Sunday, April 5, 2009

Terbaru Dari Bukit Gantang

Penyokong BN Langgar Kubu Pas!

SATU kejadian tidak diigini hampir-hampir meletus di Simpang Tiga Batu 8, Kepala Bukit, Bukit Gantang gara-gara poster. Sekumpulan penyokong Pas telah menghalang penyokong BN yang ingin memasang bendera BN di kawasan itu yang dikatakan menjadi kawasan kubu Pas sejak lama dulu.

Katanya perjanjian telah dipersetujui kedua pihak. UBN dan Pas dengan pengetahuan pihak Polis mana-mana penyokong BN tidak boleh memasang bendera BN di kawasan itu kecuali oleh orang tempatan. Kekecohan itu berlaku apabila penyokong BN dari Gerik yang dipercayai mengambil upah untuk cuba memasang bendera BN di kawasan itu.

Disebabkan pada awalnya pekerja UBN itu berdegil menyebabkan berlaku kekecohan tolak menolak. Bagaimana kekecohan itu kembali tenang 15 minit kemudian apabila pekerja UBN itu meninggalkan tempat berkenaan. [bkt.gantang 1:45 am 05/04/05]

No comments: