Thursday, April 16, 2009

Catatan Lewat

Mahathir Juga Memulakan Semula Tugasnya

SEBAIK Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-6, dan selesai menyusun nya, bekas perana menteri Mahathir Mohamad juga sudah mulai masuk 'pejabat' kenyambungkan tugasnya yang terbengkalai selama lima tahun setengah sebelum ini.

Sejak Abdullah menjadi perdana menteri Mahathir boikat pejabat tidak mahu bekerja.

Dalam laporan media hari ini, kelihatan gambar Mahathir bersama Najib melancarkan model baru kereta Proton, Ezora. Mahathir adalah penasihat Proton. Semasa bekas perdana menteri, Abdullah Badawi melancar salah satu model proton dulu beliau tidak hadir.

Sebaliknya Mahathir banyak menghadiri majlis ceramah anjuran NGO pronya dan dalam ceramah itu dihentam dan dilanyaknya Proton. Beliau banyak membela Tengku Mahaleel Pengarah Eksekutif Proton yang dipecat.

Kehadiran Mahathir meraikan Najib itu menunjukkan kegembiraan Mahathir kerana anak emasnya sudah menjadi perdana menteri.

Paling menggembirakan lagi Mahathir ialah apabila Najib 'bersetuju' melantik anaknya Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Perlantikan itu sebagai jalan awal dan pusat latihan kepada Mukhriz dalam persiapan menjadi perdana menteri ke 8 atau pun ke tujuh selepas Hishamuddin Hussein.

Selepas ini Mahathir akan lebih rajin lagi untuk 'memasuki' pejabat dalam menjalankan kerja dan misi politiknya yang tidak akan berakhir itu. Hari ini apa yang disembunyikan Mahathir selama ini sudah pun terdedah. Mukhriz semasa kempen pertandingan pemuda menyatakan tidak berhajat kepada apa-apa jawatan sebaliknya ingin berkhidmat kepada parti.

Hari ini yang akan berkhidmat dan bertungkus lumus kepada parti turun ke kampung mendekati pemuda ialah Khairy Jamaluddin, manakala Mukhriz sudah tentu akan bertungkus lumus menguruskan soal-soal AP seperti mana yang dibayangkan oleh bapaknya, Mahathir bin Mohamad. Mukhriz akan sibuk melayan para pelabor asing yang ingin melabor di negara ini.

Kepada Mahathir diucapkan selamat bertugas semula!

5 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Gandingan Mahathir-Najib yang tidak sihat untuk negara!

mangchikla said...

Rasa nyer PRU 13 Mahathir masuk bertanding balik lah.. kan elok gitu

suara emas said...

Salam Tuan Mso

Saya sebagai pemerhati politik tanah air amat bersetuju dengan komen dari Bang Aji…Hakikat itu perlu diakui sejak Pas memegang tampuk kekuasaan di beberapa Negeri hasil kemenagan besar dan melalui kerjasama kerajaan campuran. Sebenarnya perkara ini telah wujud disebabkan gabungan yang dilaksanakan oleh Pas bersama PKR dan DAP… Memang tidak dapat disangkal nilai dan matlamat Pas adalah berbeza dengan perjuangan PKR dan DAP. Perjuangan PKR dan DAP adalah untuk menumpaskan BN dan menubuhkan sebuah Negara yang bersih dan telus. Namun matlmat PAS adalah untuk menubuhkan Negara Islam dimana konsep perlaksanaan hukum dan sistem ekonomi yang lebih kea rah Islam…Sebenarnya Pas perlu meletakkan di hadapan perjuangan Islam mereka bukan nya perjuangan yang lebih kepada sifat kepartian. Memang diakui Umno banyak melakukan kesilapan namun kesilapan itu sepatutnya diperbetulkan oleh Pas dan bukannya terus dimanipulasikan untuk mencapai kemenangan. Keredhaan dalam perjuangan adalah lebih penting daripada kemenangan yang tidak berpaksikan prinsip perjuangan yang telah dibawa oleh Rasullah sebelum ini.. Islam itu syumul dan perlu dilihat dalm konteks yang lebih besar dan bukan hasil kemenagan semata-mata.

Pas juga perlu menerima hakikat bahawa pengaruh liberal telah meresap kedalam parti mereka. Pengaruh Anwar Ibrahim secara tidak sedar sudah begitu kuat dalam Pas. Tidak semua pemimpin benar-benar melaksanakan kajian dan penyelidikan politik yang berkait dengan latar belakang dan nilai perjuangan sesorang ahli politik. Pemimpin dalam Pas lebih mudah menerima apa sahaja demi untuk memenangkan parti mereka sehingga mengabaikan nilai perjuangan sejati iaitu Islam… Sedarkah mereka, adakah mereka seorang ahli politik yang matang dan bijak dalam membuat penilaian. Sedangkan mereka pun tidak memahaminya bagaimana pula rakyat yang sentiasa menjadi tulang belakang yang segelintirnya kerap kali bertaklid buta dalam menerima sesuatu maklumat. Golongan pemimpim Islam ini sepatutnya menyedari bahawa orang yang mereka bekerjasama itu mempunyai niat dan nilai perjuangan yang sungguh berlainan dari nilai perjuangan Islam… Disebabkan pengaruh ini telah menular, telah wujud golongan-golongan yang anti ulamak dalam Pas. Hal ini juga diakui adalah disebabkan kelemahan golongan ulamak itu sendiri dalam memahami isu-isu semasa yang berlaku dalam dunia politik waima sukar membaca pergerakan silat politik individu tertentu. Percayalah…lama-kelamaan pengaruh ini BOLEH memusnahkan Pas seperti mana seorang pemimpin yang telah diwujudkan dan dimusnahkan oleh Umno sendiri disebabkan sifat tamakkan kuasa beliau sendiri.

toqki said...

salam pak sayuti

saya adalah diantara peminat tulisan pak sayuti.

saya kenal mula kenal tulisan pak sayuti tatkala berumur 12tahun diwaktu buku 3Abdul baru diterbitkan.

Teruskan menulis.

Unknown said...

Salam MSO,

Nampaknya Che Det sudah mula mengorak langkah dalam proses membangunkan/menlingkupkan Malaysia. Sekiranya sama sama membangunkan bagus la. Tetapi jikalau hanya untuk self interest, diharapkan Che Det bangun dari mimpi. Rakyat Malaysia sudah tidak seperti zaman pemerintahan beliau.