Monday, April 20, 2009

Menjelang Muktamar 5

Saya Sedia dicabar...
Hadi Tuju Kepada Siapa?

APABILA Abdul Hadi Awang memilih Kelantan untuk menjelaskan beliau sedia untuk dicabar sebagai Presiden Pas, saya tidak mengira notis itu ditujukan kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya jamin kalau tertakdir Nik Aziz ingin merasakan kerusi presiden, Abdul Hadi akan serahkan dengan penuh terhormat kepada Nik Aziz tanpa berdolak dalih.

Siapalah Abdul Hadi untuk berlawan dan berdepan dengan Tok Guru itu. Cukup Tok Guru berdeham di hadapannya beberapa kali, Abdul Hadi sudah seram sejuk dan demam. Saya melihat Abdul Hadi seolah kehabisan adat untuk menyatakan penghormatan beliau kepada Nik Aziz.

Setiap kali berjumpa, bersalam Abdul Hadi akan memeluk dan mencium dahi Tok Guru Nik Aziz. Penghormatan Abdul Hadi kepada Tok Guru sungguh tinggi, umpama penghormatan awan kepada bulan purma. Gelagat atau pun suasana itu sering kelihatan di kalangan para guru-guru tarekat dan syeikh-syeikh di Arab saja. Kerana itu kalau ada anasir ingin merenggangkan keakraban mereka berdua ia sesuatu yang amat mendukacitakan.

Memisahkan usaha memisahkan Abdul Hadi dengan Nik Aziz umpama cuba memotong sungai Tigris dengan pedang!

Jadi untuk apa Abdul Hadi membuat kenyataan sebegitu di Kota Bharu? Apakah ianya kebetulan kerana ditanya oleh media di sana? Abdul Hadi boleh mengelak dan mengambil sikap tidak menjawab persoalan yang bakal mengundang seribu tafsiran itu. Justeru, pada saya ada muslihat kalau Abdul Hadi berbuat demikian.

Antara lain katanya, beliau bersedia untuk ditentang dan terserah kepada ahli menentukannya. Baginya perkara biasa untuk melihat kepercayaan ahli kepadanya selaku presiden. Bagaimana pun tegasnya dia tidak akan buang pakaian, (jawatan) kerana ia satu amanah.

Apakah Abdul Hadi ada menujukan kata-kata itu kepada orang tertentu? Atau beliau sendiri sudah mendapat bisikan ada usaha agar kedudukannya dicabar? Atau pun beliau membuat andaian itu kerana mengambil kira terhadap sikap pemimpin tertinggi Pas yang ada mempertikaikan wibawanya sebagai presdien secara tidak langsung.

Tidak dinafikan di dalam ramai-ramai ahli dan pemimpin Pas ada yang tidak sehaluan dan bersetuju dengan pendekataan Abdul Hadi. Baik cara pakai, cakap bercakap dan mengulas isu-isu dianggap sebagai tidak profesional dan terkelakang. Lantaran itu ada orang yang seakan tidak seiringan dalam beberapa isu tertentu dan ada kalanya bercakap mendahului presiden.

Sikap tidak hormat dan beradat ini begitu jelas sekali. Abdul Hadi katanya tidak pernah tersinggung ata pun mengambil hati walaupun sikap itu sengaja untuk merendahkannya. Mungkinkah Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan itu kerana mentafsirkan atas hal-hal sedemikian?

Dalam masa sama ada orang yang mencadangkan supaya Nik Aziz mencabar beliau. Perkara ini mungkin tidak membekas apa-apa oleh Abdul Hadi. Namun di luar munglin ia dilihat sebagai serius. Kalau ada usaha ini tentu sekali bukan dari Nik Aziz sendiri kerana seperti saya katakan tadi kalau Mursyidul Am Pas itu inginkan jawatan itu sebut saja kepada Abdul Hadi akan menyerahkan sepenuh sukarela.

Dalam hal ini nampaknya ada orang yang cuba menggunakan nama Nik Aziz untuk menggugat kedudukan Abdul Hadi. Cadangan itu sebagai memberi mesej kepada Abdul Hadi bahawa rasa kurang senang sesetengah ahli PAs kepada beliau sudah sampai ke tahap Mursyidul Am Pas sendiri.

