalau dia ditukar kepada mana-mana sekolah Kemas yang sudah pasti ibubapanya terdiri daripada orang-orang Umno, di mana bila tiba pilihan raya dia akan berpuas hati kerana mak bapa murid di sekolah Kemas akan undi Umno.
Lagi sekali diulang ke sini jangan dianggap sebagai remeh dan kes terpencil di pinggir kampung namun apabila ia sudah menjadi pengetahuan umum, kes ini adalah serius. Kes ini boleh ditakfsirkan dibawah ke jenayah pendidikan. [wm.kl.6:49 pm10/05/13]
8 comments:
Skoloh mano gak tu..
Ghoyak dok bbutir..
Ramai weh guru besa/guru jenis gini dikelate. Kita pulok suruh dia berambus darikelante kaludia tak suka negeri diperintah pas yg kononnya mundur,sesak,tak dak hiburan. Ramai weh cikgu dok luar yg nakkelik kelate rela mengajar ditempat yg kononnya susah miskin tu
Cikgu jenis lembu nih! Dia ni patut mengajar lembu baru sesuai! Sudahlah melakukan kesalahan dengan berpolitik disekolah, tunjuk kelaku buruk kepada kanak sekolah yang tidak tahu apa itu politik! Ko cikgu ni ada wayar tak betul kat otak?
ni manusia dulu masuk maktab pun slowtalk, bkn akal cerdik pun, bulih jadi cikgu besar pun habis tok ngulu, tok gawa dia kipas, nk kipas pegawai kanan mugo org tahu doh dia bodo
Salam MSO, lepas pru13 ramai guru besar sasau@sawan pasal bn banyak kalah, di tempat saya gb marah guru pasal bn banyak tumbang, berleter tak habis2.... macam sawan pulak. Mereka sayang sangat dengan umno sampai sawan macam tu...
Salam.
Pepatah Melayu lamo dah 'cover' pasal cikgu lagu ni, dan memberi maksud betapa pentingnya fungsi seorang guru. Ianya berbunyi begini; 'Kalau guru kencing berdiri, anak murid akan ecei kencing dalam seluar.'
Sebagai lilin yg menerangi ilmu utk masa depan anak-anak kita, kita berharap guru akan terus kekal sebagai lilin dan tidak menukar status mereka ke mangkuk jamban.
sek sya pun mcm tu...siap bgaduh nga plajar lg...ksannya skrg rmai ank muda sokong pas...krna dr dlu lg kmi dah ddidedahkn dngan kburukn ubn .
Yesss......stuju.dapat jawatan kerana ihsan.bukan sebab benar2 cerdik dan bukan sebab pengurusan tahap A
Post a Comment