Belum Ada Tanda Jelas Di Bukit Gantang Siapa Akan Menang
SEHINGGA jam 2:00 petang ini tiada tanda-tanda jelas parti mana yang akan menang di Bukit Gantang. Pemerhati politik bebas juga sukar untuk membuat ramalan. Manakala perisik kedua parti itu tidak begitu ghairah untuk mendakwa pihak mereka menang sebaliknya banyak meletakkan andaian ke atas beberapa perkara.
Salah satu faktor yang dikatakan akan memberi petunjuk ialah mengenai peratus mengundi. Pihak Pakatan Rakyat bimbang kalau peratus mengundi rendah, apa lagi tidak mencecah angka 70% menyebabkan pilihan raya itu berpihak kepada UBN.
Hakikat ini diakui oleh seorang Professor Universiti Malaya yang berada sepenuh masa di Bukit Gantang bagi meninjau pilihan raya berkenaan. Menurutnya kalau peratus keluar mengundi rendah, kurang daripada 65% Pakatan Rakyat mungkin menghadapi masalah.
Sebalik katanya kalau peratus keluar mengundi mencecah 70% harapan Pas lebih cerah berbanding dengan UBN.
Sementara nenurut Professor yang menjawat jawatan Dekan itu, beberapa sumber memberi tahunya petugas UBN khasnya dari Pahang mengakui sukar untuk calon BN, Ismail Suffian memenangi pilihan raya berkenaan.
Katanya kalaupun UBN menguasai 60 peratus undi Melayu ia belum tentu menang kerana Pakatan Rakyat dikatakan menguasai undi Cina lebih 70%. Manakala kedudukan undi India pula 50 - 50.
Dalam perkembangan lain dari risikan pihak SB (Polis) malam tadi meletakkan UBN berpeluang memenangi pilihan raya itu dengan kelebihan undi sebanyak 500 undi. Mungkin risikan itu benar sekiranya peratus mengundi rendah tidak mencapai 65% dan UBN menguasai undi Melayu lebih 55 peratus.
Sementara itu laporan seorang petugas Pas di Batu Hampar mengatakan ada fenomena pengundi yang berada diluar tidak pulang. Apa yang dikesaninya hampir 20 hingga 30 pengundi luar di peti undi yang dikawalnya masih belum mengundi. Dalam pilihan raya lalu Pas hanya menang 48 undi saja di peti undi berkenaan.
Laporan ibu pejabat sebuah akhbar berbahasa Melayu di Kuala Lumpur pula menyebut Pakatan Rakyat akan memenangi kedua pilihan raya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. [bkt.gantang 2:15 pm 07/04/09]
No comments:
Post a Comment