Thursday, April 2, 2009

Rahsia Malam

Anugerah Tun Untuk Abdullah dan Jeanne Esok?

ABDULLAH Ahmad Badawi dan isterinya Jeanne Abdullah esok dikatakan akan dianugerahkan Tun, demikian sumber dalaman memberi tahu sekejap tadi.

Anugerah Tun merupakan darjah kebesaran tertinggi negara itu menjadi kebiasaan dan kelaziman diberikan kepada bekas Perdana Menteri. Mahathir dan isterinya masing-masing dianugerahkan Tun selepas bersara.

Dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan surat perletakan jawatan Abdullah dikatakan memohon anugerah Tun untuk dirinya dan isterinya Jeanne Abdullah daripada Yang di-Pertua Agong.

Bagaimana pun Yang di-Pertuan Agong dikatakan hanya berkenaan untuk menganugerahkan Tun kepada Abdullah seorang saja.

Bagaimana pun Yang di-Pertuan Agong menyerahkan kepada Najib untuk merekmenkan permintaan Abdullah itu atau sebaliknya. Najib dikatakan memberi rekemen agar Jeanne diberikan anugerah berkenaan.

Gara-gara anugerah inilah menyebabkan Abdullah dikatakan kurang selesa dan tidak begitu cerita semasa keluar dari istana setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi sehingga menyebabkan timbul berbagai spekulasi yang tidak elok. [d'kota kl. 8:45 pm 02/04/09]

No comments: