Saturday, April 18, 2009

Menjelang Muktamar 3

Perebutan Naib Presiden Meriah

PEREBUTAN Naib Presiden Pas dikira paling meriah. Sehingga kini beberapa nama telah disebut-sebut akan mencuba nasib untuk berada di lantai ketiga dalam hirerki kepimpinan Pas itu. Tiga penyandang sebelum ini ialah, Ahmad Awang, Muhammad Sabu dan Husam Musa.

Husam sudah pasti akan meninggalkan kerusi itu dan akan mencabar Nasaruddin Mat Isa sebagai timbalan presiden. Kumpulan Profesional Liberal (Prolib) meletakkan harapan yang tinggi kepada Husam ini bagi meranapkan Nasaruddin yang mewakili golongan “Ustaz – Ulamak” (Ustaz Mat). Bolehah dianggap Husam adalah ketua prolib.

Muhammad Sabu dan Ahmad Awang pasti akan mempertahankan kedudukannya itu. Ada terdengar khbar Mat Sabu juga berminat untuk mencuba nasib di kerusi timbalan presdien. Mat Sabu dikatakan menetaskan harapan itu kerana kurang senang dengan Nasaruddin yang dianggap tidak menyerlah dalam Pas selaku timbalan presiden.

Mat Sabu sedia mencabar Nasaruddin sekiranya tidak ada calon lain berani berbuat demikian. Kenapa begitu sekali duhai Mat?

Bagaimana pun maju atau mundur Mat Sabu bergantung kepada pencalonan yang akan diterimanya kelak. Kalau beliau mendapat pencalonan kurang berbanding si baju petak-petak merah itu dia akan mengalah. Pengunduran Mat itu akan memberi advantage kepada Husam.

Katanya sudah ada kompromi antara kedua mereka. Kesediaan Mat Sabu untuk berkompromi dengan Husam ini satu sikap bagus. Jika hendak dikira Mat Sabu tidak sepatutnya berkompromi dengan Husam jika diingatkan sejarah peribadi mereka berdua di masa lampau.

Pergeseran politik antara mereka pernah sampai ke tahap hendak bertumbuk. Puncanya kerana Mat Sabu dikatakan menuduh Husam adalah orang Umno. Mungkin andaian Mat itu berpandukan kepada keluarga Husam di mana kebanyakan pemuka Umno. Setengahnya berjaya ditarik ke dalam Pas, setengah masih kekal bersama Umno.

Gara-gara itu Husam jadi panas dan pernah bersemuka dengan Mat Sabu. Ketika inilah beliau memegang ibu jari Mat Sabu dan cuba dipatahkan. Apakah kompromi itu disbabkan Mat Sabu teringat akan peristiwa itu betapa gedebenya Husam?

Yang pastinya Ahmad Awang akan mempertahankan kedudukan itu. Tidak ada pilihan lain bagi Ahmad Awang untuk berbuat begitu. Walaupun sebelum ini ada ura-ura beliau akan dicadangkan agar mencabar Nasaruddin untuk jawatan timbalan presiden. Mungkin setelah mengukur badan sendiri ura-ura itu tidak menjadi.

Maslaah yang berlaku di Perak sehingga kerajaan Pakatan Rakyat yang berketuakan Adun Pas (Mohammad Nizar Jamaluddin) sebagai MB hilang dirampas UBN, sedikit sebanyak kegagalan itu tersangkut di atas bahu Ahmad Awang sebagai Pesuruhjaya Pas Perak. Beliau harus bertanggungjawab kerana gagal mengemudikan parti dan kerajaan agar selamat.

Mungkin kerana ‘kesalahan’ itu maka ura-ura untuk menghantar Ahmad Awang untuk cabar Nasaruddin tidak menjadi!

Kedudukan Ahmad Awang hari ini agar sukar sedikit. Populariti Mohamad Nizar yang kini juga turut dicalonkan sebagai calon naib presiden sudah menenggelamkan nama Ahamd Awang. Walaupun Nizar baru dipersada politik namun pergolakan di Perak sehingga hilang kerajaan beliau dilihat sebagai hero. Keberaniannya menghadap Sultan dan mempertahankan kerajaan dilihat sebagai satu keberanian.

Kemenangan Nizar pada pilihan raya kecil menambahkan lagi minat ahli Pas kepadanya. Kerana keberanian berdepan dengan Sultan Perak itu menyebabkan kegagalan Nizar selaku MB untuk mempertahankan kerajaan Perak seakan terlupa begitu saja!

Populariti sudah menjadi fenomena dalam Pas. Mungkin masih ingat apa yang berlaku ke atas penyanyi bernama Mawi satu waktu dulu. Disebabkan Mawi popular Pas Kelantan tergamak mengheretnya membuat persembahan di negeri itu.

Begitu juga kalau Siti Nurhaliza atau Maya Karin sudi menyertai Pas kemungkinan dia juga akan dicalon sebagai ketua Muslimah Pas tidak payah lama-lama berjuang dalam Pas!

Lain-lain tokoh yang hendak bertanding dijawatan ini ialah Ketua Dewan Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Mohd Amar Abdullah, Pensuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man. Ahli jawatankuasa agung Pas, Mujahid Yusuf Rawa juga disebut-sebut untuk merebut jawatan itu.

Tetapi Mujahid ini katanya lebih dinasihatkan agar merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda dengan tujuan untuk memecahkan dewan itu daripada dikuasai oleh golongan "Ustaz Mat".
Mujahid yang temasuk dalam golongan Prolib katanya diarahkan supaya merebut jawatan ketua Pemuda bakal ditanding Naib Ketua, Nasaruddin Tantawi yang lebih mirip kepada golongan Ustaz Mat.

