Saturday, November 9, 2013

Perebutan jawatan dalam Pas di muktamar ke-59

JELANG MUKTAMAR                                                                      

Muktamar Pas ke-59 menyaksikan semua jawatan tertinggi parti dipertandingkan kecuali jawatan Presiden yang merupakan satu-satu jawatan tunggal yang tidak dipertandingkan. Jawatan dalam Dewan Ulamak terkecuali dari laporan ini.

Pengecualian untuk memberi laluan kepada Ustaz Abdul Hadi Awang menang tidak bertanding itu menunjukkan tidak ada sesiapa yang barani menanggung risiko akan dikecam oleh orang-orang Pas yang merasakan kedudukan presiden sebagai orang suci dalam parti itu. Dalam keadaan Pas cuba dibahagikan atau pun dilebel dengan berbagai golongan, sesiapa melawan presiden akan dianggap derhaka dan tidak tahu wala'.

Bukan bermakna apabila Ustaz Abdul Hadi tidak dicabar beliau berada dalam keadaan terbaik selaku presiden Pas.


Bukan tidak pernah berlaku kedudukan presiden ditentangi di dalam Pas. Ustaz Yusuf Rawa (Allahyarham) pernah ditentang oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah sekitar awal tahun 80-an untuk jawatan berkenaan yang berkesudahan Ustaz Yusuf Rawa menang dan berjaya mengekalkan kerusinya.

Ustaz Mohd Asri Muda (Allahyarham) tidak pernah ditentang di sepanjang beliau memegang jawatan presiden selama lebih 12 tahun, tetapi berundur sendiri (secara paksa) selepas kepimpinannya dikritik hebat oleh golongan 'reformasi' dalam Pas ingin kepada perubahan terhadap Pas dari sebuah parti Islam - Melayu (sedarhana) kepada Islam tradisi dan agresif.

Selain jawatan presiden dan dewan ulamak tadi semua jawatan tertinggi lain dipertandingkan. Jawatan timbalan presiden akhirnya akan menyaksikan pertandingan di antara penyadang Ustaz Mohamad Sabu dengan Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah selaku pencabar. Ustaz Husam Musa yang dijangka ikut sama berentap menarik diri di saat-saat akhir.

Untuk jawatan naib presiden pula seramai lima orang merebut jawatan berkenaan. Mereka Ustaz Salahuddin Ayub, Ustaz Husam Musa, Ustaz Mahfuz Omar, mereka merupakan penyandang, manakala yang lain Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man adalah penentang.

Dewan Pemuda juga turut berlaku perebutan untuk jawatan ketua, timbalan dan naib. Jawatan ketua menjadi rebutan Ustaz Suhaizan Kaiat, Ustaz Kamaruzaman Mohamad dan Ustaz Zulhazmi Sharif. Mereka merebut kerusi yang ditinggalkan Ustaz Nasaruddin Hassan.

Sementara jawatan timbalan ketua pula menjadi rebutan dua calon, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Ustaz Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob. Mereka ini merebut kerusi yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdl Aziz.

Dua calon yang merebut jawatan naib ketua pemuda pula ialah Ustaz Ahmad Zamri Asa'ad Khuzamimi dan Ustaz Mohd Khairul Nizam Khairuddin.

Dewan Muslimat juga menyaksikan perebutan untuk jawatan ketua dan timbalan ketua. Dua calon yang merebut jawatan ketua ialah Ustazah Nuridah Salleh dan Ustazah Siti Zailah Yusuf yang merupakan penyandang jawatan berkenaan. Ustazah Siti Nuridah adalah bekas ketua dewan berkenaan. Perlawnaan ini boleh dianggap perlawanan untuk 'mengembalikan hak'.

Untuk jawatan timbalan ketua pula perebutan berlaku di antara Ustazah Siti Mariah Mahmud penyandang, dan Ustazah Dr Najihatussalehah Ahmad. Sementara kerusi naib ketua muslimat pula juga menyaksikan perebutan dua penjuru di antara Ustazah Mumtaz Mohd Nawi dengan Ustazah Dr Rosni Adam.

Seramai lebih 1,200 perwakilan akan membuat pemilihan pada muktamar yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 November bertempat di Shah Alam Selangor, Malaysia.  [wm.kl.6:23 pm 09/11/13] 
* Saya bagi panggilan Ustaz kepada semua calon untuk menggambarkan orang dalam Pas sama sahaja.

3 comments:

Unknown said...

Salam tuan,

"...untuk menggambarkan orang dalam Pas sama sahaja.." Tolong bagi pencerahan sikit...

mohd sayuti omar said...

Saya menyatakan sama berdasarkan apa yang saya amati secara peribadi dan mengenali secara peribadi. Mungkin bagi yang tak kenal dari dekat akan melihat mereka berbeza...maka kenalah dekati kesemua sekali dan kenali mereka. Dari situ dapatlah dirasakan bahawsa mereka sama saja dari segi politik falsfah, praktikal dan sebagainya.

Anjung UmmuAmirah said...

Ustaz ni klau org arab ....pemandu bas pun dia bahasakan dengan panggilan ustaz,means just enchik saja.... orang malaysia kena ubah balik kesalahan tatabahasa ni...huhu

sekadar berkongsi pengalaman dan pemurnian stigma
fr: ustaz dari timur tengah :D