Penanti: Sejauh Mana Wibawa Najib?
SEMUA mata dan kepala orang politik kita mula tertumpu ke DUN Penanti, Pulau Pinang. Hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa kerusi berkenaan sah kosong. Hari penamaan calon ditetapan pada 23 Mei manakala hari mengundi 31 Mei. Tempoh berkempen selama tujuh hari.
Pilihan raya ini merupakan pilihan raya kecil keenam dalam penggal parlimen ke 12. Dalam enam pilihan raya kecil itu lima dimenangi oleh Pakatan Rakyat, manakala satu kerusi dimenangi UBN.
Berdasarkan prestasi itulah UBN takut untuk menghadapi mana- mana pilihan raya kecil. Kekalahan menjadi bayangan hitam yang mengusik ilusi Umno. Sebab itu apabila semasa ura-ura DUN Penanti bakal dikosongkan UBN begitu gelisah. Ada usaha oleh UBN supaya kerusi itu tidak menjadi kosong.
Presiden Umno yang juga pengerusi BN, Najib Razak sudah memberi isyarat awal kemungkinan UBN tidak akan meletakkan calon. Atas alasan untuk menyelamatkan wang rakyat kata Najib UBN tidak perlu bertanding.
Itu alasan sahaja. Apa yang sebenarnya terbuku di kepala Najib ialah takut untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Lagipun DUN Penanti terletak dalam Parlimen Permatangan Pauh di mana merupakan kubu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di atas kertas 70 % kerusi itu akan dimenangi semula oleh Pakatan Rakyat menerusi PKR.
Persoalan kini apakah cadangan awal Najib itu menjadi kenyataan dan sedia akan dituruti oleh rakan-rakan UBN yang lain? Sebaik Najib memberi mesej itu berbagai pihak telah memberi reaksi berbeza. Ada yang bersunggut cara Najib itu tidak pratikal dan menjatuhkan imej berani UBN sebelum ini. UBN Pulau Pinang terang-terang menolak cadangan itu dan mahukan UBN menyertai pilihan raya kecil berkenaan.
Dr Mahathir Mohamad juga turut melontarkan bantahan kepada Najib dan memberi jaminan dia bersedia untuk mengepalai jentera pilihan raya UBN di Penanti itu. Alasan Mahathir kenapa UBN kena bertanding ialah kerana maruah. Kata Mahathir UBN tidak perlu pilihan kawasan yang kuat saja untuk bertanding manakala kawasan lemah tidak disertai. Cara itu kata Mahathir menyebabkan lama kelamaan UBN akan kehilangan semua kerusi.
Timbul perbezaan pandangan dan fikiran antara Najib dengan Mahathir di sini dan setengah yang lain dalam UBN. Apakah dalam perbezaan ini fikiran dan cadangan Najib akan diketepikan? Sama-sama kita tunggu. Sekiranya UBN tetap juga menyertai pilihan raya Penanti itu maka jelas bagaikan disuluh Najib terpaksa akur kepada kehendak Mahathir. Ia juga menunjukkan idea Najib tidak bernas dan boleh ditolak.
Perubahan dan reformasi yang hendak dilakukan oleh Najib ke atas UBN dengan mengambil pendektan baru termasuk tidak bertanding dalam pilihan raya di mana-mana kerusi yang nyata UBN akan kalah tidak dapat dilakukan. Dan kegagalan untuk Najib membawa pendekatan politik baru ini menejaskan beliau telah terjerut dalam hegemoni Mahathir yang masih tersisa. [wm.kl. 4:15 pm 27/04/09]
1 comment:
Salam MSO,
Sudah terang lagi bersuluh BN amat gentar untuk menurunkan calon pada pilihan raya DUN Penanti. Najib masih dihantui dengan kekalahan dengan pilihan raya kecil sebelum ini. Ada benar nya alasan yang digunakan oleh Najib iaitu tidak mahu membazirkan duit rakyat. Tetapi sampai bila hendak mengunakan alasan tersebut. Sudah diketahui umum DUN Penanti adalah milik PKR sebelum ini. Jadi, tidak perlu risau untuk memenangi kerusi tersebut. Anggap sahaja ianya bonus jika menang dan jika kalah tidak memberi kesan BN. Yang penting maruah perlu dijaga jika mahu disegani dan digeruni oleh pihak lawan.
Post a Comment