Tuesday, April 7, 2009

Dari Bukit Gantang 4

Keputusan Tidak Rasmi Pas Dahului BN

[8: 00 malam] KEPUTUSAN TERKINI jam 8:40 minit malam Pas, 18,881 undi BN, 15,859 undi, Bebas 51 undi. Majoriti 3,022 undi. Keputusan tidak rasmi jam 7:30 malam, Pas telah mendahului BN dengan kelebihan 2,391 undi. Pas mendapat 13,327 undi manakala BN 10,936 undi. Bebas 31 undi manakala undi rosak 151 undi.

Dalam pada itu keputusan rasmi untuk daerah mengundi di Kuala Sepatang ialah:

Saluran 1: BN 30 undi, Pas 181 undi.

Saluran 2: BN 77 undi, Pas 387 undi.

Saluran 3: BN 80 undi, Pas 389 undi.

Saluran 4: BN 67 undi, Pas 373 undi.

Saluran 5: BN 47 undi, Pas 338 undi.

Saluran 6: BN 62 undi, Pas 280 undi.

Jumlah: BN 363 undi Pas 1,948 undi, majoriti 1.585 undi.

Bagi daerah mengundi Kampung Menteri pula keputusan seperti berikut:

Saluran 1: BN 118 undi, Pas 145 undi.

Saluran 2: BN 200 undi, Pas 267 undi.

Saluran 3 BN 242 undi, Pas 190 undi.

Jumlah: BN 560, manakala Pas 602. Pas menang dengan 42 undi.

3 comments:

IndukYati said...

Terima kasih kepada semua blogger pakatan rakyat.. Semoga Allah merahmati dan memberikan kebahagiaan kepada anda semua atas penat lelah anda...
Kemenangan baru dikecapi,kejayaan baru dirasai...beban amanah dan tanggungjawab membalas kepercayaan rakyat bukan terpikul dibahu yang menang...tetapi kita semua...rapatkan barisan,kita gempur untuk PRU 13 kelak

tanahmelayukita said...

Sdra MSO,

Penyokong PAS sudah tentu berpesta di atas kemenangan DS Nizar. Tetapi, apakah mereka sedar apakah maksud 'tersirat' dari kemenangan ini?

Di dalam PRU12, PR memenangi 31 kerusi, berbanding BN 28. Dari 31 kerusi PR, DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Sekiranya tidak ada peruntukan di dalam undang-undang Negeri Perak menghalang bukan Melayu menjadi MB, salah seorang ADUN DAP sudah pasti akan menjadi MB.

Walaupun DS Nizar telah dilantik sebagai MB, 8 dari 10 EXCOnya adalah Cina DAP. Ini bermakna, pada hakikatnya, Kerajaan Perak pimpinan DS Nizar adalah KERAJAAN DAP. Oleh kerana DAP menentang Islam, Kerajaan Perak pimpinan DS Nizar boleh dianggap sebagai KERAJAAN KAFIR HARBI.

Semalam, puluhan ribu penyokong PAS 'berjihad' untuk memenangkan DS Nizar. Hasil dari 'jihad' tersebut, DS Nizar telah menang. Analisa awal menunjukkan lebih 80% pengundi BUKAN ISLAM mengundi DS Nizar, sedangkan beliau ditolak oleh lebih 60% pengundi MELAYU/ISLAM.

Apakah makna ini semua? Kenapa 80% BUKAN ISLAM mengundi DS Nizar???

Jawapannya mudah. DS Nizar adalah 'puppet' kepada sebuah KERAJAAN KAFIR HARBI Negeri Perak, yang cuba dipertahankan habis-habisan oleh DAP....dan Melayu-Melayu 'Pak Kadok' yang telah diperbodohkan oleh Anwar dan Nik Aziz.

Sebagai penutup sdra MSO, kemenangan MORAL hakiki berpihak kepada UMNO yang mendapat sokongan MAJORITI pengundi Melayu/Islam.

Adnan Naim said...

Saudara/saudari tanahmelayukita,

Kemenangan adalah satu satu kemenangan walau dari mana atau siapa yang beri sokongan tersebut.

Kalau diambil kira statistik yg saudara/i beri, bermakna kemenangan yg diperolehi oleh BN di banyak kawasan semasa PRU 12 atau sebelumnya adalah kerana sokongan majoriti orang-orang melayu lah rupanya? Pengundi-pengundi dari kalangan MCA, MIC dan sebagainya mengundi PKR, PAS dan DAP?