Wednesday, April 8, 2009

Berita Tengahari

Apakah Kejutan Dari Najib Hari Ini?

[kemaskini] 4: 55 pm KATANYA Najib Razak membatalkan hasratnya untuk mengumumkan barisan Kabinetnya hari ini. Pembatalan secara tiba-tiba itu disebabkan Najib terpaksa merombak semula susunan Kabinet yang disiapkan malam tadi.

Sumber dalam memberi tahu Najib banyak menerima kritikan berhubung cadangan perubahan dalam Kabinet dan muka-muka baru yang dibawa masuk. Prostes terhadap Kabinet awal Najib itu dikatakan agak panas juga yang akhirnya menyebabkan Najib terpaksa mengkaji dan menyusun semula.

Walaupun Najib pada mulanya tegas untuk melakukan pembaharuan dan memperkenalkan Kabinet yang ampuh dan berkebolehan tetapi beliau terpaksa juga tunduk kepada tekanan-tekanan tertentu!

PERDANA Menteri, Najib Razak dijangka akan mengumumkan barisan Kabinetnya tengah hari ini. Berbagai spekulasi kini timbul siapa akan digugugr dan siapa yang akan dibawa masuk. Perhatian juga tertumpu kepada Timbalan Presiden, Naib Presiden Umno yang dikatakan bakal menduduki menteri kanan dalam Kabinet Najib.

Muhyiddin Yassin yang akan diumumkan sebagai timbalan perdana menteri dijangka akan memegang portfolio Kementerian Pelajaran yang mengabungkan Kementerian Pengajian Tinggi dengan Menteri Pelajaran.

Ahmad Zahid Hamidi pula dikatakan akan memegang porfolio Menteri Dalam Negeri di samping terus beretanggungjawab terhadap Hal Ehwal Agama. Hishamudin Hussein akan bertukar ke kemeterian mungkin mengambil alih tempat Muhyiddin, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa.

Manakala Najib sendiri akan turut memegang Menteri Kewangan dan Pertahanan.

Shafei Afdal pula akan dijangka akan bertukar kementerian yang lebih kanan.

Muka baru yang dijangka dibawa masuk ialah Fuad Zarkasi, dari Johor dan Tajuddin Rahman dari Perak serta seorang muka baru dari Sabah dan Sawarak. Ketua wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil juga besar kemungkinan dibawa masuk ke dalam Kabinet untuk menjaga hal ehwal wanita, kebajikan dan perpaduan.

Mereka yang dikatakan akan digugurkan termasuklah Azalina Othman Said, Syed Hamid Albar, Muhammad Mohd Taib, Zulhasnan Rafiqe. Nama Rais Yatim juga turut sama disebut-sebut bakal digugurkan.

Muka lama yang dijangka diberi peranan dalam Kabinet Najib, Jamaluddin Jarjis, Tengku Adnan Mansor. Bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah Badawi, Alwi Che Amat dan Fatmi Che Salleh juga disebut-sebut akan dimanfaatkan Najib.

Bagaimanapun berita yang mengejutkan ialah kemungkin anak Mahathir Mohamad, Mukhriz yang kalah dalam pertandingan ketua pemuda mungkin turut dimanfatkan Najib. Lebih mengejutkan sekiranya ketua pemua, Khairy Jamaluddin di ketepikan Najib.

Sekiranya Najib mengenepikan Khairy ini bermakna Najib sudah bersiapa untuk berhadapan dengan perwujudan kem-kem dalam Umno yang baru diambil alih itu. [jln pahang 11:45 am 08/04/09]

2 comments:

checkmate said...

TERIMA KASIH MSO KERANA LIPUTAN YG CUKUP MENDALAM TENTANG PILIHAN RAYA KECIL INI...

Unknown said...

Salam MSO,

Sememangnya Najib perlu tegas serta berhati hati. Jika wujud nya kem kem dalam UMNO sendiri, maka tidak lama lah beliau menjadi PM. Tapi desas desus memang ada menyebut Khairy akan diketepikan. Sama sama kita tunggu dan lihat.