USAHA ke peringkat akhir untuk mengelakkan daripada pilihan raya kecil DUN Penanti Pulau Pinang diadakan nampkanya tidak berjaya. UBN berusaha keras bagi memastikan tidak ada lagi pilihan raya kecil selepas tiga pilihan raya di DUN Bukit Selambau, DUN Batang Air dan P59 Bukit Gantang awal bulan lalu. Rancangan untuk menyelematakan Farius dengan menyertai UBN juga tidak berhasil.
Ternyata kekalahan di DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang menakutkan UBN untuk berdepan dengan neraca rakyat yang menanti dan menugggu mereka di mana-mana sahaja.
Hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat perletakan jawatan oleh Adun berkenaan, Mohamad Fairus Khairuddin (foto) yang bermasalah. Secara tradisinya apabila pemberitahuan kekosongan itu sudah dimaklumkan oleh Speaker ini bermakna kerusi akan menjadi kosong.
Bagaimana pun keadaan masih belum ternokhtah. Sekiranya SPR mengambil semangat apa yang berlaku di Perak, boleh jadi juga kerusi itu akan diistyharkan sebagai tidak kosong. Di Perak walaupun Speaker S Sivakumar telah menghantarkan surat pengosongan tiga kerusi DUN di negeri itu namun ia tidak diterima oleh SPR atas alasan surat pengosongan itu tidak original.
Pihak SPR dalam kenyataan rengkasnya dipetik hari ini memberi tahu mereka akan mengadakan mesyuarat minggu depan untuk mengkaji mengenai kesahihah surat perletakan jawatan oleh Fairus itu. Tindakan SPR itu seolah-olah tidak yakin dengan pihak Speaker dan dalam masa sama mahu menunjukkan bahawa parti pembangkang bermian politik mengenai kekosongan itu.
Sebelum ini pemimpin UBN telah membuat ulasan kekosongan kerusi itu ialah kerana ada motif politik. Maksudnya ia sengaja dikosongkan untuk menguji kekuatan UBN dan sekeligus menganggu kerajaan UBN hari ini. Perdana Menteri, Najib Razak sendiri membayangkan tidak perlu pilihan raya itu kerana ia membazirkan wang rakyat. Sebelum ini kerajaan telah menghabiskan RM2.5 juta untuk perbelajaan enam pilihan raya kecil.
Sebenarnya soal wang itu tidak perlu dibangkitan sebab ia dibelanjakan untuk rakyat juga. Keperluan memilih dan mengisi mana-mana kerusi perlimen dan Adun adalah satu kewajiban yang bukan disengajakan tetapi diperuntuk dalam perlembagaan.
Sekiranya Najib berfikir pilihan raya itu membazirkan wang rakyat, mengapa beliau tidak berfikir demikian sewaktu hendak melancarkan 'kudeta' ke atas kerajaan Pakatan Rakyat dulu. Bukankah dengan rampasan kuasa itu ia menjejaskan ekonomi Perak dan tentu melibatkan kerugian yang banyak dan menyusahkan rakyat sampai kini.
Jangan Najib bersikap double standard dalam hal ini. Kerana pilihan raya itu akan memberi malu dan merugikan UBN maka beliau cuba hendak diselindungkan dengan kononnya untuk menjaga harta rakyat. Cuba kalau situasi sekarang ini berpihak kepada UBN, tentu sekali pilihan raya kecil itu dialu-alukan.
Biarlah pilihan raya kecil di adakan. Bukan saja di Pulau Pinang kalau boleh biarlah ada kekosongan juga di negeri-negeri sebelah selatan, Melaka atau Johor. Rakyat dan dunia mahu tengok apakah kebangkitan rakyat kin i menyeluruh ataupun terbatas di negeri-negeri yang dikenali kuat pembangkang sahaja.
Ada dua penada aras yang cukup baik untuk UBN dan Najib menguji kekuatan dan sokongan rakyat kepada kerajaan UBN kini. Iaitu bubarkan DUN Perak dan DUN Terengganu. Munasabahnya kenapa DUN Perak perlu dibubarkan kerana masalahnya di negeri itu tidak akan selesai selagi mandat baru dari rakyat tidak diperolehi mana-mana parti politik.
Manakala di Terengganu, UBN kini sedang berhadapan dengan krisis besar. Kedudukan MB, Ahamd Said juga tidak menentu apabila 10 Adun BN menyatakan serangan terbuka kepada Mat Said dengan memulau sidang Dun dua hari lalu. Tindakan itu menandakan kerajaan UBN tidak begitu ampuh lagi.
Cuma sayang sedikit di Terengganu Pas tidak tahu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Pas seolah melihat dengan mata putih dan tidak reti untuk memancing ikan di tengah lautan. Saya percaya kalau keadaan di Terengganu itu di sebaliknya sudah tentu UBN akan henjuk Pas habis-habisan sehingga DUN Terengganu akhirnya dibubar..
Kepada rakyat sama-samalah tunggu pengumuman hari penamaan calon dan hari mengundi pilihan raya kecil DUN Penanti itu. Apabila SPR telah menetapkan tarikhnya nanti marilah kita ramai-ramai berkubu di Penanti meneruskan jihad yang makin membara. [wm.kl. 6:15 pm 17/04/09]
6 comments:
saya cadangkan BN x perlu bertanding, bg kemenangan percuma kepada PKR untuk elak pembaziran.
salam tuan mso.
nampaknya UBN ada saja alasan untuk mengaburi rakyat dari isu sebenar. mereka sudah tidak mendapat sokongan majoriti. itulah perkara sebenar! tetapi alasan demi alasan yang muluk-muluk cukup pintar digula-gulakan kepada rakyat.
aukauk.
Kini senjata makan tuan...
Najib memang kecut perut untuk menghadapai pilihanraya kecil. seamkin banyak pilihanraya kecil semakin terbuka kelemahan dan terdedah penolakan rakyat terhadapnya.
dulu puak feudal Melayu menyalahkan Pak Lah kerana kalah pilihnaraya. maka nasioanlis-sosialis Melayu pun dijulang walau dah jadi burung kakak tua.
Kini burung kakak tua tu dah tak tau nak berhenti bercakap. Mungkin selepas ini dia akan terus bercakap dan Najib amat takut semua ini akan mendedahkan lagi segala tembelangnya.
mereka semua dah pening kepala
tiada apa lagi yang boleh dilakukan utk memenangi hati rakyat semula
Salam MSO,
Benar kata Tuan MSO dimana pilihan raya kecil yang akan diadakan menjadi penanda aras kepada kekuatan dan sokongan terhadap UBN serta Najib sendiri. Jika Najib masih mencari rentak menjadi seorang PM, inilah masanya untuk mendengar isi hati rakyat sejajar dengan slogan 1Malaysia.
salam,,
seagala puji bg Allah swt segala yg berlku adalah rahmat dan ujian dr Allah.
Dulu tun abdullah di jadikn alasan kenapa bn kalah dlm pilihnraya kini tiada lg tun jd sapa pula yg nk jd kmbing hitam dlm bn??
jika rasa membazir duit rakyat BN tk perlu meletak calon untuk kerusi di dun penanti.
Post a Comment