Saya rasa ahli Pas tidak payah berteka teki dalam soal ini. Mereka yang tidak senang dengan Abdul Hadi atas dasar untuk kebaikan Pas harus tampil ke depan tidak payah berada di bawah bayangan mana-mana pengaruh. Muncullah ke depan dengan penuh kepahlawanan dan lawanlah sendiri Abul Hadi secara mendada.

Tidak ada gunakan cakap belakang dan berlindung di balik pengaruh orang lain. Cara itulah ialah politik orang pengecut dan munafik. Politik begitu politik tikam belakang atau pun mengatakan oarng dalam gelap tidak sesuai bagi Pas sebagai harakah Islamiah. Cara politik menunggang orang lain itu sama dengan orang main polo yang menunggang kuda untuk memukul bola.

Jangan sesekali menjadikan ahli Pas sebagai kuda polo!

Jika kita ada kekeuatan dan yakin dengan idealisme sendiri untuk menggalas perjuangan Pas apa hendak takut, berdepanlah. Biarlah ahli yang membuat penilaian. Jangan kita munafik satu masa kita menunjukkan menyokongnya mengajak orang ke rumah kita dan masa lain menahan duri di tengah jalan untuk menyakitkan tetamu itu.

Islam bukan saja tidak suka kita dipatuh ular dua kali tetapi Islam juga melarang kita bersikap lembar batu sembunyi tangan.

Saya yakin Abdul Hadi orang yang menerima konsep demokrasi dan juga syura sedia berlawan dengan sesiapa saja kerana seperti katanya jawatan itu adalah tanggungjawab dan amanah. Dan beliau juga rela menyerahkan jawatan menerusi syura, kerana jawatan bukan mahkota untuk dimegahkan. Sesiapapun berhajat dan cukup kritria berbincanglah dengan beliau, bukan Abdul Hadi minat dengan muzakarah! [wm.kl.7:00 pm 20/04/09]

3 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum Pak MSO,
Sekali lagi saya ingin melontarkan sedikit pandangan. Pertama mengenai kedudukan Presiden Pas. Ianya bagus jika ada diadakan pertandingan. Mengenai TGNAziz sebagai Presiden, saya rasa baik kiranya beliau dikekalkan sebagai Mursyidul Am. Walaupun saya mengakui TGNAziz ialah pemimpin yang paling sesuai mengetuai Pas buat masa ini, TETAPI lebih baik jika diberikan kepada orang lain yang sebijak TGNA, sepantas mematahkan hujah seperti Allahyarham Uztaz Fadzil Noor dan setinggi ilmu agama TGHAwang.

Saya berpendapat ramai lagi orang Melayu Islam yang hebat dalam Pas tetapi tidak tertonjol. Contoh yang paling nyata ialah DSNJamaluddin. Siapa yang kenal dgn DSNJ sebelum 0308. Malahan ahli PAS totok juga tidak mengenali kehebatan beliau. Jadi saya sangat yakin ramai lagi orang2 Melayu Islam yang hebat di dalam PAS yang belum dapat ditonjolkan.

Kedua, mengenai isu yang penting untuk dibahaskan di Muktamar PAS. Bagi saya isu Muzakarah, Muhabalah dan apa2 perbincangan dgn UMNO tidak begitu relevan. Saya kira, lebih baik jika Ahli PAS membincang dan merangkan penyelesaian secara detail mengenai masalah yang membelenggu orang Melayu Islam. Realitinya sehingga ke hari ini kita masih dalam keadaan daif, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Pengangan agama Islam berada di tahap yang membimbangkan akibat penguasaan ekonomi yang terlalu lemah berpunca daripada pemahaman agama Islam yang begitu lemah. Tanggungjawab sebagai khalifah Allah gagal difahami oleh masyarakat Islam ketika ini. Terlalu byk masalah sosial yang berpunca daripada kurangnya penekanan terhadap kekuatan rohaniah oleh pihak kerajaan UMNO.

