Thursday, April 23, 2009

Panas Jiwa

Penyelewengan Pentadbiran Kewangan Negeri Kelantan!

PENTADBIRAN kewangan negeri Kelantan dikatakan berada dalam keadaan tidak begitu kemas dan teratur menyebabkan kemungkinan berlaku pembaziran wang rakyat seperti bayaran yang dibuat ke atas tuntutan-tuntutan yang tidak wajar dan munasabah.

Beberapa amalan tidak telus dikatakan berlaku yang melibatkan jumlah puluhan juta ringgit.

Apa yang dikatakan berlaku ialah tuntutan-tuntutan tidak wajar ke atas sesuatu kontrak di mana nilai yang diluluskan tidak sepadan dan tempoh kelulusan juga begitu cepat di mana ini menyalahi prosuder kewangan yang diamalkan sebelum ini, di mana pembayaran biasanya dibuat dalam tempoh selepas tiga bulan.

Ada tuntutan dikatakan dibuat disebelah pagi diluluskan sebelum pukul 3:00 petang!

Sebagai contohnya bayaran yang dibuat oleh sebuah agensi kerajaan negeri berjumlah RM36 juta dalam tempoh lebih dua tahun dari tahun 2006. Pembayaran itu dianggap tidak munasabah kerana aktiviti agensi berkenaan bukan agensi bersifat komersial.

Keadaan ini menyebabkan pihak tertetu yang berhak untuk menjaga dan mengawal kewangan negeri Kelantan untuk rakyat dikatakan terpaksa masuk campur bagi memastikan perbelanjaan dijalankan dengan betul.

Pihak berkenaan dikatakan sedang meneliti hal ini termasuk telah memanggil Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Tanah dan Galian yang bertanggungjawab dalam soal-soal tanah dan sebagainya untuk memberi penjelasan lanjut.

Dikatakan ada sendiket kalangan kontraktor mengguna nama pihak berkuasa lain untuk mendapat kontrak ataupun mendapat kelulusan tanah dengan mudah serta dikenakan bayaran cukai atau premium yang rendah.

Misalnya premium dikenakan ke atas satu kawasan lombong emas di negeri itu jauh lebih rendah daripada jumlah sepatutnya kerana ia dikatakan ada kaitan dengan pihak tertentu lain. Hal ini katanya sangat dikesali dan ia mula dipertikaikan sendiri oleh pihak dalaman kerajaan negeri.

Dalam tujuan ini nama istana Kelantan juga dikatakan telah dijadikan kambing hitam bagi mendapat perlepasan atau pun untuk mempercepatkan sesuatu proses permohonan.

Justeru pihak kerajaan negeri khasnya menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri yang bertindak sebagai Menteri Kewangan dan juga Menteri Besar perlu memantau dan menyelidiki hal ini.

Sekiranya dakwaan ini didapati benar tidak sewajarnya kerajaan negeri mendiamkan diri kerana ia tidak memberi keuntungan kepada kerajaan apa lagi disaat negeri mengalami kemelesetan ekonomi kini. Apa lagi kalau sikap diam diri itu kerana takut atau kerana menghormati mana-mana pihak ia dianggap sebagai tidak patut kerana telah membelakangkan kepentingan rakyat.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga hendaklah memainkan peranan menyiasat perkara ini. Tujuan ia diwujud ialah bagi menjadi badan pemantau bagi pihak seluruh rakyat Kelantan. PAC berhak memanggil mana-mana pihak membabitkan perbelanjaan wang negeri untuk diteliti. Tidak ada gunanya PAC ini diwujudkan kalau ia setakat diwujudkan untuk memenuhi prosuder sesebuah kerajaan saja.

Seelok ‘penyelewengan’ dan kelemahan salah tadbir ini dikesan dan diambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk lagi. Natijah daripada membiarkannya menyebabkan wang rakyat akan disalah gunakan akan lebih berleluasa. [wm.kl. 2:40 pm 23/04/09]

2 comments:

tapayas said...

setuju, walaupun belum terbukti kebenarannya hal ini perlu diperhatikan oleh pihak yg terlibat (berwajib)kerana dakwaan ketidaktelusan ini bukan perkara yg remeh dan ini boleh sahaja menjadi isu yg dpt menggugat kekuatan sesuatu parti

pasbangi3 said...

Kerajaan Kelantan perlu serius membersihkan atau menyisihkan kerja-kerja buruk ini supaya tidak menjadi Fitnah pada PAS.

Kita memang sedar bahawa bukan semua kakitangan negeri menyokong PAS, bahkan belum tentu boleh diambil tindakan kerana prosedur General Order, apatah lagi yang melibatkan pengaruh Istana.

Namun semua perlu hati-hati, kerana tindakan buruk/sabotaj kakitangan negeri akan memberi impak kepada negeri dan PAS.

Ibarat tarik rambut dalam tepung la ni. Nak buang tak boleh, ada isu dan prosedur, nak pakai pun tak boleh, jadi fitnah/sabotaj kerajaan negeri ...

Itu di Kelantan yang dah lama PAS perintah ..bayangkan la negeri-negeri baru Pakatan Rakyat ..lagi teruk 'sabotaj' kakitangan awam .. lebih-lebih lagi level pegawai senior yang asalnya dilantik umno...