Bagaimana pun belum kedengaran dari Mujahidi sendiri apakah beliau akan mengikut arahan itu ataupun sebaliknya.

Mujahid mungkin masih memikirkan baik dan buruknya serta sejauh mana peluangnya jika beliau mencuba untuk jawatan ketua Pemuda. Sekiranya Pemuda mahu mengekalkan kerabatnya dalam dewan itu sudah tentu Nasaruddin akan memenangi jawatan berkenaan, melainkan ada gerakan meluas yang melibatkan percaturan Prolib.

Setakat ini ada enam nama bakal merebut jawatan Naib Presiden, dua penyandang, Muhammad Sabu dan Ahmad Awang. Empat pencabar ialah Sallahuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man, Nizar Jamaluddin dan Mujahid Yusuf Rawa.

Walaupun ada beberapa nama lagi yang juga mahu merebut jawatan itu tetapi mereka dilihat tidak bersungguh serta tidak ada kekuatan tersendiri melainkan kena tumpang pengaruh dan wibawa orang lain. Apa lagi setengahnya ada yang sudah kalah dalam percubaan lebih daripada dua kali.

Mereka yang kalah berkali-kali eloklah tidak bertanding dan sesuai dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira sahaja bagi tidak menyibukkan keadaan. [wm.kl. 12: 30 pm 18/04/09]

5 comments:

Unknown said...

salam saudara mso
pertama sekali saya mohon maaf kerana komen ini tiada kena mengena dengan tajuk di atas,kerana cerita ini perihal pemuda kawasan machang.
tahniah kepada menantu mb kelantan kerana berjaya memenangi kerusi timbalan ketua pemuda pas machang,kehadiran cahaya mata baru membawa makna kepada beliau kali ini.dengan kemenangan itu maka ketua pegawai operasi pmbk ini boleh pergi jauh lagi untuk peringkat tertinggi dalam pemuda pas kelantan mungkin juga pas pusat.setelah melalui pelbagai sepak terajang dalam pemuda pas kelantan apabila di politiking dalam percubaan pertama untuk jawatan ajk pemuda kota bharu,beliau telah mencuba pula di kampung halamannya dan juga diterajang dengan cara yang sama sebelum menjadi juara pada hari ini.perkara yang cukup mengkagumkan saya ialah beliau tidak pernah menggunakan kedudukan bapa mentuanya untuk naik dalam politik walaupun diperlakukan dengan cara yang mengaibkan,walaubagaimanapun juak-juak menantu mb ini sudahpun membuka taring apabila kemenangan beliau diistiharkan,saya amat berharap beliau tidak modah terpesona dengan jack dan pong oleh juak-juak ini,yang akan mengakibat beliau boleh aib sekali selepas ini.diharapkan juga tiada lagi kumpulan erdogan dan kumpulan gul ataupun apa-apa kumpulan dalam pas selepas ini,bersatulah dan bekerjalah semua atas satu payung yang ditunjukan oleh pimpinan pas yang terdahulu.kepada ariffahmi tahniah sekali lagi dan jangan mentadbir pemuda pas machang seperti anda mentadbir pmbk,jangan pula mewujudkan puak sebagai mana ketua yang lepas mewujudkan puaknya sendiri setelah berlaku kudeta dalam pemuda pas machang hasil bantuan YDP PAS MACHANG

Haikal Sulaiman said...

tuan haji mso..
minta komen tentang pencalonan tuan guru dato' dr. haji haron din sebagai timb. presiden pas ,yang dicalonkan oleh PASv selayang ,

gambar tiga tok guru bakal muncul kembali ??, seperti zaman dato'presiden fadhil nor..

firdaus said...

melantik artis jadi ketua dalam organisasi pas
apakah ia sebahagian poltik baru yang dicanangkan oleh pas

apapun diharap apa sahaja perebutan yg berlaku pada muktamar nanti tidaklah akan menyebabkan kebencian orang ramai yg semakin bersungguh2 menyokong PR kini

inilah keunikan pas berbalah tapi dalam masa sama bersatu atas satu saf demi mencapai matlamat bersama

dewa said...

Tuan Haji,,, tolong nasihatkan YB Amar agar jangan bertanding kerusi Naib Presiden... bukan kerana dia tidak layak tapi dia kurang popular berbanding dengan calon lain diperingkat nasional...

Saya takut karier politiknya akan berkubur jika dia tewas nanti... Bagi saya YB Amar adalah calon yang terbaik untuk menggantikan tempat Tok Guru sebagai MB kelantan.

Bang Aji said...

Walaupun akan berlakunya pertembungan ataupun pertandingan dalam setiap jawatan tertinggi, sekurang-kurangnya akan tergambar ketelusan pada PAS itu sendiri. Keghairahan untuk memimpin dalam menentukan hala tuju perjuangan PAS adalah merupakan satu tindakan yang baik pada dasarnya...cuma kekhuatiran yang ada dikalangan pendokong agar pertembungan yang bakal berlaku bukanlah pencetus kepada keretakan ukhwah Islamiyah yang telah dibina selama ini dikalangan ahli dan pemimpin. Yang penting & pastinya, setiap dikalangan pencinta Islam tidak mengamalkan tabiat memburukkan atau menjatuhkan pesaing antara satu sama lain dan yang paling utama...TIADA POLITIK WANG a.k.a RASUAH!!!