Sebagai contoh, di negeri Selangor sekarang ini tazkirah sebelum solat Jumaat di adakan setiap minggu. Walaupun ia tidak memberi satu sen pun kepada kita, sekurang kurangnya ianya menguatkan diri kita secara tidak langsung dgn pengisian ilmu agama. Dalam satu dari tazkirah yang saya dgr, diri setiap Muslim harus diberi makanan rohani 3 hari sekali, jika tidak ia akan lapar dan layu terkulai.

Sekian sahaja Pak MSO, jika tidak disiarkan pun, harap2 dikongsikan pandangan saya agar didebatkan bersama2. Terima kasih.

Bang Aji said...

Salam Tuan MSO,
Kebertanggungjawaban dan keikhlasan Tuan Guru Hj Hadi memang jelas dan tidak dapat dinafikan. Tahap pemikiran politik beliau melangkaui pemikiran ahli kebanyakkan. Saya yakin setiap ucapan atau tindakan yang beliau ambil telah dikaji semasak-masaknya. Cuma rasanya setiap musuh atau pemerhati akan senantiasa memutarbelitkan fakta atau kenyataan yang beliau perjelaskan dan ini memercikkan api keraguan bagi ahli serta pendokong PAS sendiri. Sama sepertimana kenyataan Tok Guru Nik Aziz dahulu yang sukar diterima masyarakat umum tambahan selalu dimomokkan oleh musuh yang akhirnya rakyat sendiri dapat menilai dan menerima pakai hasil kajian atas tohmahan yang melampau. Tok Guru Nik Aziz juga mengambil masa yang panjang untuk meyakinkan masyarakat majmuk Malaysia akan keikhlasan, ketelusan, keperibadian yang tinggi dalam memperjuangkan politik Islam.
Dengan sepak terajang musuh-musuh politik serta ujian yang Allah jalankan ke atas setiap pimpinan ulama' PAS ini cukup mematangkan mereka tambahan dengan amalan ibadah mereka berserta pergaulan mereka yang bukan hanya sekadar terbatas dengan pimpinan masyarakat di Malaysia malahan melebari gerakan Islam seluruh dunia.
Berkemungkinan memang ada dikalangan orang munafik di dalam PAS yang mengambil peluang untuk melaga-laga serta memecahbelahkan hubungan sesama pemimpin. Almaklumlah di zaman Nabi pun orang munafik sendiri berdiri solat di belakang Rasulullah. Inikan zaman kita...
Mustahil rasanya tindakan atau cadangan Tuan Guru Hj Hadi berdasarkan firasat diri tanpa rujuk pada syura ataupun mesyuawarah. Jika direnung cadangan beliau tentang 'Unity Government', memang terkehadapan dan memerlukan pemahaman serta penjelasan yang lebih 'detail'. Cadangan beliau haruslah difikirkan dan dibahaskan secara mendalam tentang maslahat dan kepentingan umat masa kini tetapi bukanlah untuk dihentam kromo setelah hanya sekadar membaca tajuk sehingga terus beranggapan yang PAS perlu atau wajib menyertai UMNO BN bila disentuh tentang 'Unity Government'.
Barangkali ini disebabkan Hj Hadi yang berkata. Namun, jika Tun Mahathir selaku mantan PMlah yang mencadangkan 'Unity Government', hmmmm....kemungkinan semua masyarakat Malaysia termasuk ahli PAS sendiri yang akan berkata.."Itu satu cadangan yang baik".

pasbangi3 said...

memang pelik bila chairman disuruh bertanding jawatan ceo ..

secara amnya, mursidul am ketua/pengerusi majlis syura, dan presiden salah seorang ahli majlis syura ..

jadi, apa juga kata-kata presiden perlu merujuk majlis syura, sedangkan mursyidul am boleh beri nesihat dan teguran tanpa rujuk sesiapa.

tinggal lagi org nak terima atau tidak aja la..sebab teguran mursyidul am tidak bersifat arahan.

tapi arahan presiden, terutama mengenai dasar, perlu melalui syura.

agaknya hal ni pun kena dijelaskan dalam usrah setiap minggu.

ramai sangat ingat presiden pas ni mcm presiden umno kot ...