SUDAH sah Menteri Besar Rakyat Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin telah memenangi pilihan raya kecil P 59 Bukit Gantang menewaskan dua calon, BN, Ismail Suffian dan seorang calon bebas.
Nizar mendapat 21,860 undi manakala Ismail Suffian mendapat 19,071 undi dan calon bebas mendapat 62 undi sekaligus calon bebas itu hilang wang pertaruhan. Majoriti diraih Nizar sebanyak 2,789 undi.
Manakala di Bukit Selambau calon PKR juga dikatakan menang, keputusan rasmi belum diumumkan lagi!Maklumat tidak rasmi S Manikumar (PKR) mendapat 12,607 undi manakala calon BN S Ganesan mendapat 10,232 undi. Majoriti 2,375 undi.
Lagi Keputusan Tidak Rasmi Terbaru
INI terbaru dari bilik Gerakan BN di Bukit Gantang.
N 13 Kuala Sepetang: BN 6,259 undi Pas 8,469 undi.
N 14 Changkat Jering: BN 8,208 undi, Pas 9,897 undi.
N 15 Trong: BN 4,345 undi, Pas 3,441 undi.
Keseluruhan BN mendapat 18,812 undi manakala Pas 21,807.
Majoriti 2,995.
[dlm perjalanan 9:20 pm 07/04/09]
1 comment:
3 kekalahan berturut-turut rakyat beri kepada Datuk Seri Najib ( Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan terbaru Bukit Gantang)..2 kali sebagai sebagai pengarah kempen BN dan yang terakhir sebagai pengerusi BN.
Apakah makna semua ini? Tidak cukup dgn laporan berat sebelah oleh semua media kerajaan, Mahathir turut turun padang untuk bantu berkempen tapi semuanya seolah dipandang sepi oleh rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Memang UMNO dan BN terpaksa membuat perubahan besar-besaran dalam membuat penilaian tentang semua segi untuk memenangi semula hati rakyat.
Masa masih ada lebih kurang 36 bulan atau 3 tahun untuk semua itu sebelum PRU 13 diadakan. Kalau tidak, Najib akan menjadi PM Malaysia yg paling singkat tempoh pemerintahannya dalam sejarah!
Wallahuaklam.
Post a Comment